Sunday, July 10, 2011

Teringin nak join boy band.

Tak tau kenapa, lately ni macam asyik nak bermood band je. Serious best kalau dapat main drum. Dalam ramai-ramai, barang siapa yang jadi drummer, tak kire la girl ke boy ke, mesti nampak hensem. Kalau pempuan yang main pun nampak macho gaks.

Woh. Bila la agaknya dapat impian aku ni direalisasikan? Heh. Dulu teringin sangat nak join dance team, sekarang nak join gig pulak. Bapak ngada-ngada. Pegang batang drum tu je retila, tak pun main hempuk-hempuk drum tu sampai lunyai. 

Okay okay. Fine. Kalau tak dapat jadi drummer, aku nak jadi vokalis. Suara? Gua hentam sajelah. Janji keluar suara. Takat lagu ala-ala Zee Avi bole lah, macam bitter heart, yang tak main tarik-tarik suara emas aku ni, yang tak keluar anak tekak, yang tak kerut-kerut dahi, nak yang senang-senang je kan. Hee. Actually, aku teringin nak join band sebab aku tengok dorang semua ni macam COOL saje. Lagipun, nak join band kena tak tau malu sikit, konpiden tu kena lebih sikit. Contoh, kalau jadi guitarist, kalau berdiri kaku, petik-petik gitar, buat muka toya, paling mahal pun bagila senyum sikit, bajet macam dah cool enough, confirm-confirm muka kena tepek ngan kasut je. So, tengok macam bro ni,
muka nak feeling je kan, sampai bibir dah terjuih-juih main gitar, CONFIRM ramai yang bersorak-sorak. Haha! Vokalis pun lagila, selagi tak hentak kaki kat atas lantai tu, tak cukup ummmpphh lagi la tu. Tak pun pegang mic harus bergaya kalau nak orang pandang. 

Tapi dalam banyak-banyak, tangga teratas untuk group band ni of course aku bagi kat DRUMMER. Pergh. Drummer ni memangla duduk belakang, macam orang tak pandang je kan, tapi actually, orang lagi admire-kan drummer instead of guitarist, kiranya rate untuk drummer dengan vocalist sama-sama naik ah. Serious. Bonus point untuk drummer kalau dorang ada rupa, senang cakap Hensem/Cun. Hehe.

My favourite drummer dari dulu sampai sekarang, 
Azwin Andy - Estranged


Hee. Tak tengok dia main drum lagi. Waaaahhh. Sape join GIG kat I-City Shah Alam malam ni? Jelez. Tak dapat pergi :'(

Thank you for reading! Love, Hanim :)

4 109 orang komen:

sitinurul said...

hehee sayangg kte pun suke band.
lebih2 lagi tengok orang jamming!
LOVE it :)

Hanim Nordin said...

yay. syg pn suke band. jom join syg! haha

ZaZa said...

kte pun suke tgk drummer!! dorg coolllll... ;p

Hanim Nordin said...

@zaza : yup. super coooolll. i likee! haha. yay. ade geng!