Thursday, July 28, 2011

I'm lazy.

yeahhh! jom tido!




Define LAZY :
1. Unwilling to work or use energy: "he was too lazy to cook".
2. Characterized by lack of effort or activity.


Ye, aku LAZY a.k.a malas.

Malas nak update blog.

Malas nak upload gambar.

Malas nak online FB.

Malas nak reply chatbox.

Malas nak reply komen. (Tukang 'like' yang terhebat abad ini!)

Malas nak reply message.

Malas nak angkat call orang. (Malas nak bercakap)

Malas nak donlod muvee.

Malas nak donlod lagu.

Malas nak on laptop.

Malas. Malas. Malas.

Aku memang malas.

Tapi kenapa aku malas sangat ni? Entah. Apa yang aku rajin? Makan! Ye benar. Aku jadi malas sekarang sebab aku dah gain weight! A lot okay! So badan dah berat = MALAS!

Aku kena berubah. Puasa ni kena lose weight balik, so that bolehlah aku jadi RAJIN. Tak MALAS lagi. Teruk betul perangai.

Memandangkan aku tengah malas, jadi aku bagi korang jadi malas jugak.



Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, July 18, 2011

Trivia #01, Buatlah Kalau Boleh.


Korang bolehla jawab trivia ni sambil minum-minum petang tu.


ORANG KATA KALAU LIDAH KITA TERJELIR KELUAR, KITA TAK BOLEH BERNAFAS.

Betul ke?


Cuba buat depan orang lain atau depan cermin. Ape respon dorang? 



Haha. Selamat mencuba!

Kalau boleh buat, bagitau la hanim erk. Gila hebat la.


Trimas kepada Zulaikha Nabila atas trivia mengong ni.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

MARIMAR episod last. Huuu.


Hari ni dah sampai episod akhir telenovela Marimar kat TV3. Tak pernah tengok pun cerita ni, selalu lepas habis sinetron Amanah Dalam Cinta pukul 2pm tu, terus tukar cerita lain. Sekali haritu biarkan je cerita ni, sekali tengok best pulak. Tapi time tu dah dekat nak habis dah pun, aku baru tengok pun minggu lepas. Heh.

Aku start tengok time yang orang upahan Angelica tu kena tembak sebab belot, nak bagitau kat court yang Angelica yang bunuh Esperanza. Since tu, baru aku start follow. Siapa yang tak sempat tengok last episod, meh sini aku ceritakan. 

Last episod Marimar :

Sergio (hubby Marimar) & Cruzita (daughter Marimar) kena culik, and dorang di-place-kan in different boats. Then kat badan dorang kena pasang bom and tangan kena ikat. Angelica telepon Marimar suruh pergi kat boat tu, so Marimar decide nak pergi selamatkan anak dia dulu. Tapi time dia dah sampai kat boat anak dia, boat Sergio pulak yang meletup. Menjerit-jerit la dia, menangis. Then bom kat boat anak dia tinggal 3 saat, nasib baik sempat lompat, pastu, kebabooomm! Molotup.

Marimar & Cruzita berenang-renang ke tepian. Dia tinggalkan anak dia kat hutan tu kejap, pastu pergi cari Angelica. So, sesi tembak-menembak. Marimar ingatkan Sergio dah mati, memang geram habis, sampai hentak Angelica kat kereta and himpit tangan dia dengan pintu kereta tuh. Sergio tak mati pun, time dalam boat tu, dia sempat ah sepak-sepak orang jahat and dapat pisau untuk potong tali kat tangan dia then terus lompat dalam laut. Selamat.

Angelica lari kat helicopter yang dah get ready nak pergi. Marimar kejar. Tumbuk-tumbuk kejap. Sergio pun sempat hang on kat besi helicopter tu time dah start nak terbang, gila gagah kan. Last-last, Angelica terjatuh from helicopter tu, then kena makan dengan buaya. Macam cerita kanak-kanak lak. Haha.

Last sekali, Marimar and Sergio kahwin. Yay!
Marimar yang comel & Sergio yang macho. Sesuainyeerr!

Lagi satu, tak paham, Maid dia yang corazon tu memang outfit sama camtu eh? Pelik gila lah.
helo baby, i think i'm cute.
p/s : Pasni dah habis, dah kuranglah satu drama series yang kena follow. Hee.
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Sunday, July 17, 2011

Oh! Shea Rasol. Asyik stalk blog orang lain, lupe pulak kat blog sendiri.

Assalamualaikum.

Lately asyik stalk blog orang lain je, kadang-kadang dah bukak dah dashboard blog, dah ready nak tulis entry, tapi sambil-sambil tu bukak 'new tab' blog orang, yang entry best xpecially, bila nak tulis new post, ayoooo. Lupa! Okaylah. Tangguh.

Next time. Sama.

Next next time. Sama.

