Monday, September 3, 2012

PC Fair 02 Sep 2012, Mid Valley

Assalamualaikum.

antara barang-barang yang sempat dibeli. tak cukup masa T.T
'PC Fair starting from 29 August until 02 September' 
Iklan ni memang aku dah nampak dari before puasa lagi kat mana-mana area KL, bunting melekat je kat tepi-tepi jalan, huish. Tak tau kenapa, aku kalau benda-benda IT ni shopping nya macam beli baju. Asal warna warni comel je nak beli. Nak-nak PC Fair, harga semua drop kan, lagi la tak tahan. Macam shopping malam raya kat Jalan TAR haritu je. Heh.

So aku gerak dengan adik-adik - Nas & Ajib. Nas memang la banyak benda nak beli, sama macam aku, ajib je yang takde benda nak beli, pergi sana pun mesti mengantuk je kan. Hahah. Bila baru masuk pintu PC Fair kat Mid Valley Exhibition Centre ni, fuhhh cuci mata aku beb. Tapi aku takde selera. Yelah, depan pintu ada kereta apetah, dikelilingi oleh 4 orang amoi pegang Kaspersky punya antivirus. Ni yang aku tak paham, asal ada pameran je mesti ada perempuan pakai baju nampak pusat seluar atas paha. Aku bayangkan jugak, kenapa tak pernah taruk gegirl macam Xena Lawak Kampus tu ke, pegang barang yang nak jual, baring atas kereta. Mesti takde orang nak beli kan. Wakaka.
beruang tu pun berbulu tengok Xena tergedik-gedik camtuh
 Anyway, kat situ memang sesak. Tapi PC Fair nya tak sebesar dekat KLCC macam yang aku pernah pergi dulu. Kat KLCC tu kalau nak patah balik, memang tak la kan, kat Mid ni still boleh lagi la patah balik. Macam-macam la ada kat situ and yang buat aku ceria lagi gembira sebab aku bajet dekat RM400 untuk keperluan lappy tapi end up dapat RM225 je! Ni dah macam 50% diskaun je. Yeahhhhh.

So ni antara barang-barang yang aku sempat beli and menyebabkan aku ceria sebab save banyak duit :D

Apa ni? Apa ni? POKEBALL betul-betul wujud ke?? Uols semua jangan salah paham ye. Ni adalah speaker comel berbentuk ala-ala bola pokemon, so kalau korang campak sememangnya akan rosak pecah berderai, takdenye nak keluar binatang yang ada superpower. Speaker Pokeball yang aku istilah kan sendiri ni haritu nampak jugak dekat JJ tapi maybe brand lain la kot, harga dekat RM40, and aku dapat dengan harga RM18 sahaja. Apa yang buat aku tertarik sebab speaker ni boleh bukak tutup macam dalam gambar tu, eceh kalau dia malu dia tutup la muka dia, gituhh.

4 Port USB Hub 2.0 yang agak nipis, tujuan untuk menjimatkan ruang, malas nak beli yang tebal-tebal besar, nanti masuk beg kembung je kan. Oh ye, harga RM10 je. Tapi jenuh jugak la mencari, sebab booth lain harga RM20 above tapi barang sama. Sangat berpuas hati la kan. :D And lagi satu yang belah atas tu ialah Cable Tie, kalau wayar korang panjang dan menyakitkan pandangan, semak, boleh gune benda tu untuk ikat bagi kemas, banyak lagi warna actually tapi aku dah guna. Harga hanya RM8 ye uols.

Oh ini diaaaa barang yang paling ku sayangi. Seagate Expansion External Hard Disk 500GB + USB 3.0 together with FREEE pouch hitam yang bergaya, harga cuma RM189 ye kawan-kawan. Aku bajet hard disk ni RM250 + pouch RM20, so total RM270 la, tapi harga dapat jauh lagi murah. Actually HDD ni all black, konon-konon nak ikut tema Clear Shampoo - 'Hitam nampak kemas' Puihh! Bosan je all black, tak ceria langsung. So aku guna skin lappy adik aku yang mana tak guna tu untuk lekat atas HDD ni, and Taraaaa! Ceria kan? Tengah belah atas tu aku tebuk sebab nak bagi nampak lampu dia menyala if connected kat PC.

Ni dia item yang paling aku tak puas hati, actually ni adik aku punya, tumpang je tangkap gambar sekali alang2 tuh kan. Time tu pendrive tengah promosi 4GB RM11, 8GB RM14. Wahhhh. Aku time tu tak berminat sebab pendrive dah ada, tapi bila fikir balik, mana nak dapat harga camtu untuk 8GB. Rasa nak rompak je pendrive dia ni. Kes-kes cemburu. Haha.

Oh ye, item ni takde kena mengena pun dengan PC Fair. Aku bei kat Daiso kat JJ Seri Kembangan. Saje je. Tau la kan, Daiso semua barang RM5, aku saje la ambik, cuba nasib benda ni function ke tak RM5 je pun kan, so test-test kat rumah, and yeahhhh. Elok je pakai.

Actually ada lagi aku nak beli tapi cukupla tu. Nanti jela cari kat Lowyat ke. Haish. Banyak pulak aku membebel padahal PC Fair je pun bukan trip ke London. Okaylah, babai uols!;)
Thank you for reading! Love, Hanim :)

0 109 orang komen: