Thursday, April 28, 2011

Expensive Diamond Smile Contest by Hafiz Zainal :D


Hye. 
Lame gile tak join contest. 
Okayy. 
Kali ni contest dianjurkan oleh en Hafiz Zainal,
sang pemilik suara lemak lunak sedap. 
Macam2 Lagi. 
Haha. 
So kali ni beliau nak buat contest senyuman mahal pulak macam sore die kan. 
Alang2 tengah tension exam ni, join kejap jom contest ni.
Tak rugi pun.

T&C nyer adalah :
1. Buat tajuk 'hafizzainal's contest - senyuman mahal' 
2. Letak banner kat atas tu
3. Backlink
4. Tag member2

Senang kan? So jom join reramai sebelum 31 May 2011.
Bagi senyuman korg yang paling mahal sekali. 
Ingat! 
Nak yang mahal jer okeh. 
Hee~

SENYUMAN HANIM PALING MAHAL jeng jeng jeng..

Gambar diambil pada 7.4.11 di Alamanda Putrajaya sempena 
pertandingan mewarna kanak-kanak Colgate. (menyibuk je)

Senyuman saya mahal sebab... 

Saya pakai colgate gosok gigi. Colgate mahal. Jadi bila pakai colgate, secara tak langsung gigi saya jadi mahal, maka senyuman saya pun mahal. 



Senyuman saya mahal sebab....

Saya senyum tak normal. Tengok tu. Semua orang pun cakap saya senyum tak normal. Semulajadi kan. Nak buat camne. Kire mahal la sebab bukan semua orang boleh senyum macam saya kan? Priceless. Kalau tak caye cubela buat tengok. Gerenti tak mampu punyer meh. ;p 

Hee. Tu je. Sori ah sebab banyak main kan. Haha. Okay. Nak tag member2 : 

Trimas. :)

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Tuesday, April 26, 2011

Joinla Churp Churp! Comel & Best!



Firstly, I'm kinda new to this Churp Churp thingy.
Wait. Ape tuh Churp Churp?
Macam bunyik burung je kan.
Yes.
This Mr Burung will help us on nak cari duet poket EASILY.
Not only for Blogger, but also for FACEBOOK-er and TWITTER-er. haha
Guna Churp Churp ni lagi senang instead of Nuffnang, sebab Churp Churp ni sekali klik pun da bole dapat masyuk. (depends on how you attract orang la)
Kalau orang register, terus dapat rm1.
Memangla ramai dah join, but sape yang tak join lagi, jom2 join! Seronok! :)
Besides, Churp Churp ada banyak aktiviti comel and best2 yang seronok yang buat orang rasa nak TEKAN je. Serious tak tipu.
Kalau tak caya, korang tekanla sendiri.

Paling tak tahan pasal Churp Churp ni, burung die comel gituh! Awww. Haha.

Okayy. Tatatitutu.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Tuesday, April 19, 2011

I'm Sorry!


I'm Sorry.
Saya Mintak Maaf.
Saya tak dapat nak puaskan hati semua orang.
Saya hanya insan biasa.
Im not perfect, everyone make mistakes.
If and only if,
ada orang terasa dengan saya,
ada orang tak puas hati dengan saya,
ada orang benci saya,
saya mintak maaf.

                DO YOU FORVIGE ME? (muka innocent)

Hee. Nak examlah. Kenala mintak maap ngan sume orang dulu. To kengkawan yang saya macam tak sengaja ter-abai-kan lately, sorry erk, banyak sangat benda yang kena settle last minute.
Sorry sangat-sangat :(

Wish me luck for this final exam! Takottt! Thanx! Hee~ MyEm0.Com

Love Love Love,
  Norhanim Nordin

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Sunday, April 10, 2011

MISTERI! Lubang-lubang di seluruh dunia

Assalamualaikum.
Korang suke tak tengok bende2 misteri ni? Hee. Kalau betul, memang anda berada di landasan yang betul. Heheh. Yang ni aku nak cite sikit lubang-lubang yang aku suke tengok ah.
 (hoit, jangan pk laen! haha. Yang ni rated U ye, bukan 18SG. harap maklum.)


