Thursday, December 22, 2011

Teknik Untuk Mendapatkan Effect Langsing Ketika Bergambar

Assalamualakum.

Cane nak mula ek. Okay fine. Kite terus ke tajuk utama.

'Cara-cara untuk nampak langsing ketika bergambar'

Anda rasa tembam? Atau badan gemuk, paha besar macam gajah, perut boroi macam ahli sumo. Bila bergambar semua tak kena, angle sini tembam, angle sana boroi. Tension? Tipula tak kan. Oh tak mengapa! Jangan risau. Masalah itu semua boleh diatasi dengan beberapa teknik khas yang aku reka khas untuk korang. Muehehe.

PERTAMA
Pastikan korang mempunyai sebuah belt ala-ala The Rock yang baru lepas menang WWE. Lagi besar saiz dia, lebih mujarab. Fungsi? Untuk meng-compress-kan segala lemak-lemak degil di perut dan menyembunyikan lemak tersebut disebalik belt tersebut. Makin banyak lemak, makin besarla belt korang. #Tipulebey,sila jangan percaya
Contoh belt yang besar. Tapi ni besar sangat. Hanya sesuai untuk bro yang dada berketul ONLY
KEDUA
Untuk gegirl yang mempunyai bahagian bawah yang besaq. Haa! Ini tips terbaik untuk korang. Jangan pakai seluar. Pakai skirt je. Segala jenis lemak korang akan tersembunyi di sebalik skirt tuh. Senang kan kan. See. Tapi dah tau paha tuh da besaq, janganlah dok sebok bebeno nak pakai skirt pendek. Tuh pun mungkin kalau ada yang megah rasa lemak-lemak comel memang nak tayang khas kat orang, silakanlah buat. Tapi memang aku dan kengkawan lain bakal mula la jadi Rogayah & Kak Temah, mengumpat. Hehe. Kantoi lak kan. Tapi aku takkan cakap papela, cume yang bakal terkeluar dari mulut aku ialah 'BERANI'. Titik. Paham-paham sendiri jela eh. Haha.
Oh! Sape yang pakai camni sumpah loser mintak penampar limapuluh kali.
KETIGA
Ni optional. Untuk orang-orang yang tak berapa nak tinggi macam aku, semestinya wajar pakai heels/kasut tinggi untuk effect yang lebih langsing. Muehehe. Memangla tak langsing sangat, tapi at least bila tangkap gambar, nampakla macam badan kita kena tarik dengan gravity ke atas, lantas nampak seperti model yang tinggi lampai dan langsing ala-ala Nasha Aziz gituhh. Tapi hakikatnya, it's just a dream. Sad bebeh. So sad.

Nak jadi camni?
Or camni?
Hehe. Choices is on your hand. So, if korang nak photoshoot tapi segan badan tengah tembam, bolehlah try tips-tips kat atas even tak berapa nak betul. Eh, tapi boleh pakai okehh. And this is the result of the above tips I just gave,

ini model yang tak berbayar ye kengkawan. jadi pose tak bape nak menjadi. -.-
See. Even tak berapa nak slim, eh tapi untuk aku yang berbadan tak berapa nak kurus, after snap pic nih, i was like 'OMS! Bile nak kurus camni? Fake gilax!' Tuh haa tang perut, lemak sume mengecut. Mak shukeee!

excited! nak menari-nari sampai pagi esok.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Thursday, December 15, 2011

|LAWAK| Koleksi Jenis-jenis Tudung & Fesyen Tudung

Assalamualaikum. Aku copy entri ni sebijik-sebijik from HERE khas untuk kawan aku yang langsung tak dapat bukak web tuh. Aku pun tak tau kenapa dia tak bole bukak tadi. 
[weh kau, bace ah. sumpah lawak macam harem]

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak’.
2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…
4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: ”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]
5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif
7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.
8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
*****
Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah. Amin… :)

cara pakai tudung ni mudah je…anak tudung..belasah je anak tudung apa…pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik…siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni….

tudung ni pulak mmg biase…makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya…ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap…pantas….

ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer…ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat…so makcik2…paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah…

ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar…kadang tu sampai tutup kening….ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya….ni yang menekankan penutupan aurat ni…

tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya…ikat belakang…jalannnn…lalalala

bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya…ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap…wardina x muka akak?…

bila wardina punya tudung populer…ade lagi tudung baru..tudung binda katanya…nak jugakkk…. kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka…chantek sangat aku….

then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap…mudah cepat….macam2 kaler ade…pelangi..tompok2..ko cakap je…(dah macam jep sepah dah akak)

di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya…variasi katanya…yer kerr…
ni tudung ala2 mak datin…bagi nampak rambut…ala2 kelas tanya..bagi nampak remos….jambul…ko mampu?

pernah nampak orang pakai tudung cam ni?…ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia…meniaga katanya ..panas…bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain…bagi jelas dengor…
so wardina dah ade tudung…binda dah ade…so akak nak jugak…akak namakan tudung senduk…

langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase…tudung bawal lagi bagus…

langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru…

langkah 3: amik tudung lain corak2…bendera juga boleh yer…

langkah 4: amik tudung warna tadi…letakkan di bawah dagu….ala2 nak gantung diri gitew

langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat…pastikan nak bukak mulut pun susah yer….

langkah 6: ikat reben..pastikan kemas…

tadaaaaaa…siap…….chantek kan…

nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya…dah siap tudung senduk….gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua…melawat saudara di hospital tampoi…

kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas….untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung…
gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian…
sekian terima kasih
selamat mencuba…

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Friday, November 11, 2011

Sape kate Bawal Dah Tak Laku Hah. Sape? Sape?

Assalamualaikum.

Entri kali ni sangat short and simple giteww. Of course pasal bawal-bawal yang orang cakap 'Blahlaa. Tak laku dah bawal sekarang. Boooo!' Cit. Sape yang berani cakap camtu hah. Booooleh blah untuk beliau.

Name itew Elija. Aye Omeyy Angatt kan kan?
Memandangkan sekarang trend orang pakai bawal selendang, bawal pun dah jadi macam anak tiri je. Aku tak sure whether mata laki tak bape nak suka kat selendang/shawls ni, tapi untuk aku yang mata pompuan ni, sape yang pakai selendang, nak2 yang vogue2 mengalahkan Rozita Che Wan tuh, memang aku terpukau campor terpesona sangat sampai nak usha lah dalam sembilanpuluhsembilan kali (feeling lesbo kejap. HAHA!). Memang voogie de vazzz lahh. Shantekk sangat kot. Sekarang ni lagila trend baru, gaya Hana Tajima. Kiranya untuk girls2 out there yang berjaya buat gaya Hana ni, memang jalan pun boleh megah, mendada je. Ahaks! Guro je.
Hello Im Hana Tajima. My favourite quote is 'Pashmina (whispering)' Hehe
Untuk boys pulak, tak taulah. Tapi pernah jugak buat survey, 'apa pendapat anda tentang shawls?' and rata-rata nya hanya mampu jawab 'oh, selendang, urmm, bolehlah' . Eh, tapi rasanya mostly kot cakap camtu. -.- Even bf aku pun cakap camtu. Kadang-kadang nak hang out boleh pulak buat request jangan pakai shawl. Okayyy fine (-.- seribu kali). Sebab apa??? Sebab dia suka kalau aku pakai BAWAL je. Kenapa eh? Aku pun pelik. Mostly guys suka girls pakai bawal je. Aku tanya la kawan aku kenapa, dorang cakap 'entah entah dan entah'. Borinngggg. Bagila jawapan yang rigid sikit. Jawapan yang paling aku puas hati dengar is 'entahlah. kitorang suka korang gaya simple2 je kot. Bila tengok korang lilit sini sana, rasa rimas lak'. Yup. Masuk akal jugaklah. :D
Hey babyy. My name is Dian Rainbow and I'm feel hot. ;D
So, sekarang trend latest is Dian Pelangi Bawal. Ahah! Selamatlah akak ni perkenalkan balik bawal, tapi for plain punyalah. Memang sekarang kalau jual bawal, cepat je sold out. Lagipun yang aku perasan, siapa-siapa yang pakai bawal ni, muka nampak kurus sikit. Betul ke? Muahaha. Tu aku je yang perasan, orang lain tak pun. And sekarang ni bawal pun boleh diubah jadi shawl, and still boleh kekalkan kecomelan girls. Kan? Kan? Hee. So, memang tak salahla aku gelarkan sorang kawan aku ni 'Gadis Bawal', sebab dia susah sangat nak pakai shawl, tu pun kalau aku yang paksa. Kalau tak, memang harems.

So tengoklah ni muka-muka ceria aku dapat pakai bawal balik. Excited kan kan. Haha!


