Sunday, February 27, 2011

Salah sangat ke perempuan pakai tudung?

Salam.


Harini baru je nak landing-landing jap sambil usha2 blog jap, then terbukak lak satu isu yang rasanya dah lama dah panas kot.


Blogger tu state dalam blog dye yang :


'Cuba korang buka beberapa blog perempuan terkenal masa kini. Selain dari Hanis Zalikha, Ladyesah mahupun GadisJahat. Ok, yang aku maksudkan seperti blog Hana Tajima (blog ke?), Irene Nadia Marcelo, Fatin Liyana, Cik Epal, atau mungkin beberapa blog yang seakan aku maksudkan. (Aku petik nama, supaya korang boleh faham apa yang aku maksudkan)'


'Aku belum buta warna. Namun, bila melihat gambar yang di pamerkan wanita sebegini dalam blog. Sakit juga mata aku melihat, mungkin kadar saturation yang tinggi meningkatkan effect warna pada gambar.'


'Apa yang aku faham dan nampak. Gadis yang free-hair sebelum ini telah terikut dengan trend ini dan mula memakai tudung. Ya, memakai tudung dengan gaya melaram. Dan ini telah mencorak pengaruh pemikiran gadis yang azali memakai tudung. '


'Aku ada ramai kawan sebegini. Aku tak marah. Cuma berkali saja kalau di petik pasal topik sebegini. Yang aku berulang-kali cakap, "Nak berfesyen boleh, tapi biar berpada". "Nak pakai skinny, legging boleh, tapi jalan jangan KENGKANG"'


'Cakap je lah ini sebab pengaruh Yuna? Ok, aku dah kurang pada Yuna, sekarang more into with Anna Rafali. Manis dengan baju kurung. Itu taste aku sekarang.'


'Ha, aku dah keluar ayat yang paling tepat. KENAPA MESTI MENCAPAP?'


Entahlah. Ni sekadar ulasan aku.


1)Orang pakai tudung warna-warni salah tapi nak contohi Ana Raffali yang berbaju kurung and free hair sebab lagi manis? Camne tuh? And orang yang free hair yang dah start pakai tudung sebab trend pun salah?


2)Eeeee. Sangat tak paham. Okaylah tu orang sume da start pakai shawl warna warni, at least takdela orang yang free hair je yang boleh bergaya, kesiankan lah jugak kat girls yang pakai tudung ni nak berfesyen jugak. Takkanlah nak kitorang ni free hair semata-mata sebab nak bergaya kan?


3)And to girls yang dah start pakai tudung sebab trend tu, entahlah, aku rasa okay je, sebab dorang da start pakai tudung, at least mula-mula tu memangla macam janggal-janggal lagi, tapi nanti dah lama-lama dorang dah pakai, mana tau tiba-tiba dapat hidayah nak fully pakai tudung sebab untuk girls free hair bukan senang dorang nak pakai tudung, lagi2 kalau dipaksa, memang dorang memberontak habis. At least bila dorang otomatik pakai tudung ni, lepaslah 1 dosa tak pakai tudung kan. Slow2 sudahh.


4)Yang legging uh aku macam setuju jugak sebab perempuan pakai tudung bila pakai legging nampak macam pelik sikit. Macam tak kena sket ah. Rasanya jeans pun dah cukup okayy kan?


5)And yang aku kesian sangat kat blogger uh dia guna nama orang lain siap ngan gambar2 lagi sebab nak kutuk-kutuk punya pasal. Nak tegur tapi mengaibkan orang. Apekah?


6)Ayat yang paling tak boleh bla 'KENAPA MESTI MENCAPAP?' katanya blogger femes macam Fatin Liyana uh mencapap guna muka, padahal dia uh mencapap sebab mengutuk & mengaibkan orang. Traffic blog dia jam trus. Tak mencapap ke tuh?


Comment from anonymous aku petik :
isu tudung ngan perempuan nie subjektif la.. selalu kita dengar kan bila org tnya perempuan x bertudung.. "bila nk pakai tudung? " mereka akan ckap "belum smpai masanya "....
yang die nk rasa annoy dengan awek2 pakai shawl nie kenapa.. atleast mereka pakai tudung satu langkah ke arah penutupan aurat.. dr yg terdedah2 tu.. x annoy.. nk2 pulak ada artis yg pakai tudung .. lglah fesyen2 yg mengarut2.. lg annoy kawan :) sepatutnya tegur yg itu dahulu...


'pe la itu pn xpaham. cbe byangkan bdk2 free hair lau suruh pkai tdung. drang tnye apesal.
org jwb, tutp aurat. igt dye nk pkai? bule bla. ble dye tgk style mcm ni, dye sndri rse nk pkai. xpyh org sruh. ini sume propagnda nk trik org pkai tdung. ape ssh. positif la. drpd xpkai lgsung an. biar la lain skit drpd upa asl. tp blangan org pkai tdung lg rmai. bab baju, bab legging, 2 dri sndri pnye hal. xde kaitan ngn tdung kaler2 derr. klau dye pkai tdung kaler2 then pkai bju krung ape bezanye. sme gak. anna rafali un xpkai tdung. hrap bju krung je. xkn ko nak expect mnah2 tdung kaler2 ni pakai bju krung skali??? msing2 pn xsmpurna kowt..'

Hee. Entahlah. Aku barulah mula-mula jinak nak pakai tudung warna-warni nih, tiba2 terbaca entri tuh. Menusuk jugak ah. Bagi aku nak bergaya tu tak salah, janji pandai-pandai jaga diri lah kan. 


Kalau buruk kena kutuk, kalau cantik pun kena kutuk. Apela nasib kitorang perempuan2 nih. Huwawa. Nanges ah cani T___T


Oh ye. Korang bolehlah baca entri uh sendiri : Menjengkelkan Gadis Tudung & Shawls 

Sekian. Mintak maap kalau ada salah cakap ye :(

Babai.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

2 109 orang komen:

SyaQila OsMaN said...

mmg dh lama isu ni. die sje je nk naikkan traffic blog die. ntah pape kan.. aku setuju dgn legging je.. sbb pakai legging sme macm kita xpakai pape kt kaki.. bab tudung tu xley la nk terus tibe2 pakai tudung labuh kan. bak kata 1 ustaz ni " kalau turun tangga jangan berlari nanti jatuh" mksdnya perubahan tu biarlah slowly jgn mendadak. nnt takut kembali kepada yg asal. peace out! haha

Hanim Nordin said...

wahhh. kalau ade butang like kat comment shaq nih memang da tekan 1000x da. Hee~