Monday, September 3, 2012

PC Fair 02 Sep 2012, Mid Valley

Assalamualaikum.

antara barang-barang yang sempat dibeli. tak cukup masa T.T
'PC Fair starting from 29 August until 02 September' 
Iklan ni memang aku dah nampak dari before puasa lagi kat mana-mana area KL, bunting melekat je kat tepi-tepi jalan, huish. Tak tau kenapa, aku kalau benda-benda IT ni shopping nya macam beli baju. Asal warna warni comel je nak beli. Nak-nak PC Fair, harga semua drop kan, lagi la tak tahan. Macam shopping malam raya kat Jalan TAR haritu je. Heh.

So aku gerak dengan adik-adik - Nas & Ajib. Nas memang la banyak benda nak beli, sama macam aku, ajib je yang takde benda nak beli, pergi sana pun mesti mengantuk je kan. Hahah. Bila baru masuk pintu PC Fair kat Mid Valley Exhibition Centre ni, fuhhh cuci mata aku beb. Tapi aku takde selera. Yelah, depan pintu ada kereta apetah, dikelilingi oleh 4 orang amoi pegang Kaspersky punya antivirus. Ni yang aku tak paham, asal ada pameran je mesti ada perempuan pakai baju nampak pusat seluar atas paha. Aku bayangkan jugak, kenapa tak pernah taruk gegirl macam Xena Lawak Kampus tu ke, pegang barang yang nak jual, baring atas kereta. Mesti takde orang nak beli kan. Wakaka.
beruang tu pun berbulu tengok Xena tergedik-gedik camtuh
 Anyway, kat situ memang sesak. Tapi PC Fair nya tak sebesar dekat KLCC macam yang aku pernah pergi dulu. Kat KLCC tu kalau nak patah balik, memang tak la kan, kat Mid ni still boleh lagi la patah balik. Macam-macam la ada kat situ and yang buat aku ceria lagi gembira sebab aku bajet dekat RM400 untuk keperluan lappy tapi end up dapat RM225 je! Ni dah macam 50% diskaun je. Yeahhhhh.

So ni antara barang-barang yang aku sempat beli and menyebabkan aku ceria sebab save banyak duit :D

Apa ni? Apa ni? POKEBALL betul-betul wujud ke?? Uols semua jangan salah paham ye. Ni adalah speaker comel berbentuk ala-ala bola pokemon, so kalau korang campak sememangnya akan rosak pecah berderai, takdenye nak keluar binatang yang ada superpower. Speaker Pokeball yang aku istilah kan sendiri ni haritu nampak jugak dekat JJ tapi maybe brand lain la kot, harga dekat RM40, and aku dapat dengan harga RM18 sahaja. Apa yang buat aku tertarik sebab speaker ni boleh bukak tutup macam dalam gambar tu, eceh kalau dia malu dia tutup la muka dia, gituhh.

4 Port USB Hub 2.0 yang agak nipis, tujuan untuk menjimatkan ruang, malas nak beli yang tebal-tebal besar, nanti masuk beg kembung je kan. Oh ye, harga RM10 je. Tapi jenuh jugak la mencari, sebab booth lain harga RM20 above tapi barang sama. Sangat berpuas hati la kan. :D And lagi satu yang belah atas tu ialah Cable Tie, kalau wayar korang panjang dan menyakitkan pandangan, semak, boleh gune benda tu untuk ikat bagi kemas, banyak lagi warna actually tapi aku dah guna. Harga hanya RM8 ye uols.

Oh ini diaaaa barang yang paling ku sayangi. Seagate Expansion External Hard Disk 500GB + USB 3.0 together with FREEE pouch hitam yang bergaya, harga cuma RM189 ye kawan-kawan. Aku bajet hard disk ni RM250 + pouch RM20, so total RM270 la, tapi harga dapat jauh lagi murah. Actually HDD ni all black, konon-konon nak ikut tema Clear Shampoo - 'Hitam nampak kemas' Puihh! Bosan je all black, tak ceria langsung. So aku guna skin lappy adik aku yang mana tak guna tu untuk lekat atas HDD ni, and Taraaaa! Ceria kan? Tengah belah atas tu aku tebuk sebab nak bagi nampak lampu dia menyala if connected kat PC.

Ni dia item yang paling aku tak puas hati, actually ni adik aku punya, tumpang je tangkap gambar sekali alang2 tuh kan. Time tu pendrive tengah promosi 4GB RM11, 8GB RM14. Wahhhh. Aku time tu tak berminat sebab pendrive dah ada, tapi bila fikir balik, mana nak dapat harga camtu untuk 8GB. Rasa nak rompak je pendrive dia ni. Kes-kes cemburu. Haha.

Oh ye, item ni takde kena mengena pun dengan PC Fair. Aku bei kat Daiso kat JJ Seri Kembangan. Saje je. Tau la kan, Daiso semua barang RM5, aku saje la ambik, cuba nasib benda ni function ke tak RM5 je pun kan, so test-test kat rumah, and yeahhhh. Elok je pakai.

Actually ada lagi aku nak beli tapi cukupla tu. Nanti jela cari kat Lowyat ke. Haish. Banyak pulak aku membebel padahal PC Fair je pun bukan trip ke London. Okaylah, babai uols!;)
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Sunday, August 12, 2012

Citrawarna 1 Malaysia

Well ni gambar time kitorang pergi join citrawarna 1 malaysia bulan may tahun 2012. I jadi nyahh uols. Mule2 nampak macam eh comel jugak aku pakai rambut palsu, dah lama2 terasa macam pondan pun ada jugak. Hahah. Group kitorang buat musical theme, which kitorang gabung dengan student uitm, ipg and penari professional from dbkl kot. Not sure about it. Gaya kitorang kena buat macam ala2 kitorang ni tourist guide sambil menari. Can you imagine that? Selamat la time tu badan aku cuma separa tembam sebab baru je lepas feseni haritu, kalau tak dah macam makcik2 try nak perform sebab baju provided quite sendat but still bole bernafas lagi la. Supose kena bukak tudung and yet we chose to wear the wig. Thats why la end up jadi pondan. Haha. Event ni kat dataran merdeka, terasa macam menari untuk merdeka time form 4 dulu kat stadium merdeka. Hee. Kira ni aktiviti lepas rinfu la kot. Hek.


















Thank you for reading! Love, Hanim :)

Sunday, August 5, 2012

Dato' Lee Chong Wei Still The Best! :)

Assalamualaikum.

Lin Dan histeria menang emas. Hahah. Sampai terbang2 tuh.
Semua dah tengok kan Olimpik Badminton DLCW lawan Lin Dan. Pergh debaran gile kauu. First set tu dah yakin rasanya boleh menang, dah second set tuh macam harapan, final set tu la yang paling debar tak hingat, naik turun naik turun point dorang sama je. Dalam hati aku, 'BR BR BR' Kemende BR tu kan. BASKIN ROBBIN lah. Kekeke. Kempunan nak makan aiskrim preeeee. Tapi sayangnya, molopas. Takpela. Tak hadap sangat pun aiskrim sebenarnya, tapi macam kesian gila bila tgk DLCW tu muka frust gila-gila. Sayu beb. Ditambah dengan tweet dye 'Im sorry' syahdu je aku tengok, tapi kalau amir cakap 'im sorry' tu tampaq je terus -.-'

time ni la cam kesian gilaa


muka sedey beliau
But sokay sokay, at least menang silver medal kan. Susah kot orang Malaysia nak dapat medal sampai even silver pun. And orang yang paling lega sekali mestilah TOKEH JONGKONG EMAS, BOSS BASKIN ROBIN MSIA dengan TOKEH NASI KANDAQ! Hahah. Gurau2.

Tapi serious tak boleh bla gila jurucakap kat tv1 tuh time chong wei ada satu part tu dapat point, dia cakap la
'tulah akibatnya kalau terlalu sombong'
Tetiba je kan. Nampakla jurucakap tu pulak macam emo semacam je. Mesti dye nak cakap 'Haa amekaw padan muka berlagak sangat (gaya johan)' tapi disebabkan orang tengah serious takkan kau nak main-main kan? Hahah. Tahape2.

Btw, congrats Dato' Lee Chong Wei for getting us silver medal for Olympics 2012! Salute! ♥

P/S : Baru sedar lagu #Gemuruh Suara tu sangat inspiring! :p
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Thursday, June 14, 2012

May 2012 - UM's Entrepreneurship Day

Assalamualaikum.

Amende tajuk yang aku tulis ni? Tu namanya Hari Keusahawanan Universiti Malaya untuk sesiapa yang tak tau makna dia and malas nak google translate. Hahah. Okayy. So memang tiap-tiap sem akan ada karnival ni dimana student yang organize sendiri, sebab nak dapat markah lebih untuk subjek APK.

So sem ni, giliran kitorang pulak yang kena. Gerai kitorang nama nak glamour - Spaghetto Crust! Hadoih. Even dua hari, penattttt beb. Terjelepok jugak la. Dah lah dengan ada practice untuk Citrawarna lagi, kena handle lagi karnival ni. Nasib baik aku dapat biro ringan (eh tak ringan jugak sebenarnya) - Biro Promosi. Hah. Bukan calang-calang orang yang dapat biro ni sebab skill kenalah sangat tinggi dimana kene tebalkan muka, terpekik, terlolong dan pelbagai aksi yang malu-tapi-terpaksa-buat sebab nak tarik customer. Dan aku adalah antara insan-insan yang terpilih -____-' Hee. Tapi kitorang semua muhibbah. Semua biro cuba. So takdela penat sangat mencapub kat depan sepanjang masa kan.


Malam before karnival, aku dan member lain kene pergi masak. And guess what? Gerai kitorang jual spaghetti! And HotDog Crust! And Air Kordial! Hahah. Excited promosi kan. Nama pun biro promosi :P Memang jenuh la nak membungkus and memasak spaghetti untuk 60 orang, rebus hotdog semua, 4 orang je. Memang sampai dekat pukul 4 pagi la kitorang tidur. Yang lain tolong hiaskan gerai untuk first day ni. Hee. Hari kedua baru diorang pulak masak. :)

Hot Dog Crust tanpa sos dan mayonis but very very crispy! Nak satu  nak satu :P
Overall, Hari APK boleh tahan best jugak sebab time kitorang ni meriah. Mungkin ramai orang gila-gila kot yang terjebak time APK sem ni. So memang sangat bising. Dahlah time first day tu main switch terbakar sebelah gerai kitorang. Selamat aku tak histeria. Ada satu insiden, time tu suis kitorang terbakar, ada budak ni dengan tenang berkata-kata, 
'Eh, benda ni berasap la :)'
Aku pulak yang cuak, terus gelabah bagitau kat kawan-kawan aku. Dorang terus suruh budak tu tutup suis. Phewwww. Aku takut kang meletup je. Boleh pulak beliau berlagak tenang. Seram sejuk aku. And yang paling best, semua makanan kitorang terjual habis, dalam nama lain yang lebih glamour - SOLD OUT beb! Gahaha. Puas hati gila. And total sorang dapat untung RM60. Hee. Seronok dapat duit :DD

Stall kami yang warna warni


Pelanggan yang ceria


Behind The Scene

Melayan pelanggan tanpa erti penat (HAHA. ayat aku -.-)

Poster

Berborak dengan ceria

Patutnya gambar candid. Tetiba Mat pegi posing lak kan. Cis.

Tergantung punya kad. Banner eh nama dia? Entahla.

Ye. Aku yang sudah kembali tembam.

Fadhila Alias nama beliau

Mira test skill letak mayonis

Jun Ling mungkin malu nak tayang muka

Tu diaaaa. Rangup wohhh. Rindu pulak nak makan.

Zue-Mira-Put

Kenapa Ayed ceria sangat and kenapa pula Victor camtuh? -.-'

Gan Chiao Chin nama beliau

Yeah. Gune batang penyapu untuk jadi stand.

Gerai orang lain I

Gerai orang lain II

Gerai Orang Lain III

Gerai Orang Lain IV

Gerai Orang Lain V

Gerai Orang Lain VI

Ni gerai junior aku Fadhil yang pakai baju merah. Sempat lagi eh -.-'

Abang/Akak yang comel pakai rambut afro warna warni. Mungkin nak rasa macam APK 60 an kot - Retro

Gerai Orang Lain VII

Poster made by me :))

Footnote : Penat tapi berbaloi :)
Thank you for reading! Love, Hanim :)