This BAWAL aku jual sendiri at my own blogshop (BBS). And sekarang tinggal 5 pieces left! Siapa yang minat boleh grab now! ^__^ Oh ye, kawan aku pun ade jual jugak, tapi dia letak nama as 'Bawang'. What The %^& time mula2 aku kena tag, aku pun pelik sape ah yang seronok sangat nak jual bawang kat FB, gila technology, dah macam pasar tani lak FB neh, sekali bukak, Bawal daaa. Takpe. Sangat kreatif. Mungkin lepas ni shawl2 yang aku jual boleh letak nama Betik, Papaya Shawl, Belacan Shawl. Bhahaha.

Okay. Sekian. Bai. 

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Wednesday, November 2, 2011

Terima kasih Lecturer!

As-Salam.

Harini aku tersangatlah gembira.
Sebab bila aku susun balik kerja-kerja untuk cuti sem aku, ternyata buat aku tersenyum riang.
Kenapa?
Entahlah. 
Mungkin sebab aku sambut Raya Haji dengan assignment yang melambak dicampur dengan mid test yang bakal menjelang minggu lepas cuti.

Wahhhhh!

Gwa tensi beb. Hee. Takdela tension mana. Tapi seriousla otak bakal pecah cuti ni. Assignment Autocad sampai empat task. Serious. Nak siapkan satu pun sakit jiwa. Duduk depan lappy sampai sehari. Cuti minggu lepas pun duduk rumah siapkan autocad comel. Ni tambah lagi empat. -.- 
muka-muka seronok dan gembira
Test tak payah cakap. Vector, Mechanics of Material, Workshop Technology, setakat ni tu je aku ingat. Tak sure ada banyak lagi ke tak. Kalau hebat, petik jari pun mampu jawab. Ni vector yang tak paham pape kat lecture + tutorial. Selalunya kalau tak paham lecture, boleh cover dengan tutorial. Ni dua-dua pun tarak paham, memang aku belajar sendirilah nanti. Harap-harap tak fail je. Since masuk degree, memang dah tak pikir sangat nak dapat A, janji lulus je. Untuk course aku, siapa yang dapat dekan, dikira genius, dan orang tu pasti bukan aku. Huu. :') Then test workshop, waaahh! Bayangkanlah mesin yang entah berapa banyak nak hafal, siap dengan komponen dalaman dia lagi, function, rasa macam dah ambik medic versi mesin-mesin.

 Contoh : Grinding Machine
Cubalah hafal setiap komponen dia sekali dengan function. Pastu kali kan dengan agak-agak sepuloh mesen. HAHA! Mampu? Mampu? Hebat ah kalau mampu. Mungkin aku tak minat kot. Terpaksa jugaklah hafal, siapa yang nak fail kan. Wahh. Serabut. Presentation ada dua. Huhu. Aku gembira. Sungguh gembira. T_____T

Tapi aku cuba happy kan diri jugak. Sebab nak raya kan. Hehe. Seronok. Harap-haraplah semuanya can be done smoothly. Hope so. Btw, nak wish Selamat Hari Raya Haji & Happy Holiday even awal lagi. Tapi tak peduli la. Nak wish jugak. :D

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, October 17, 2011

Sumpah Menangis Tengok Video Nih. ♥


Sayang mak dengan ayah korang tak?

Mestilah kan.

Kalau sapa yang tengok video nih, mesti menangis.

Lagi-lagi untuk orang yang duduk kat oversea, lagi tangkap leleh punya.

Huu. :'(


Sedih kan kan. Sob sob. Actually teringat dulu, time sekolah dulu, ayah ada sakit Gout. Sakit kaki la kan. Kadang-kadang bengkak, sampai kena ambik cuti berapa hari tah sebab teruk sangat. So, kadang-kadang sakit-sakit pun pergi kerja jugak. Naik LRT semua. Balik sempat lagi tanya kitorang sihat ke tak, sekolah camne, tolong mama masak. Huu. Pernah sekali sampai dah nak pitam dalam LRT, selamatlah sempat makan gula-gula dalam beg, kalau tak pengsan dalam LRT tuh :'(


Alhamdulillah, sekarang ayah dah takde Gout. Sebab minum RX Water kat rumah. Terus hilang Gout yang teruk. Hebat kan? Minum air tapis boleh hilang Gout. Miracle je. Macam unbelievable but seriously, believe it. Untuk sesiapa yang ada relatives yang ada Gout, you can simply try it. Seriously it worth buying babes.


Entahlah. Aku nak cerita lebih-lebih sangat pun tak reti, lagipun nanti mesti orang akan pikir yang aku ni macam show off pulak. Better tak payah cerita sangat. Family matters kan. Diam-diam sudahhh.

