Sunday, February 27, 2011

Salah sangat ke perempuan pakai tudung?

Salam.


Harini baru je nak landing-landing jap sambil usha2 blog jap, then terbukak lak satu isu yang rasanya dah lama dah panas kot.


Blogger tu state dalam blog dye yang :


'Cuba korang buka beberapa blog perempuan terkenal masa kini. Selain dari Hanis Zalikha, Ladyesah mahupun GadisJahat. Ok, yang aku maksudkan seperti blog Hana Tajima (blog ke?), Irene Nadia Marcelo, Fatin Liyana, Cik Epal, atau mungkin beberapa blog yang seakan aku maksudkan. (Aku petik nama, supaya korang boleh faham apa yang aku maksudkan)'


'Aku belum buta warna. Namun, bila melihat gambar yang di pamerkan wanita sebegini dalam blog. Sakit juga mata aku melihat, mungkin kadar saturation yang tinggi meningkatkan effect warna pada gambar.'


'Apa yang aku faham dan nampak. Gadis yang free-hair sebelum ini telah terikut dengan trend ini dan mula memakai tudung. Ya, memakai tudung dengan gaya melaram. Dan ini telah mencorak pengaruh pemikiran gadis yang azali memakai tudung. '


'Aku ada ramai kawan sebegini. Aku tak marah. Cuma berkali saja kalau di petik pasal topik sebegini. Yang aku berulang-kali cakap, "Nak berfesyen boleh, tapi biar berpada". "Nak pakai skinny, legging boleh, tapi jalan jangan KENGKANG"'


'Cakap je lah ini sebab pengaruh Yuna? Ok, aku dah kurang pada Yuna, sekarang more into with Anna Rafali. Manis dengan baju kurung. Itu taste aku sekarang.'


'Ha, aku dah keluar ayat yang paling tepat. KENAPA MESTI MENCAPAP?'


Entahlah. Ni sekadar ulasan aku.


1)Orang pakai tudung warna-warni salah tapi nak contohi Ana Raffali yang berbaju kurung and free hair sebab lagi manis? Camne tuh? And orang yang free hair yang dah start pakai tudung sebab trend pun salah?


2)Eeeee. Sangat tak paham. Okaylah tu orang sume da start pakai shawl warna warni, at least takdela orang yang free hair je yang boleh bergaya, kesiankan lah jugak kat girls yang pakai tudung ni nak berfesyen jugak. Takkanlah nak kitorang ni free hair semata-mata sebab nak bergaya kan?


3)And to girls yang dah start pakai tudung sebab trend tu, entahlah, aku rasa okay je, sebab dorang da start pakai tudung, at least mula-mula tu memangla macam janggal-janggal lagi, tapi nanti dah lama-lama dorang dah pakai, mana tau tiba-tiba dapat hidayah nak fully pakai tudung sebab untuk girls free hair bukan senang dorang nak pakai tudung, lagi2 kalau dipaksa, memang dorang memberontak habis. At least bila dorang otomatik pakai tudung ni, lepaslah 1 dosa tak pakai tudung kan. Slow2 sudahh.


4)Yang legging uh aku macam setuju jugak sebab perempuan pakai tudung bila pakai legging nampak macam pelik sikit. Macam tak kena sket ah. Rasanya jeans pun dah cukup okayy kan?


5)And yang aku kesian sangat kat blogger uh dia guna nama orang lain siap ngan gambar2 lagi sebab nak kutuk-kutuk punya pasal. Nak tegur tapi mengaibkan orang. Apekah?


6)Ayat yang paling tak boleh bla 'KENAPA MESTI MENCAPAP?' katanya blogger femes macam Fatin Liyana uh mencapap guna muka, padahal dia uh mencapap sebab mengutuk & mengaibkan orang. Traffic blog dia jam trus. Tak mencapap ke tuh?


Comment from anonymous aku petik :
isu tudung ngan perempuan nie subjektif la.. selalu kita dengar kan bila org tnya perempuan x bertudung.. "bila nk pakai tudung? " mereka akan ckap "belum smpai masanya "....
yang die nk rasa annoy dengan awek2 pakai shawl nie kenapa.. atleast mereka pakai tudung satu langkah ke arah penutupan aurat.. dr yg terdedah2 tu.. x annoy.. nk2 pulak ada artis yg pakai tudung .. lglah fesyen2 yg mengarut2.. lg annoy kawan :) sepatutnya tegur yg itu dahulu...


