Monday, April 16, 2012

Sunway Pyramid Girls Day Out

16 April 2012

Assalamualaikum.

Dah lama tak keluar hang out dengan member, so since Mira dah ada transport sendiri, so kitorang tumpang kereta Mira untuk berfoya-foya. Hihi. So location kali ni is Sunway Pyramid. And yeah, finally kami kembali berempat! Macam first sem dulu. Oh rinduu T.T 

Baru sampai memasing sibuk nak posing
Zue & Fad. Fad memang suka tangkap gambar terkangkang sikit, bagi ilusi peha kurus. wakaka biadap. main tipu
So dah sampai tu still petang, taktau nak buat apa. Mula-mula tu pun dah aim nak pergi tengok wayang, release tension katanya. So aku dengan Zue memang nak tengok Battleship, sebab kat timeline twitter FB semua penuh cakap Battleship best lah hape lah. Tension aku kalau tak tengok. Boleh pulak camtu kan. Hee. Since aku baru beli Baby Ixus yang comel meow meow, tak kira apa jua angle aku nak tangkap jugak gambar. Kenangan lah kononnya :P

Well I love this pic so much :))
kawan-kawan yang menjadi mangsa fotoshut
Sape yang tak tengok lagi sangat rugi. 
Battleship ni aku ingatkan cerita perang-perang yang bosan. And yup. Memang cerita perang. Tapi tak sangka pulak BEST GILAAA! Sebab hero hensem! Wakaka. Mula-mula aku tengok hero dia selekeh je, tak berminat langsung, sekali bila si Alex Hopper tu masuk navy, fuyooo, memang ter-hop-hop lah aku dengan Fad. Aku dengan Fad la yang paling excited. Masing-masing bising nak pakwe navy. Nak-nak time Alex tu dapat jadi kapten lawan dengan alien tuh, huishhh bordobar-dobar lah jantung ni. Aku rasa orang belakang mesti tension dengar kitorang macam terkinja-kinja kat dalam panggung. Sabar ye. Aku tengok Mira dengan Zue rilex je. Mungkin terkinja-kinja dalam hati kot. Wakaka.

Before movie, kitorang jalan-jalan la memenuhi ruang masa dengan melagho, buang masa je. Actually nak jugak cari baju untuk dinner kolej nanti, but items kat situ mahal sikit and saiz dye, T___T Mostly saiz S, warga-warga macam aku ni bagaimanakah? Tangguh jela dulu. Tapi yang seronok lalu kat satu tempat tu, alamak apa eh nama dia, Asian Avenue eh? Kat tingkat paling atas rasanya, mostly jual baju-baju comel ala-ala Korean and design yang colourblocking gituh. Aku memang tak tahan tengok warna-warna striking ni. Alergik sungguh, rasa nak grab je semua. Hee.

membuat kacau di kedai accessories
'Aku akan gantikan model ni satu hari nanti' kata Fad. HAHA

Then, jalan-jalan pergi makan. Lapar kot. Padahal baru je lunch makan ayam semua. Yelah, segala tenaga badan & mata dah keluar. Aku pulak time tu memang gila chocotop. Taktau la apa. Cam orang mengidam pun ada. But dorang yang lain makan Auntie Anne's je. Aku dengan iqmal selalu teringat kat Peah kalau lalu Auntie Anne's, taktau kenapa. Ada la tu benda :) Aku jarang makan, so nama-nama dia memang lah aku taktau.

Mira makan stick yang 6 batang tu. 
gadis gila chocotop
Haa stik 6 batang. Apa eh nama dia?

Zue bersama donatnya -.-'

Bibiq baru sampai dari Padang Jawa. Bersedia untuk berkhidmat

After Battleship, nak makan, but takde selera pulak nak makan kat sana, so kitorang cadang makan luar je. Adela goreng-goreng sikit. Nak-nak dekat hujung sem, poket semua nipis je, hahah. Hujan lebat pulak kat luar, sampai-sampai je rooftop tu, tinggal kereta kitorang je. Spooky jugaklah. Tapi since kitorang semua pun macam badang, 'comel-comel' je, pasti orang tergugat tengok kegagahan kitorang. HAHA. (kawan-kawan jangan marah haa)


Our next location is Shah Alam. Apa eh nama restauran tu? Ketuk-ketuk ke? Apa tah. Mira cakap situ sedap sup ayam dia, macam pedas-pedas sikit. Oh ye, Restauran Bisik-Bisik. Hope betul la. Aku ikut je, janji dapat makan. :)
membuat wajah rozita che wan
huish tengok ni cam berselera je aku. 
Then, habis je makan kitorang sambung pergi uptown Cheras pulak, haa situ memang banyaklah choice. Aku beli Palazzo dengan cropped top je sempat. Masing-masing dah lemau satu hari travel kan. Then time nak balik tu baru tau satu peristiwa yang sangat dasyat and menyakitkan hati. Urgh. Dah dekat setahun baru lah tau cerita sebenar yang terjadi time kat Thailand dulu. Serious. Hope boleh hindari beliau supaya pelbagai fitnah yang ditaburkan juga boleh dielakkan. Amin.



