Wednesday, August 17, 2011

1st Time Terlibat Dengan Accident, Scaryy saje!

Assalamualaikum. Hellooooo sume!

Harini nak cerita sikit pasal eksiden yang mengerikan! Heh. Takdela. Gaya nak gempak je kan, macam aku baru lepas eksiden sebab drift kat Tokyo je. Bawak kereta pun baru 30 40 km/h, ada hati nak drift. Drift kat taman pun tak lepas. :P

Masa tu hari jumaat, ye, hari mulia, hari kaum Adam semua menunaikan solat jumaat manakala kaum Hawa pula sibuk terbongkang depan tv sambil makan kuih raya. Oppss! Tu untuk orang yang tak puasa eh. Yang puasa macam aku nih, sibuk jela tengah kira stock shawl yang aku baru beli. Sebab baru nak mula niaga kan, macam2 la kena setelkan. Kira stock la, invoice la, account la. Complicated je. Oh yea, sape yang belum like lagi page aku, sila ke SINI dengan kadar yang pantas, harus sepantas Superman, bukan Keluang Man mahupun Spiderman! *Banyak main =.='*

Pe mende la yang aku melalut ni. Tula lepas eksiden je jadi tak betul camni. Ok. Berbalik kepada cerita tadi, time tu aku tengah drive nak pergi pejabat pos untuk pos lens-lens yang orang tempah. Dalam pukul 2 lebih kot aku pergi, sebab selalunya time-time ni semua ofis bukak kan. Aku drive lah sorang-sorang naik kereta Exora yang besar, aku tak biasa kot bawak MPV ni, selalu bawak Kembara, Kancil, Persona, semua stok2 yang kecik2 je. Even orang kata bawak MPV senang, but for me, it's not. Sokay, confident itu perlu!

So, aku dari main road, nak masuk simpang ke kedai2, nasib baik lori besar kat depan aku from the other side of road bagi aku lalu, so aku pun masuk simpang tuh, sekali nampak ada orang tengah reverse, aku berhenti, then bila aku nampak dia berhenti, aku pun jalanlah straight, jalan aku kan, tapi aku tak tekanlah minyak, lepaskan brek je, sekali tengok orang tu reverse lagi, aku pun himpitlah ketepi, tapi akhirnya... 
BANGGGG!! MyEm0.Com

Sumpah aku terkejut gila time tu, shock habis, cuak beb, gua baru berlanggar dengan kereta lain! Disebabkan terlalu cuak dan aku ingat beliau sudah kedepan, aku terus jalan lagi, maka bergesel dengan teruklah kereta aku. Kereta beliau ialah Estima yang gagah, tak rosak pun, cuma calar sikit je.

Then, aku berhenti, sumpah time tu aku ingat aku yang dah berlanggar kereta orang, sebab aku pun junior lagi dalam bidang drive-mendrive ni. Mengigil. Dahla sorang-sorang. Boleh lak aku nampak ada bangla dalam kereta tu, CUAK! Last-last masing-masing berhenti kat tepi, sekali keluar tu makcik rupanya. Fiuhh. Dia kate  :
 'ape ni dik. Supposenya awak dah nampak saya reverse kan, I dah masuk half drp your lane, so means U kene berhenti and bagi I lalu dulu. Ni tak, U main jalan je'

Aku tergamam. Sah la aku yang bersalah. Sungguhpun aku tak pernah la belajar pasal rules tu, tapi sebab takut punya pasal, aku cakapla:

 'SORRY aunty. Saya tak tau pun. Sebab saya ingat aunty nak bagi saya lalu.'

Last-last aunty tu mintak IC aku and telah berbual dengan mak aku thru henpon. Aku takut dah nak balik rumah, mesti kena marah punya. So aku pun bantai menangis lah dalam kereta, sampai aunty tu pun takut tengok aku nanges teruk camtuh.

Balik je, sib bek mama tak marah. Petang tu pulak ada kenduri rumah makcik, aku tengok semua orang buat macam biasa je. Then, time tengah makan-makan tu, aku pun storylah kat Along, sekali boleh pulak mendapat liputan meluas, sampai dekat satu rumah tau, bila aku cerita, semua cakap aku tak bersalah. Sebab apa?

1) Beliau mereverse kereta dan terlanggar tepi kereta belah pemandu.
2) Beliau telah masuk lane aku sedangkan lane beliau sangat besar, camne boleh reverse sampai masuk lane aku, tak cukupkah lane beliau?
3) Sudahlah masuk lane aku, aku siap kena himpit ke tepi lagi nak bagi laluan, tapi masih lagi berlanggar

Sebab dua sebab kukuh tadi jugaklah aku telah berjaya memenangi sesi penyiasatan polis sungguhpun makcik tadi telah banyak kali blame aku yang salah dan menggunakan alasan aku cakap perkataan 'SORRY' kat beliau, means akulah yang salah. Mungkin sebab first time, so aku letak semua kesalahan orang lain kat aku, even aku tak bersalah. At last, kitorang dapat jugak tuntut insurans beliau untuk servis kereta. :)


keret Exora yang kesian


P/S : Trauma tak nak bawak kereta lagi.
P/S/S : Jangan sembarangan cakap bila terlibat dengan eksiden sebab nanti last-last tak pasal-pasal kita jadi guilty pulak even we're not.

Terima kasih :)

Thank you for reading! Love, Hanim :)

5 109 orang komen:

Bahiyah H. said...

Byah pelik jugak bila baca, tengok2 kak hanim yg say sorry sdgkan yg salah makcik tu. Dia yg nak reverse, supposely dia yang kena tengok baik2. Dah lah makan jalan orang. Huhu kalau jd kat byah, byah pun cuak kot nak drive dah. Nasib baik tak jadi pape kat kak hanim. Alhamdulillah. :)

ZaZa said...

cuak kann..??kte pun prnah accident..nasib baik org tu baik..huhu

Hanim Nordin said...

@byah: tulahh. cuak nyer pasal. sume pun terlepas cakap. btw, thnx byah ;)

Hanim Nordin said...

@zaza : awk pun pernah eksiden jugak? mesti rse lege kan bile org tu baik :)

ZaZa said...

ehh??awk xtau eh..adela skali tu..dahla time tu P lg..settle kat situ je..bygkan klau report..memang kena tarik balik lesen kite..huhu..