01. Darvaza Gas Crater, Turkmenistan


Orang salu panggil lubang ni 'Lubang Neraka'. Lubang gas alam ini ditemui oleh para ahli geologi pada tahun 1971, pada saat itu mereka sedang menggali untuk mencari gas alam lalu secara tiba-tiba tanah galian yg ada dibawahnya hilang secara tiba-tiba, dan meninggalkan lubang yg sangat besar dan apinya masih menyala sampai sekarang.


02. Kimberley Diamond Mine, Afrika Selatan

Dikenali juga dengan the Big Hole, mitos mengatakan ianya menggunakan tangan manusia terbesar di dunia untuk menggali lubang ini. Pada 1866 hingga 1914, sebanyak 50,000 pekerja menggali dengan menggunakan picks and shovels untuk mencari 2,722 kg berlian.

 03. Monticello Dam

glory hole 1


04. Birmingham Canyon Mine
bingham canyon 1
bingham canyon 2
Lubang ini manusia yang buat. Woh!

05. Great Blue Hole, Belize

blue hole 1
blue hole 2


Fenomena geografi yang luar biasa ini dikenali sebagai “Blue Hole” yang terletak di bahagian daratan Belize. Terdapat banyak “blue hole” di seluruh dunia, tetapi tidak menakjubkan sebegini.


06. Mirny Diamond Mine - Serbia

mirny diamond mine 2
mirny diamond mine 3
 


07. Diavik Mine, Canada
diavik  mine 2
diavik  mine 1

Berada di sebelah utara kanada. Dibuka pada tahun 2003 dengan menghasilkan 1.600 kg berlian setiap tahun.Lubang yang luar biasa ini dapat ditemui di 300km timur laut dari Yellowknife di Kanada. Air di sekililingnya turut membeku.


08. Sinkhole -  Guatemala

sink hole 1
sink hole 2sink hole 3
Kemunculan lubang ini adalah pada tahun 2007 yang disebabkan oleh hujan. Sinkhole terjadi ketika air (air hujan atau kotoran biasanya) di dalam bumi hilang pada skala besar, sehingga menyebabkan perubahan tekanan dari bawah, ketidakstabilan alam dan menyebabkan permukaan tanah “collaps” atau runtuh ke dalam bumi,  menenggelamkan belasan rumah dan seramai 3 orang telah maut dalam kejadian ini.

09. Udachnaya Pipe - Russia



10. Chuquicamata



11. Kimberley Hole – Afrika Selatan
kimberley hole 1
kimberley hole 2
Merupakan lubang terbesar yang pernah digali manusia. Dari tahun 1866 hingga 1914, sebanyak 50,000 penggali telah menggali lubang ini dan menghasilkan lebih dari 3 tan berlian. Jumlah tanah yang terbuang oleh penggalian adalah sekitar 22. juta tan.

Heheh. Itu je. Geli-geli seram je kan tengok lobang-lobang ni? Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.... Chioww!
Sumber : Random blogs & Google. Thanx. MyEm0.Com


Thank you for reading! Love, Hanim :)

Tuesday, April 5, 2011

En IAI, ini untuk awak :)

Lagu ni ditujukan khas untuk awak, nak nyanyi lebih-lebih tapi suara tak sedap, so kite mintakla abang kite Anuar Zain nyanyikan eh. Terima kasih untuk relationship 10 bulan ni.Hee~




(mood : jiwang)

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

kite edit sikit-sikit, tak cantik, tapi jadila. just for you :D


Thank you for reading! Love, Hanim :)

Saturday, April 2, 2011

KENAPA? kenduri mesti lagu-lagu oldies.

Assalamualaikum.

Hi readers. In this entry, I wonder why is every wedding ceremony (Malay one i mean),
always playing oldies songs?