Last-last dah malas nak buat entry baru. Sebab tula post ciput je. Padahal kalau offline or sambil berjalan pun sempat lagi terfikir nak buat entry baru, tapi sebab suka sangat stalk blog orang, last-last blog sendiri kasi lupa punyeerr pun. Tapi sokaylah, bak kata my friend, i'm blogging for fun :)

Alang-alang dah cerita pasal 'stalk page orang', let me share with you guys blog siapa yang aku stalk malam ni. Orang bertuah tu adalah....

Tak rugi pun korang stalk dia, at least you can learn something about fashion. Seriously. Memanglah pelik, tapi rasanya dia sangat berani nak berfesyen camni. Cute sangat. Jealous makk. Tunggulah nanti dah kurus and berduit sikit, barulah boleh cuba. Hee.





Comel kan kan? Banyak vintage look dalam blog dia. Siapa yang rasa macam tak tau nak berfesyen camne time nak hang out dengan member or date dengan boipren, boleh usha blog ni.

Happy fashion-ing!

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, July 11, 2011

Entri Takde Motif

HANIM NORDIN


LEMBUPADAT
google image

Persamaan
Comel
Tembam

Perbezaan
Manusia dan binatang

Gila. Mood gila malam-malam dah datang. Orang dah cakap dah entri takde motif.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

POXP Trip to Bangkok, Thailand : Day 01



Prosthetic and Orthotic Exposure Program (POXP) : 
Bangkok, Thailand

25.06.2011
Pukul 6 lebih, dah kena kumpul kat 4th college, UM. Serious. Time tu semua orang bergaya gila, macam nak pergi event, aku pakai tshirt buruk je, rase macam tak layak je join dorang. Sebab aku ingat ni trip nak travel, so tak main ah pakai skirt, baju bunga-bunga, memang baju-baju camtu aku tak bawak langsung ah. Sekali tettttt, aku ngan Fad je yang dah macam Makcik Rogayah nak pergi pasar punya outfit. Bas sampai, travel sampai Butterworth, lunch and tunggu train.
muka hepi nak naik train


vibration =.=

Berdebar beb! First time travel jauh camni, naik train pulak tu, macam cite Hindustan pun ada. Kuch Kuch Hota Hai. Haha! So nila keadaan dalam train.
setiap seat sorang dapat conquer. 


sejenis pintu automatic
Time dah sampai sempadan, Padang Besar, dah nak gelap, terpaksa benti jap, ada check2 imigresen, then belila keropok sebab memang tak ingat langsung nak beli maggi ke hape, mahal gila! And nasib baik dapat beli nasi goreng berharga rm4 untuk dinner. Kalau tak sampai pukul 2pm esok la berlapar. Fiuhh. And yang best nya, bila malam, tempat duduk kitorang tu dah bertukar jadi katil untuk tidur, ala-ala Transformers gituh. Upper deck and lower deck. Ajaib.


kat Bang Khen kot. adek badek Bangkok
Finally sampai jugak Thailand, ambik masa 20 jam camtu. Takut ada, cuak ada, hepi ada. Entahla. Sampai-sampai je, organizer trip Thai kat Fac Medic sana tegur aku, 'are you from Malaysia?' Pergh. Rasa macam diberi honour gituh sebab aku insan terpilih, mungkin muka aku macam Malaysian kot, yang lain? Errrrr. Haha. Naik bas, check in, lunch, aktiviti bebas.
dah sampai. muka toya sebab tak mandi.


Hualamphong Train Station, Bangkok


polis kat sana sexy youuu. baju ketat-ketat =..=


ayed sempat lagi


ni namanya Tuk-Tuk. macam motor+kereta, best!


nila miss comel yang tegur aku, Miss Tatchanan


Tuk-tuk yang boleh muat sampai 6 orang. WTH?!


Bangkok




Hotel Sawasdee Khaosan Inn


muka lapa tapi tahan-tahan
Baru tau kat Thailand SUSAH gila nak cari makanan HALAL. Kat sebelah hotel kitorang macam petaling street, best gila, shopping! Nasib baik kat sana takde Bangkok Gangster. Tapi banyak jugakla bar, pub, and tak kurang juga PORK everywhere. Patah selera gua. Ada satu je gerai halal, tu pun jauh sikit from hotel. Barulah sedar, Malaysia is the best!

Malam pergi makan, post mortem, and dance practice. Then, tido! Hehe. 
I like! MyEm0.Com

Thank you for reading! Love, Hanim :)

POXP Trip to Bangkok, Thailand : Teaser


Prosthetic and Orthotic Exposure Program (POXP) : Bangkok, Thailand


At first, bila my classmate Epul & Victor cakap nak buat trip ni, i was like 'woowww!', ternganga kejap, excited beb!Yela, orang lain buat trip paling jauh pun kat sempadan Malaysia je, ni nak wat kat THAILAND. Even nama Thailand tu takdela glamour macam UK, USA, LA and so on, but still dikira international gak kan. And serious rasa macam trip ni takkan menjadi, even dah agih biro macam-macam, cari sponsor sini sana, konflik yang berduyun, tapi tak sangka, finally we made it!