'pe la itu pn xpaham. cbe byangkan bdk2 free hair lau suruh pkai tdung. drang tnye apesal.
org jwb, tutp aurat. igt dye nk pkai? bule bla. ble dye tgk style mcm ni, dye sndri rse nk pkai. xpyh org sruh. ini sume propagnda nk trik org pkai tdung. ape ssh. positif la. drpd xpkai lgsung an. biar la lain skit drpd upa asl. tp blangan org pkai tdung lg rmai. bab baju, bab legging, 2 dri sndri pnye hal. xde kaitan ngn tdung kaler2 derr. klau dye pkai tdung kaler2 then pkai bju krung ape bezanye. sme gak. anna rafali un xpkai tdung. hrap bju krung je. xkn ko nak expect mnah2 tdung kaler2 ni pakai bju krung skali??? msing2 pn xsmpurna kowt..'

Hee. Entahlah. Aku barulah mula-mula jinak nak pakai tudung warna-warni nih, tiba2 terbaca entri tuh. Menusuk jugak ah. Bagi aku nak bergaya tu tak salah, janji pandai-pandai jaga diri lah kan. 


Kalau buruk kena kutuk, kalau cantik pun kena kutuk. Apela nasib kitorang perempuan2 nih. Huwawa. Nanges ah cani T___T


Oh ye. Korang bolehlah baca entri uh sendiri : Menjengkelkan Gadis Tudung & Shawls 

Sekian. Mintak maap kalau ada salah cakap ye :(

Babai.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Saturday, February 26, 2011

Tempat nak download movie/lagu

Salam.

Slalula jugak orang tanya saya, mane saya salu dapat movie2 latest yang best tak kira english or malay or lagu2 best. So, korang bole click link kat bawah ni untuk download pape yang korang suke, game, movie, software,lagu etc.

klik SYOK untuk download movie/games/software etc (wajib sign up! Free je]

klik 4SHARED untuk download lagu.

*Kalau nak download lagi cepat, bole guna Internet Download Manager. Siyes memang laju gila!

Tapi time nak download movie tu ada certain2 dia suro join guna HJSPLITPRO.
1) Install hjsplitpro.
2) Download movie sampai habis, contoh hantukaklimah.rmvb.001, hantu kaklimah.rmvb.002 etc.
3) Pegi kat Hjsplit, tekan join, and pilih file yang da download, contoh : hantukaklimah.rmvb.001.
4) Mesti dan wajib yang ada .001 sahaja. 
5) Tekan start.
6) Bila da siap, nanti muncul satu file yang berbentuk video and korang bole play dah movie kesayangan korang tu.
7) Delete file yang korang download tadi sebab da habis join kan, takdela makan space kat hard disk banyak sangat.

Kalau tak paham, bolela tanya saya. Hee~


Just for sharing. Thank You.
Thank you for reading! Love, Hanim :)

CONTEST DULU LAIN SEKARANG LAIN

Assalamualaikum semua!
Atas saranan kengkawan, arini hanim ada join contest,

DULU LAIN SEKARANG LAIN

 anjuran Anis Nasri [KLIK] yang comel

 beserta juri-juri hot Puan Qieranna, Cik Lala Latif & Cik Isme Ain

Syarat dia simple as ABC jerk. Korang just follow mereka, buat entri, taruk gambar, tag kawan, lastly baklink mereka.

So, nila beza Hanim Nordin antara dulu dengan sekarang. Wahh. Malu-malu.

kategori : STYLE

 Gambar dulu diambil di Times Square form 4 dulu. Kabur sikit sebab kamera oldschool kan. Wee~ Yang gambar sekarang diambil seminggu lepas. Ada beza tak? Hee. Renung-renungkanlah. Cheese! 

Nak tag member-member yang vogue : Peah, Hazwani, Rozel

Tenkiu. Babai.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Friday, February 25, 2011

I miss you too syg!

reply kepada blog entry sayang arituh - sweet.as.sugar : i really miss the moment with you


It's all about you sayang, SITI NURUL AFIAH.