Thank you for reading! Love, Hanim :)

Sunday, April 15, 2012

Tour Carwash P&O : Faculty Medicine UM

Assalamualaikum.

Jumaaat 13 April 2012 - Pagi yang indah. Tiada kelas. Hajat hati nak bangun lambat sebab kelas pukul 3pm nanti, siapkan assignment pun sampai dekat pukul 4 lebih. Tapiiiiii... kena bangun pukul 6pagi la pulak. Ada carwash session untuk kumpulkan dana nak pergi Cambodia (Industrial visit lebih kurang macam tu lah). So sesi kali ni bertempat kat Fac Medic UM. Woh, bersyukur sangat sebab Mira ada kereta, kalau naik bas, sah2 kena panjat tangga dari Fac Engine nak pergi Fac Medic tuh, macam daki gunung everest je. Huu. Timekasih Mira :') Tapi last2 sampai pukul 7 gak, bangun lambat.


First time buat carwash sendiri, selalu cuci kereta biasa2 je, tembak air, main sabun, lap-lap, pastu setel. Tapi kali ni sebab buat kereta orang, gentar jugak orang marah kereta teruk. Sampai-sampai je Fad laa terus pergi cari customer, hebat gila. Terus dapat pulak tuh. Cis. Aku pulak memalu cicak nak approach orang. Sekali tengok, takkanla Fad sorang je, aku pun pegilah approach. RM10/car. Okaylah dapat few car, tapi ada sorang ni cerewet gila,
'U sure ke U cuci betul2 ni? Last time dorang tinggal sabun2 sume, kotor je' Something like that. Sambil buat pandangan 'ko mampu ke?' Hadoih. Aku tersenyum je. Dalam hati geram je 'tanak suda laaa'

Lagi sorang pulak, 'U kata U buat untuk fundraising, kenapa mahal gilaaa sampai RM10?!!' Bang oiii. Tanak cakap jela. Memangla fundraising, tapi takkanla carwash singgit dua. Dah la kereta awak tuh besar gilaaa. Nak berkira sangat -.-'

So there's goes our first car to wash. Sangat mencabar! Daki macam 10 tahun tak cuci. -___-' Haha. Pandai orang ni. Team kitorang demi mutu punya pasal, sental la semua. Nak carry air lagi, dah la takde hos. Bertambah mencabar. Selamat ada abang2 gagah kelas yang tolong angkat. HAHA. Result dia cani :
TADAAAA! Jakun macam tak pena cuci kete. Excited nokkk! Berkilat2 uols ;P
Akibat mencuci sampai tengahari, maka cuaca semakin terik, panas gila and aku tanak hitaaammm. Nak taknak aku terpaksa la berpurdah guna tudung sendiri. Ah tak peduli budak2 semua dah gelak2 cakap aku ni minah Arab ke hape, janji aku tak hitam. Muahaha. Anyway, carwash first session, we're having fun even ngantuk kan. Takpela. Kumpul duit punya pasal, semua okay je :) Oh ye, macam biasa, habis semua ada photo session ye bersama Baby IXUS! Hee. Seronok! This is my first event with baby :))





MPV yang besar nak cuci

P&O Class 2nd Batch Carwash session

Bersatunyaaaa orang kat belakang tuh! HAHA. Ni semua macam model baldi je

Ye, nila gadis yang berpurdah itu. Tedenggg. Tak hitam kan. HAHA

Flash! Nampak semua muka berminyak

Nape muke sobed ngan rauf camtuh -.-'


Oh muka aku yang tembam

Tengoklah nanti ada event apa untuk next session ;) Bye!



Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, April 9, 2012

I love you, Baby IXUS! :D

Assalamualaikum.

Seronok gilaaaaa korang. Kan harituh ada post pasal yang aku teringin gila nak camera, yang aku usha-usha lama gila satu hari kat internet, habis semua webpage aku bukak, Canon, Nikon, Olympus, Sony, Fujifilm, Samsung, and banyak lagi. Semua model aku usha satu2, dari segi kualiti gambar, video. Finallyyy aku jumpa jugak a camera yang function dekat2 DSLR and murah.