*THIS IS NOT A NEGATIVE ENTRY*

Heh. Pelik kan. Yela. Of course lagu yang paling lame and memang akan selalu ada kat kenduri2 kawen tak kirela kat bandar atau kampung, lagu 'Selamat Pengantin Baru' - Saloma. Kalau macam hari raya tu, pahamla kenapa orang selalu play lagu raya oldies macam Ahmad Jais ke, Black Dog Bone ke, Sharifah Aini ke, sebab lagu-lagu raya sekarang macam tak se-best dulu, lagipun kalau dengar lagu raya yang lama-lama, teringatlah zaman kecik-kecik dulu main bunga api kan? Mercun pun versi pop-pop je. Kalau sape yang dah stat main mercun mancis pun dah dikira 'wow, hebatnye!' 'macholah'.
Gahaha. Zaman kanak-kanak je pun kan. MyEm0.Com

Tapi ni wedding kot. Kenapa ek mesti lagu oldies? Aku just tertanya-tanya je. Memang tiap2 kalilah aku pergi kenduri-kenduri kahwin ni, lagu yang pasal gunung jerai tuh, apa ek nama dia? Cinta Gunung Jerai kot. Haa. Yela lagu tuh, memang salu la orang akan meng-karaoke-kan-nya. Haha. Tak pun, lagu-lagu sume stok lagu Slam, penyanyi lagu gunung jerai tuh ke and macam-macam lagi. Yang peliknya, lagu sume stok sedey2 jek. Lagu putus cinta, walhal orang baru je bersanding, mestilah happy. Kadang-kadang pergi kenduri tengok orang karaoke part tarik tinggi lagu-lagu sedey uh sampai terkeluar2 urat kat muka, kelakar je aku tengok. Gahaha. Comel.

Kalau wedding kat bandar pulak, ada jugaklah lagu-lagu Siti ke, Misha ke, Yuna pun jadila, kadang-kadang lagu omputeh. Heh. Tapi nak selitkan lagu-lagu tuh ada jugak lagu gunung jerai. Wakaka. Aku pon tak tau kenapa. So memang tiap kali aku nak pergi kenduri, aku akan meng-aim-kan lagu gunung jerai tu dulu. Kalau takde, macam rindu pulak. Haha.

Ada sesape boleh menjawab persoalan aku ni?

Oh ye, to Fadhila Alias, tadi aku pegi kenduri, guess what? Aku dapat makan daging masak hitam! Semalam punyela kempunan kan kitorang sampai cari kat google gambar daging hitam uh. Gehehe. Jangan jeles. Nanti kalau ada lagi aku bawak balik sok kay. :)

Gambar aku tangkap untuk engkau. Baik tak Hanim? Muahaha (gelak jahat)


Thanks for reading. :)
Thank you for reading! Love, Hanim :)

heyy peniru!

Assalamualaikum.
Geramsss nye.
Bila bukak blog orang nih.
Dala memang aku tak suka dia sebab dia sangatla mulut laser and bajet hot gila.
Then, bila usha blog dia, ouch!
Sebijik-bijik dia tiru blog aku.
Blog aku ni cabuk je pon, tak perlu lah nak tiru2.
Dulu kalau pape je mesti nak tiru aku.
Signature cabuk aku yang buruk pun nak tiru.
Lebey kurang. Just sebab nama lain tu yang dia modify len sket.
Ish. Bila aku cakap 'kau meniru', kau cakap 'eh, manede. dia yang tiru kita adelaa'
Tolonglah berhenti tiru aku.
Just leave me alone.
Aku tak marah pun engkau nak meniru, tapi biarlah aku ni beridentiti sikit boleh?
Kalau semua pun kau nak tiru, habis tu aku nak jadi apa?
Part aku GEMUK sekarang ni kau tak nak tiru pulak?
Hahaha. Tau pulak.
P/S: Terima kasihlah menjadikan saya ni idola anda 100%. =.=''Tetapi malangnya saya bukanlah Dato' Siti Nurhaliza artis popular yang harus anda tiru semuanya. Just Be Yourself, okay? Thank You.
Thank you for reading! Love, Hanim :)