Monday, July 18, 2011

MARIMAR episod last. Huuu.


Hari ni dah sampai episod akhir telenovela Marimar kat TV3. Tak pernah tengok pun cerita ni, selalu lepas habis sinetron Amanah Dalam Cinta pukul 2pm tu, terus tukar cerita lain. Sekali haritu biarkan je cerita ni, sekali tengok best pulak. Tapi time tu dah dekat nak habis dah pun, aku baru tengok pun minggu lepas. Heh.

Aku start tengok time yang orang upahan Angelica tu kena tembak sebab belot, nak bagitau kat court yang Angelica yang bunuh Esperanza. Since tu, baru aku start follow. Siapa yang tak sempat tengok last episod, meh sini aku ceritakan. 

Last episod Marimar :

Sergio (hubby Marimar) & Cruzita (daughter Marimar) kena culik, and dorang di-place-kan in different boats. Then kat badan dorang kena pasang bom and tangan kena ikat. Angelica telepon Marimar suruh pergi kat boat tu, so Marimar decide nak pergi selamatkan anak dia dulu. Tapi time dia dah sampai kat boat anak dia, boat Sergio pulak yang meletup. Menjerit-jerit la dia, menangis. Then bom kat boat anak dia tinggal 3 saat, nasib baik sempat lompat, pastu, kebabooomm! Molotup.

Marimar & Cruzita berenang-renang ke tepian. Dia tinggalkan anak dia kat hutan tu kejap, pastu pergi cari Angelica. So, sesi tembak-menembak. Marimar ingatkan Sergio dah mati, memang geram habis, sampai hentak Angelica kat kereta and himpit tangan dia dengan pintu kereta tuh. Sergio tak mati pun, time dalam boat tu, dia sempat ah sepak-sepak orang jahat and dapat pisau untuk potong tali kat tangan dia then terus lompat dalam laut. Selamat.

Angelica lari kat helicopter yang dah get ready nak pergi. Marimar kejar. Tumbuk-tumbuk kejap. Sergio pun sempat hang on kat besi helicopter tu time dah start nak terbang, gila gagah kan. Last-last, Angelica terjatuh from helicopter tu, then kena makan dengan buaya. Macam cerita kanak-kanak lak. Haha.

Last sekali, Marimar and Sergio kahwin. Yay!
Marimar yang comel & Sergio yang macho. Sesuainyeerr!

Lagi satu, tak paham, Maid dia yang corazon tu memang outfit sama camtu eh? Pelik gila lah.
helo baby, i think i'm cute.
p/s : Pasni dah habis, dah kuranglah satu drama series yang kena follow. Hee.
Thank you for reading! Love, Hanim :)

9 109 orang komen:

Cik Zety said...

Ahha, marimar. kenapa lah susah sangat nak tangkap pompuan sorang tuu -.-'' geram~

sayasayangkamuhamim (: said...

Tak salah byah dorang ni memang husband and wife kat luar. Tp xtahu la betul ke tak. Ni pun orang yg cakap. Kalau betul HAMAGAAADD.. SWEET GILA KAN?

cik xeyrah said...

SAYA SUKA MARIMAR! YEAY! DAH TAMAT PON..HAPPY ENDING KN TD?heheh:P

Hanim Nordin said...

@cik zety : tula pasal, biasela nak bagi cite panjang.

Hanim Nordin said...

@byah : serious? klu betul mmang sweeeetttt sgt. awwww. makk suke!

Hanim Nordin said...

@cik xeyrah : yup2. dah habis. seronok sgt ending dye. love it :)

kim heeruul said...

gua tak pernah tgk cite nie..haha

Bahiyah? said...

lepas godek2 google haritu, memang betul dorang ni couple kat luar. bukan hasben and wife. sorry salah info huhu.. tapi apa pun, dorang memang sweet gilaaaa kan kak anim? ^____^

Hanim Nordin said...

yup2. ptut pun blakon feeling je. sweeettt sangat. jealous. haha