Cuba teka! Dengan berbekalkan duit sendiri (campur sikit loan from my parents), aku dah beli CANON IXUS 115 HS! Gilaaa. Tak tahan punya pasal. Bayangkanlah sampai malam tu termimpi2 kot. Esok kebetulan teman mak aku bayar bil kat JJ Seri Kembangan, sambil tunggu tu, aku jalan2 mengusha camera. Sekali ada satu je kedai camera kat situ, memang harga sama je dengan kat website canon, tak tahannnn. Lama gila aku kat kedai tu, boleh pulak ada camera olympus ON SALE la pulak. Usha jugak, tapi sebab da mimpi Baby IXUS aku tuh, so macam ada petunjuk ah kat situ suruh aku beli. HAHA. Syirik betul uols! Takdela. Teringin... bak kata penyanyi Shima tuh. Hee.
This is my baby IXUS. Isn't it cute bebeh?
Dan boleh pulak ada godaan camera samsung yang ade double LCD skrin, which is depan and belakang. Macam tau2 je aku ni camwhore kannn. Tapi takpe, gagahkan diri jugak, I want my Baby IXUS! Haha. Setelah satu jam kat kedai tuh, at last aku beli jugak :D Warna purple. Ni pun lagi satu dilema, nak oren ke purple. Tapi sebab nampak purple lagi solid colour dia, so there you go, my lovely camera :))

Even aku tau aku boleh dapat harga jauh lagi murah kat Low Yat, tapi aku tak tahan sangat, taktau nape. Sanggup tu korbankan duit belanja sem ni, semata-mata sebab nafsu terhadap camera. Yekk. Geli lak ayat aku nih. I mean, eager sangat, lama kot mengidam camera, banyak event miss great shot sebab takde cam. Maybe sebab tu kot eager terlebih :'( Camera corby lak sedey, kabur je kadang2. Haha.

Jom tengok gambar yang aku tangkap, even tak secantik DSLR, tapi aku sukaaaa jugak :))

Colour Accent effect - Sepia

Super Vivid Colour Effect - Maybe? Entah. Lupa.

Apa motif gambar ni kan? Tetiba ada Shieldtox bagai. Actually tempat ni tak bukak lampu, gelap gilaaaa. Tapi nampak jugak objectnya :D

Macro effect - Mangga berkarat. Haha

Macro effect - Kunci pintu

Ye, aku dah rotate, tapi tak tau nape dia takmau pusing -.-' 
Bunga kat kolam ikan. Love this one! ^_^

Muka mencapub dalam kete
Aku lupa ni effect apa. 

Colour Swap effect - Ni best! Aku swap kan colour merah jadi  brown ala2 maroon. Tengokla CIMB Bank punya board tu, dengan yang tulis 35 & 40, tu sume warna merah act.
Sekali lagi, ini aku.

Fish eye effect


Eskim Stroberi is my fav!

Wajah-wajah riang yang excited dapat camera

Baby IXUS ku!


Sempat shoping tempat tidur untuk my Baby IXUS. HAHA
Video dia tak nak upload sebab sume benda2 merepek je aku rakam. Tak bermanfaat langsung. Hee. Okay tu je, saje nak share my happinesss, sukanya ada cameraaa. Haha. Macam jakun taik minyak (bak kata Mira, siyes festaim dengar kot. Haha) je.

Babai! (Tido dengan wajah ceria :D )

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Tuesday, April 3, 2012

Can I Have This, Please?

Assalamualaikum.

Maigodddd. Tengah-tengah buat lab report yang selambak tadi, tetiba je aku usha benda lain. Memang sampai sekarang a.k.a pukul 4 pagi dari pukul 12 tadi tercari-cari.... apa??? CAMERA. Aku tak tau kenapa aku teringin sangattt nak camera. And aku taknak DSLR, sebab satu, memang tak mampu. Dua, besar sangat beb, masuk beg, masuk poket, kembung je. Haha.

And after dah buat research, finallyyyyyyy I've found one!



CANON IXUS 115 HS 

Kenapa eh aku minat sangat nak camera ni? Actually tadi aku usha camera Nikon S6300, but guess what? Lepas tengok camera Canon Ixus Family ni, banyak gilaaaaaa benefits dia. Like serious! Camera yang aku nak ni which is 115 HS paling murah, RM649.00, ni yang aku tengok kat website Canon. 

First yang aku cari untuk my fav camera is video dia MUST in FULL 1080p HD. Sebab aku tau kalau video dia terbaik, gambar mesti lebih kurang sama je kan. Tak tau la sebab aku tak professional pun macam geng2 DSLR. Haha. Cuba tengok video bawah ni, serious macam movie uols!


Bila tengok review semua orang, dorang amatlah berpuas hati bila guna camera ni. Tapi cons dia just battery life jela. Dorang cakap 'i wish the battery life will be much more longer and this camera will be the perfect ones!' Emmmm. Tulaa masalahnya pulak. Tak taula. Hope tahan la kan.


P/S : Cakap senang la nak tu nak ni, kenala kumpul duit. Tunggu la aku kerja nanti, or tak tahan sangat, buat loan. Muahaha.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, April 2, 2012

Comeback 2012

Assalamualaikum!

Lama gilaaaaaa tak update blog. 
Serious super busy dua tiga bulan ni.
Pastu nak kena update blog BBS lagi.
Hee.
Sokay, i'm back bebeh!
Banyak gilaaa cerita nak share.
Dah pukul 3 pagi dah ni.
Nak tido da.
Esok la aku update.
Hee.
Rindu blogging :)
Bye.

lama gila tak keluar bergaya-gaya. finallyyy :') hee.


Thank you for reading! Love, Hanim :)