I'm sure every Mom and Dad dalam dunia ni lebih kurang sama macam my parents kan? Tak kisah lah whether less or more than mine. Siapalah yang tak sayang family kan. Mesti lebihkan their own family more than anything. :))

Dulu pernah sekali time tahun empat, aku main pintu dengan adik, gurau punya gurau, sekali 'Panggggggggg!' Adik aku tutup pintu kuat gila, jari aku tersepit lah, dia siap tekan pintu tuh, aku pun tariklah jari aku tuh, sekali abang aku kata nampak ada buih-buih hijau kat celah pintu (dari dalam), dia suruhlah adik aku bukak pintu, sekali hahhh... Jari hantu aku dah 80% putus! Aku apa lagi, menjerit macam pontianak la kan. Adik aku time tu muka dah pucat (Hahah! Tau takut!), ayah aku peliklah apahal pulak aku menjerit-jerit kat atas. Abang aku lah time tu jerit-jerit mintak tolong, ayah aku dari bawah nampak dah jari aku dah macam tuh, terus BERLARI NAIK TANGGA even kaki tengah bengkak. Tapi bila cerita2 balik, macam kelakar pun ada. Terus angkat aku pergi masuk kereta, bawak pergi klinik. Mak aku sempat jugaklah babap adik aku sebab terlampau nakal, terdiam dia. (Muahaha. Aku sukaaa. Padan muka)


Then kat klinik, doctor cucikan jari aku tuh, dia kata kena bawak pergi hospital malam tu jugak, kalau tak jari ni mati. So bawak jugaklah aku pergi hospital terus then operate pukul 11 malam tu jugak, habis je pukul 1 pagi. Bla bla bla punya cerita, selamatlah sempat operate aku malam tu, kalau tak jari ni mati. Huu. Selamatttt jari aku. Hee.


hampir! syukur tak jadi macam ni  :')

Actually akulah antara adik-beradik yang paling banyak masuk hospital. Patah tangan, putus jari, operate ketumbuhan dalam hidung, denggi. Haha. Rasa macam banyak je menyusahkan parents aku. Ayah dengan Mama kena ambik cuti nak jaga aku. Huu. Alhamdulillah until sekarang aku sihat, dah takde dah sakit-sakit kronik yang menuju ke arah menyusahkan mak bapak. Kesian kat dorang. :'( Takat sakit-sakit comel macam dekat liver, heart, pancreas, big tummy tu adelah jugak, tapi nama pun dah besar, janganlah manja sangat.



Thank You God for giving me such a wonderful mom and dad for me. Love them sooo soooo muchh! :) Kalau kat TV3 ada SuperMak, aku ada SuperMak + SuperAyah = SuperParents. Bhahaha. Bak kata Rabbani,
Bahgiakan mereka hingga ke hujung usia, hingga sampai waktu ajalnya


-End-

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Sunday, October 16, 2011

Ombak Rindu The Movie Coming Soon


Tak sabar nak tunggu cerita ni keluar. Aku pernah baca novel ni tapi separuh je, tapi serious sangat best. Apetah lagi dorang yang dah baca habis, ada yang sampai ulang dua tiga kali. Cubalah tengok trailer dia, Aaron Azizzzzzz kott! *jantung berdebar* Haha.


Sinopsis Novel Ombak Rindu 
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya. Maya Karin mengatakan,

Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung, ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.
P/S : Bila nak keluaq movie neh. Cheq tak sabaq! :P

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Saturday, October 15, 2011

DO's & DONT's untuk Jaga Baby. HAHA!

Tadi bukak FB, sekali ada member share kat wall dia, cara-cara nak jaga baby dengan betul. Part yang DO's tu sangatlah betul, tapi yang tak boleh blah part yang DONT's. Sumpah setiap gambar semua nak gelak je. Kalau ada orang yang buat camni, memang baby tu boleh dilabel as 'SUPERBABY' lahhh.


Aku paling suka part 'Nursing Baby' and 'Fun Games With Baby'. Sumpah macam bengong je. Haha.

P/S : Nak share kat FB segann lak, baik tepek je kat blog :P
Thank you for reading! Love, Hanim :)

13 Tanda Boys Sayang Girls ♥


1) Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.



2) Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.



3) Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.




4) Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.




5) Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!




6) Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!




7) Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..




8) Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.




9) Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.




10) Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!




11) Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.




12) Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.




13) Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. 


Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Sumber : Article ni aku amek dari SINI. Nak share kan sekali. Comel pulak artikel ni. Hee. 
P/S : Ni yang cepat-cepat message En IAI kite nih MyEm0.Com 

Thank you for reading! Love, Hanim :)