Monday, August 1, 2011

Keluar Jalan-jalan, Makan-makan dengan Kawan-kawan (Geng Sekolah)


20 Julai 2011 (Rabu) - Wangsa Walk

Arini dah janji nak keluar dengan geng time zaman muda-muda dulu. Zaman Sekolah Menengah. Hee. Seronok. Banyak kali dah plan nak buat reunion, tapi banyak kali jugak la yang tangguh. Finally, cuti ni jadi jugakla jumpa, tu pun terima kasih kat Rab sebab jadi reunion planner kitorang. Makasihhh buu!

Tapi.. Tapi.. Still tak full jugak like always. Nana, Elia dengan Iylia takde. Supposely ada 7 orang.

Form 4. From left : Zarie, Me, Pja, Iylia, Elia

Form 5. (From left : Pja, Nana, Elia, Iylia, Zarie, Me)
Haa. Ni baru enam. Mane sorang lagi?

yes. Miss Rabiatul Adawiyah.

Takde pulak gambar reramai sekali kan. Actually kitorang start rapat sesame ni bermula time form 4 sebab sume satu kelas. 4 Kamil. Until now, kitorang still contact each other tapi jarangla since memasing pun busy kan. But dorang ni sangat baik and cool. Kalau nak touching2 ni adela jugak tapi jarang. Ceh. Yeke nih? LOL.

So, gathering tu mula-mula kite jumpa Rab dulu sebab dia tunggu dekat depan LRT Sri Rampai. Then kitorang jalan kaki pergi Wangsa Walk. Boleh pulak kan dorang sume nak gather kat Rotiboy, tempat En IAI kite kerja kan. Sempat jugaklah jumpa kejap dia kejap, alang-alang dah ada kat situ. Hee. Pja pulak punyela curious sangat nak tau, sampai tercari-cari dia sapela En IAI kite tuh. Haha. Sama macam Form 4 dulu kan time kelas BI - confession pasal kes kite tulis tak puas hati kat someone tu. Haha.

Lepas tu pergi beli tiket, Flat 3A, cerita HP memang tak beli sebab kite tak follow sangat movie tu. Bolehla, janji ada daripada tak buat pape kan? Then, Taraa! Pegi makan! My favourite part. Muahaha. Bole pulak masing-masing dilemma nak makan ape, pergi sini pergi sana, last2 makan jugak kat Food Court je.

Zarie makan yong tau foo saje. 

Zarie yang cun

Pja dengan Amir. Bakal pengantin baru. Haha.

Rab makan teppanyaki. Happyy nampak??

Nila TAKO. First time makan, rupanya kite la sorang yang ketinggalan zaman tak pernah makan . Sedappp!

Mihun soto. Mine. Ada ke dorang cakap makanan orang sakit? Haha. Kurang masam.
Time makan tu, memang semua topik ah bukak. Mostly pasal budak-budak sekolah SAB dulu. Tak sangka pulak ramai yang dah success sekarang. Ada yang dah study overseas, ada yang dah nak kahwin. Macam-macam. Lama jugakla. Dekat sejam camtu kot. 


Then, tengok wayang 1.45pm - FLAT 3A. Tak boleh bla, baru-baru start je, pompuan tu nak gugurkan anak je pun, Rab dengan Zarie dah tutup mata, macam kelakar je. Kite ngan Pja lak sibuk bising pasal ubat. Yela, mane logik, pompuan tu baru je makan ubat (nak gugurkan anak), tak sampai 5 minit, perut dah sakit, pergi tandas, then anak keluar. Tergelak-gelak la kitorang. Gile berkesan ubat tu. Semudah ABC. Memang ramai ah beli nanti kan. Haha. 
Adehh. Tak tahan den nak berak.
Part yang guli jatuh dari tangga, Rab da menjerit-jerit 'Dah datang dah hantu tu', Zarie lak tak dengar suara langsung. Haha. 
sayalah hantu guli. Jangan marah haa~
Part yang paling best, yang last sekali, dah macam cerita BOMOH GANGSTER dah. Bomoh Malaysia vs Bomoh Thailand. Baca sini baca sana, tumbuk-tumbuk. Sengal je.

Habis tu je, Pja nak balik dah. Patutnya Zarie folo sekali, tapi dia decide nak lepak dengan kite & Rab dulu. So kitorang pun bergambar kejap. Alang-alang dah lama tak jumpa kan.
satu

dua

tiga
Terima kasih akak kedai ape tah jadi photographer kitorang. Hee. Lepas Pja balik je, kite, Zarie dengan Rab jalan-jalan round-round area Wangsa Walk tu. Serious tak tau berapa banyak kali pusing tempat sama. Last-last singgah jap kat kedai LEMBUPADAT. Yay! Zarie la nak yogurt. RM9.90. Kite tak minat la yogurt even Zarie cakap nak kurus kena makan benda tu.

yogurt lembupadat yang comel. Mooooo~

saya sayang lembupadat!

Zarie yang comel (kali kedua)

memanjakan diri masing-masing dengan aksi suap-menyuap

Waffle Rab dengan eskim
kereta sapela tuh yang korang pose bagai. :P
Mekasehhhhh Rab belanja eskim stroberi kesayangan kite! Asyik makan je. Tak tau nape mulut asyik nak makan je. Lepas makan eskim, nak makan roti pulak. Gedik saje. Patutlah tembam. Heh. Then, Rab ajak timbang berat kat mesin RM2, bukan setakat timbang berat, sukat kolesterol, tinggi sume ade. Kite taknak sebab RM2 boleh beli roti (kedekut gilerrr.), tapi time tu boleh pulak pakai macam-macam kan, dengan gelang, belt, inner 3 lapis, tambahlah berat I kan. Muahaha.

Time kitorang jalan balik tu, boleh pulak terserempak dengan Adam Corrie, yang jadi Dragon dalam KL Gangster tu. Nasib baik abang Malik takde. Heheh. Gatal. Tapi dia pakai baju oren macam cleaner pun ada. Tinggal dia tak pegang penyapu je. Tapi dia tak sombong sebab dia senyum kat kitorang kan, memangla, dah kitorang tenung je, dia sangat low profile. I likee! :DD
dalam toilet LRT Sri Rampai
gambar credits to Zarie
Hope lain kali boleh jumpa yang lain. Rab cadang nak gather time bulan puasa, tapi I guess lagi susah kan, sebab until malam, transport susah for kitorang yang rumah jauh-jauh ni. Anyway, have fun hang out dengan korang. Love you ols!

MyEm0.Com

Thank you for reading! Love, Hanim :)

4 109 orang komen:

ILA HonEyBuNNy said...

wawwawa...xterkata tengok semua gambar2 neh...

rindunya zaman sekolah...

takoot la nak tgk cita flat 3a tu...heheh

ZaZa said...

love u too beb! ;p

fia:) said...

waaa ade lembu padaattt ;)
rindu nak keluar dengan syg, jelesnyeee

Red said...

awak comel lah. nak ngorat boleh.?


You Will Get Back What You Give. True Story.
(Ayat aku pedas. Jangan baca kalau mentaliti korang tak kuat)