Masa kat Asasi UM (PASUM) dulu, kenal ngan sorang budak ni, Peah, die schoolmate kepada rumate aku. Memang mase ni ingat kitorang takde chemistry, aku kawan ngan die mule2 dulu pun sebab rumate aku, Nab. So, lame2 kawan macam da okeh, tibe2 lak nab rumate aku tuh kene sambung blaja kat mesir, aku da cuak takut tak dapat ngam ngan peah.
left : sham-peah-nab-hanim


After lame2, barula aku realized, kitorang actually satu kepala. Minat semua same. Macam kalau de pape senang je nak tolak ansur. Kadang-kadang suke wat keje gile.

   mekap guna highlighter kat library UM                tangkap gambar kat lecturer hall punye projector

Penah skali ponteng kuliah semate-mate tolong jiran bilik aku tengok wayang, die tersilap beli tiket. Tak bole bla! Cite yang valentine's day tu. Pastu pakai baju sesame pattern tapi colour je lain.


Then, penah skali, Peah ni down gila, teruk gila dia nanges. Dala esok nak test algebra, aku bole plak suggest kat dia jomla tenangkan diri, jalan-jalan area UM pukul 2 pagi tuh. So bole plak jalan-jalan sampai kat area padang varsiti yang besar tuh tengah-tengah malam buta. Sunyi je. Sejuk. Kitorang duduk situ, sampai lah dia da tenang sikit, barula ingat nak balik. Fuhh. Sib bek tak nampak pape.

Time 28 december 2009, besday Peah, aku gi sambut berdua ngan dia kat Mid, time tu baru lepas Christmas, so jalan-jalan la area Mid tuh, cantik kan hiasan dorang. Makan Mcdonald, then sambung tengok movie : Princess & The Frog. So balik UM da dekat pukul 12 a.m. Seronok je tengok dia happy2 time tuh.

Oh ye, kitorang pun jadi JKP Asasi, kirenye macam AJK untuk budak-budak asasi macam tula, sebab member kitorang jadi ketua biro kenegaraan, so dia tarik kitorang jadi AJK under dia. Handlela macam-macam event, jadi AJK registration untuk Jogathon Pasum, AJK Game untuk English Fiesta, AJK Protokol untuk Malam Emas. Penat tapi seronok. Yang paling seronok, aku ngan Peah first time main bola baling and dapat 2nd place! Yay!

              
tengah lukis nombor kat kain untuk jogathon

hamper bola baling kesayangan

Time ada satu event besar kat Kolej (FRENSTER 12), aku ngan Peah jadi usherer VIP, first time jadi pengiring orang2 besar camtu. Best sangat sebab dapat pakai costume cantik, mekap pun make-up artist buatkan, then event malam tu pun macam grand jer. Hee~




 Lepas habis masing-masing da macam lampir, bolela stay kampung pisang pasni
 then join team kerabat zombie kat sane.

Ingat lagi kalau time makan, memang port kitorang kat meja tinggi kat cafe kolej, memang tak pernah tuka, balik-balik duk situ. Kalau bosan je salu lepak tasik, siang-siang, malam-malam. Pegi kuliah pun same-same. Kalau weekends bosan gilax, keluar jalan-jalan same-same.


Malam Emas Asasi kat Sunway Resort Hotel arituh, kitorang masuk tarian zapin, kelam kabut sebab nak praktis sekejap je, then ade pulak sikit selisih paham, tapi end up okay jugak! Baju malam emas aku ngan Peah ni patutnya sama but different colour, tapi atas sebab-sebab teknikal, aku terpaksa beli baju lain. Huu.

-penat praktis zapin belakang dewan-

team zapin malam emas asasi : zapin beradat






 Kat Asasi aku da jumpe bestie, aku jugak jumpe boyfie. Wippee~ *gedik* So, iqmal ngan peah ni salula jugak gado (main-main je) berebut-rebut sapa dapat date ngan aku dulu. Aku pentingkan Peah dulu than Iqmal, so kadang-kadang kalau Iqmal nak banje makan ke, kenela banje Peah skali. Gahaha. Sian. Tapi dorang pun kadang-kadang wat pakatan kenekan aku jugak. Ciss.

kat lab chemistry. same group, different class :D

             
last paper pasum, main buaian kat taman       (muka tension) iqmal dan peah pakat kenekan aku. =.=''

 Habis Pasum, kitorang jadi pembantu pelajar (PP) untuk handle orientation budak-budak RPKJ ngan PASUM sesi 2010/2011. Pegi kem PP same-same, penat gila tak hingat, tapi seronok. Then, bila time orientation week tuh, sangat seronok, buli budak-budak Pasum, heh, bajet nak buat muka garang, tapi tak jadi pun. Aku ngan Peah same biro, biro kegiatan, so memang tiap2 pagi or petang, kitorang tuka2 shift. Aku handle tarian Ayumi, Peah handle poco-poco. Tapi overall sume biro kegiatan memang kene involve ngan each activity and kitorang la yang tukang ceriakan keadaan lepas budak-budak ni kene mara ngan biro disiplin. Rindu zaman tu.