Thanks to Epul, Victor and my other classmates yang bersusah payah nak men-JADI-kan trip ni. Bayangkanla, nak cari sponsor camne. Kitorang tak keluarkan duit pun, even sesen. Malah, dapat elaun lagi. Yippeee!

At first, ayah tak bagi pergi sebab naik train, and date kitorang nak pergi tu, kat Thailand dah nak pilihanraya, boleh pulak keluar berita kat area selatan Thailand, bom bom tembak tembak mati mati, hadoyaii, buat hal pulak dorang ni. Kacau line.
train to Bangkok. ade bran? 

Then akhirnya, ayah bagi jugak, yela, kang tak dapat pergi, muka monyok je memanjang. Hee. So, a week before tu, ade preparation camp, macam pasal pasport ke, anything la, since this is my first time pergi luar negara, sungguh seksaited makkk jemahh! Haha. Gila. But the most important part yang aku balik UM for the camp is the show for the cultural night.

Aku diberi task untuk handle 1 Malaysia Dance, dulu time form 4, my school antara 50 sekolah yang terpilih untuk join 50 years celebration merdeka kat Stadium Merdeka, and that was the first time ever government buat. Syok sangat! Alang-alang tuh, aku cilok ah tarian tu sebab nak sangat tarian kebudayaan Malaysia kan. Tapi masa tak cukup, sempat buat tarian zapin, cina and india je, sarawak and sabah tak sempat, and lagipun tough sikit kot, janji ada unsur-unsur 1 Malaysia gituh.
zaman form 4-merdeka dance :)

And lagi satu, aku ngan member, Fadhila, kena nyanyi beb. Dak kelas lain suruh. Agak-agaknya sebab kitorang selalu memekak kot dalam kelas, haaa, amek kau, padan muka! Mula-mula  nyanyi lagu Candak, tapi sebab masing-masing bukan Syura or Siti Nurhaliza, semput beb. Last-last ambikla lagu Bakawali, semput jugak, tapi kitorang diWAJIBkan ambik lagu asli, nak lagu Siti? Haremss sekali. Noraniza Idris? Sama je dua kali lima.
tak mampu nak jadi Siti lagi. :'(

And before pergi pun family buat kenduri doa selamat. Thanks a lot. Will be continue the trip in the next entry.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Sunday, July 10, 2011

Teringin nak join boy band.

Tak tau kenapa, lately ni macam asyik nak bermood band je. Serious best kalau dapat main drum. Dalam ramai-ramai, barang siapa yang jadi drummer, tak kire la girl ke boy ke, mesti nampak hensem. Kalau pempuan yang main pun nampak macho gaks.

Woh. Bila la agaknya dapat impian aku ni direalisasikan? Heh. Dulu teringin sangat nak join dance team, sekarang nak join gig pulak. Bapak ngada-ngada. Pegang batang drum tu je retila, tak pun main hempuk-hempuk drum tu sampai lunyai. 

Okay okay. Fine. Kalau tak dapat jadi drummer, aku nak jadi vokalis. Suara? Gua hentam sajelah. Janji keluar suara. Takat lagu ala-ala Zee Avi bole lah, macam bitter heart, yang tak main tarik-tarik suara emas aku ni, yang tak keluar anak tekak, yang tak kerut-kerut dahi, nak yang senang-senang je kan. Hee. Actually, aku teringin nak join band sebab aku tengok dorang semua ni macam COOL saje. Lagipun, nak join band kena tak tau malu sikit, konpiden tu kena lebih sikit. Contoh, kalau jadi guitarist, kalau berdiri kaku, petik-petik gitar, buat muka toya, paling mahal pun bagila senyum sikit, bajet macam dah cool enough, confirm-confirm muka kena tepek ngan kasut je. So, tengok macam bro ni,
muka nak feeling je kan, sampai bibir dah terjuih-juih main gitar, CONFIRM ramai yang bersorak-sorak. Haha! Vokalis pun lagila, selagi tak hentak kaki kat atas lantai tu, tak cukup ummmpphh lagi la tu. Tak pun pegang mic harus bergaya kalau nak orang pandang. 

Tapi dalam banyak-banyak, tangga teratas untuk group band ni of course aku bagi kat DRUMMER. Pergh. Drummer ni memangla duduk belakang, macam orang tak pandang je kan, tapi actually, orang lagi admire-kan drummer instead of guitarist, kiranya rate untuk drummer dengan vocalist sama-sama naik ah. Serious. Bonus point untuk drummer kalau dorang ada rupa, senang cakap Hensem/Cun. Hehe.

My favourite drummer dari dulu sampai sekarang, 
Azwin Andy - Estranged


Hee. Tak tengok dia main drum lagi. Waaaahhh. Sape join GIG kat I-City Shah Alam malam ni? Jelez. Tak dapat pergi :'(

Thank you for reading! Love, Hanim :)