16 April 2012
Assalamualaikum.
Dah lama tak keluar hang out dengan member, so since Mira dah ada transport sendiri, so kitorang tumpang kereta Mira untuk berfoya-foya. Hihi. So location kali ni is Sunway Pyramid. And yeah, finally kami kembali berempat! Macam first sem dulu. Oh rinduu T.T
|
Baru sampai memasing sibuk nak posing |
|
Zue & Fad. Fad memang suka tangkap gambar terkangkang sikit, bagi ilusi peha kurus. wakaka biadap. main tipu |
So dah sampai tu still petang, taktau nak buat apa. Mula-mula tu pun dah aim nak pergi tengok wayang, release tension katanya. So aku dengan Zue memang nak tengok Battleship, sebab kat timeline twitter FB semua penuh cakap Battleship best lah hape lah. Tension aku kalau tak tengok. Boleh pulak camtu kan. Hee. Since aku baru beli Baby Ixus yang comel meow meow, tak kira apa jua angle aku nak tangkap jugak gambar. Kenangan lah kononnya :P
|
Well I love this pic so much :)) |
|
kawan-kawan yang menjadi mangsa fotoshut |
|
Sape yang tak tengok lagi sangat rugi. |
Battleship ni aku ingatkan cerita perang-perang yang bosan. And yup. Memang cerita perang. Tapi tak sangka pulak
BEST GILAAA! Sebab hero hensem! Wakaka. Mula-mula aku tengok hero dia selekeh je, tak berminat langsung, sekali bila si Alex Hopper tu masuk navy, fuyooo, memang ter-hop-hop lah aku dengan Fad. Aku dengan Fad la yang paling excited. Masing-masing bising nak pakwe navy. Nak-nak time Alex tu dapat jadi kapten lawan dengan alien tuh, huishhh bordobar-dobar lah jantung ni. Aku rasa orang belakang mesti tension dengar kitorang macam terkinja-kinja kat dalam panggung. Sabar ye. Aku tengok Mira dengan Zue rilex je. Mungkin terkinja-kinja dalam hati kot. Wakaka.
Before movie, kitorang jalan-jalan la memenuhi ruang masa dengan melagho, buang masa je. Actually nak jugak cari baju untuk dinner kolej nanti, but items kat situ mahal sikit and saiz dye, T___T Mostly saiz S, warga-warga macam aku ni bagaimanakah? Tangguh jela dulu. Tapi yang seronok lalu kat satu tempat tu, alamak apa eh nama dia,
Asian Avenue eh? Kat tingkat paling atas rasanya,
mostly jual baju-baju comel ala-ala Korean and design yang colourblocking gituh. Aku memang tak tahan tengok warna-warna striking ni. Alergik sungguh, rasa nak grab je semua. Hee.
|
membuat kacau di kedai accessories |
|
'Aku akan gantikan model ni satu hari nanti' kata Fad. HAHA |
Then, jalan-jalan pergi makan. Lapar kot. Padahal baru je lunch makan ayam semua. Yelah, segala tenaga badan & mata dah keluar. Aku pulak time tu memang
gila chocotop. Taktau la apa. Cam orang mengidam pun ada. But dorang yang lain makan Auntie Anne's je. Aku dengan iqmal selalu teringat kat Peah kalau lalu Auntie Anne's, taktau kenapa. Ada la tu benda :) Aku jarang makan, so nama-nama dia memang lah aku taktau.
|
Mira makan stick yang 6 batang tu. |
|
gadis gila chocotop |
|
Haa stik 6 batang. Apa eh nama dia? |
|
Zue bersama donatnya -.-' |
|
Bibiq baru sampai dari Padang Jawa. Bersedia untuk berkhidmat |
After Battleship, nak makan, but takde selera pulak nak makan kat sana, so kitorang cadang makan luar je. Adela goreng-goreng sikit. Nak-nak dekat hujung sem, poket semua nipis je, hahah. Hujan lebat pulak kat luar, sampai-sampai je rooftop tu, tinggal kereta kitorang je. Spooky jugaklah. Tapi since
kitorang semua pun macam badang, 'comel-comel' je, pasti orang tergugat tengok kegagahan kitorang. HAHA.
(kawan-kawan jangan marah haa)
Our next location is Shah Alam. Apa eh nama restauran tu? Ketuk-ketuk ke? Apa tah. Mira cakap situ sedap sup ayam dia, macam pedas-pedas sikit. Oh ye, Restauran Bisik-Bisik. Hope betul la. Aku ikut je, janji dapat makan. :)
|
membuat wajah rozita che wan |
|
huish tengok ni cam berselera je aku. |
Then, habis je makan kitorang sambung pergi
uptown Cheras pulak, haa situ memang banyaklah choice. Aku beli Palazzo dengan cropped top je sempat. Masing-masing dah lemau satu hari travel kan. Then time nak balik tu baru tau satu peristiwa yang sangat dasyat and menyakitkan hati. Urgh. Dah dekat setahun baru lah tau cerita sebenar yang terjadi time kat Thailand dulu. Serious. Hope boleh hindari beliau supaya pelbagai fitnah yang ditaburkan juga boleh dielakkan. Amin.
Thank you for reading! Love, Hanim :)
0 109 orang komen:
Post a Comment