[orientation week RPKJ]



[orientation week PASUM]
  
biro kegiatan yang hepi :)



  (Iklan kejap : Kepada budak sel aku, sel 35 a.k.a Toge, hehe, mekaseh bagi kad comel, luv you guys!)


 Then kitorang pegi vacation sume PP kat Cameron Highlands. Wahh. Sejuk gila-gila.

 


OH! Adegan peluk-peluk.








Bila nak masuk degree, aku dapat UM, tapi Peah dapat UPM. Huu. Da tak bole together2 lagi. Sedey sangat. Rasa macam loner je bila dia takde. Sumpah masa few months masuk degree tu aku rasa macam kehilangan, sebab da tak jumpa geng sekepale camtuh. Sekarang da bole cope ngan surrounding. Hee~ but I still miss you sayang. Hope our friedship lasts forever. 

I love you :)



Thank you for reading! Love, Hanim :)

Thursday, February 24, 2011

Korea punye cite.... lagi??

Salam. Lately ni banyak sangat cite korea, lagu korea, barang-barang korea kat Malaysia ni. Aku tak tau knape, aku cube minat kat dorang nih, tapi macam tak boleh jerk. Woh, kepada peminat Korea, jangan marah aku keyh. Ni jujur dari hati ni. Huu.

Penah la taon lepas time kat Pasum bestie aku fanatik gila cite Korea, pastu suro aku tengok cite You're Beautiful yang ada group A.N.J.E.L.L uh. Cite tuh best jugak. Lagipun da lame gila time sekolah rendah dulu last aku tengok. Itu pun amek mase dekat nak setaon abeskan. Entahla. Pastu dia kate ade cite best lagi, waaaa, tak sanggup nak tunggu setaon abeskan lagi. Hee.

You're Beautiful




Sebab ape erk aku tak minat?

1) UTAMA sekali - Dulu aku penah kene sound teruk ngan sorang manusia neh sebab tak minat Korea. WHAT THE *tooott*??!! Bagai dipanah petir aku time tuh. MyEm0.Com Tah pape. Macam haram. Bengkek gila ah. Perlu ke nak sound orang semata-mata sebab aku tak minat Korea, kalau ko nak sound aku sebab tak minat tengok cite-cite agama bole tahan la jugak, ni sebab-sebab yang tak bole diterima akal langsung. Sabaaaarr jela (trademark abang gemuk cite kak limah). Hee.

2) Aku lebih cenderung kepada cite-cite TAMIL. Gahaha. Ye aku tau pelik. Shuhhhh. Diam2. Cite tamil best kot. Satu sebab dia mepek banyak, time gaduh uh dan-dan lah hero yang kurus kering boleh hentam bonzer2 besar, pakai tangan beb, manual je, tak payahla sibuk2 nak cari senapang pistol bagai. Yang lain sebab kelakar tak hingat. Kalau korang tengok cite Sivaji : The Boss, memang dari mula sampai habes korang bantai gelak je, sampai menanges-nanges aku gelak arituh. Bayangkanla heroin tu reject hero sebab hero tu hitam, terus hero uh pegi wat spa lah, pakai whitening atas sampai bawah, pastu nak kua uma pakai baju astronaut, mengong je. Haha.
  MyEm0.Com

SIVAJI : THE BOSS
'Dey, gua gangster kampung pisang! Jangan main-main ngan spek gua!'

3) Video klip dance Korea especially yang perempuan, mesti ada unsur-unsur nak seduce (goda) orang. Tapi bukan semualah. Contoh macam *........* (telah diedit sbb ade org mara), aku minat je dorang, tapi bila tengok dorang dance, memangla comel, entahla, macam gedik je. Tu opinion aku jerk. Aku lagi prefer dance macam ala-ala Step Up ke, High School Musical , yang macam tu la. Nampak la betul nak dance, even ada seduce part pun tak nampak ketara sangat. Smart! Kalau Korea dance smart yang aku minat macam Suju, Beast.

4) Fenomena a.k.a demam Korea ada kat mana-mana sampai buat aku jadi rimas. Kalau pegi sini, 'eh, ko tengok tak cite tuh, hero dia hensem!'. Kalau pegi sana, 'ko tengok tak cite XXX tu, ape? ko tak tengok? Pe ah. Orang sume da tengok, ko je ketinggalan zaman.' Urghhh. Rimas rimas. Aku ni jenis malas nak follow cite lame-lame, tu yang kadang-kadang cuba ah nak bukak tengok, baru 1 2 episod je da bosan. Memang sebab da mindset kot tak minat, nak buat camne. Sib bek ah arituh jumpa geng yang tak terjebak ngan demam Korea sangat, so at least adela geng nak cite. Kalau tak, masuk geng-geng lain, balik-balik cite Korea, macam da takde cite laen.  MyEm0.Com

-End- Hee. Disini aku nak minx maap lah kalau peminat fanatik korea ni mara, bukan aku kutuk tau, just sharing my opinion jerk. :) Korang jangan la pulak banned aku pasni sebab tak minat Korea, just susah sikit nak masuk dalam hati. Bole je tengok cite-cite uh, tapi slow2 la kot. Huhu. Kalau bagi tengok cite Kak Limah camtu bole pulak laju kan takde tangguh2 sampai setaon. Eheks.

Okie. Nak gerak gi lab japgi. Tata titi tutu. MyEm0.Com (waa. tak suke frame emoticon tuh.cne nak ilangkan?)
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Kitorang dan kisah Yin Yang

Salam. Harini pegi interview kat Faculty Art & Social Science, Dr Yam Kah Kean, sebab nak tanya pasal assignment kitorang 'pengaruh Yin Yang kepada masyarakat cina di KL'. Dala lambat 10 minit, bole pulak buat muka macam takde pape yang terjadi kan.

Apa yang korang tau pasal Yin Yang?

Yin - jahat, Yang - baik.
Kalau konsep Yin Yang tu maknanye seimbang la, ada konsep positif-negatif camtuh. Da jumpa lecturer kan, mestila soklan sume yang berunsur formal macam

'Mengapakah orang cina mengamalkan konsep Yin Yang?'
'Yin Yang efek tak dalam kehidupan orang cina?'
'Adakah konsep Yin Yang ini adalah kepercayaan atau agama?'

Dr tu pun jawab 'oh, kalau macam orang cina kan, dah makan durian (panas), so nak sejukkan balik badan makanlah maggis ke, minum barli ke..'

Pastuh entah camne,aku jawabla, 'so meaningnya kalau kita jalan tengah2 panas tu Yin, nanti kalau pakai payung tu Yang la erk?'

Dr tuh da mule jeling-jeling dengan pandangan yang tak sepatutnya. Kawan-kawan aku, Fadhila ngan Ayed da mula tahan-tahan gelak kat tepi. kurang masam. Haha. Dr tuh jawablah mende tu common sense lah. Heh.

Banyak jugaklah soklan yang tak patut aku nak jugak tanya Dr Yam uh.

'Kalau orang berperang maknenye Yang lah sebab berkhidmat untuk negara, 
tapi kalau mati nanti jadi Yin la kan?'
'Macam mana orang dulu-dulu boleh terpikir nak adakan konsep Yin Yang ni erk?'

'Mane yang salu amalkan konsep nih? Orang tue ke orang mude?'
Fad lak sambung cakap, 'kalau orang tua yang salu amalkan maknenye die mcm baik2 la kn, tapi kalau orang mude jahat yang dah jadi tua, camne?'

lebih kurang camtuh ah soklan die, Dr uh terkedu, last2 die pun malas nak layan, 
'itu nanti dah tua dia mesti insaf punye maa..'

Haha. Kesian Dr uh. Mesti tension je melayan soklan2 bodo kitorang nih. Tapi takpela, last2 die pun ade gak memen bile kitorang cakap yang kitorang tak bawak gift, die kate takpe, nanti orang cakap rasuah pulak then masuk lokap. Haha. Sangat banyak main. Tapi takpela dimaafkan, sib bek Dr uh hensem. Heh. Gedik.

P/S : Musykil gila. Ayed yang salu banyak main uh tadi tibe2 transform jadi macam wartawan yang tengah interbiu Perdana Menteri jerk. Pe cer? Ajaib bin Pelik.

Thank you for reading! Love, Hanim :)