Friday, February 18, 2011

Pilihanraya UM, ouch!

Sekarang ni rasanya kat mana-mana U pun tengah hangat ngan pilihanraya umum. Tapi yang paling panas skali kat my U sendiri, Universiti Malaya. Perghhh. Sangat dasyat! Sampai masuk berita. Kalau yang baik takpe ah gak, ni sume yang buruk-buruk. Adoyai.

Petikan NTV7 News,






Wohh. Sangat ganas. Takot takot. Patutlah semalam ribut teruk gila kat UM, kat fakulti engineering pun bumbung kat paling atas tuh roboh/runtuh sampai hempap kete kat bawah, bukan bumbung kecik-kecik comel-comel tuh, tapi segolongan bumbung (sorila BM teruk sikit, tak tau nak describe camne).

Then jalan lagi pegi kat tasik, padang kat tasik tuh ade pokok besar, kene sambar petir sampai kat area akar dia hitam-hitam kot. Laluan joging tasik pulak nampak 2 pokok tumbang.

Jalan lagi.

Kat belakang kompleks perdanasiswa, ade pokok besar jugakla, hempap kete sampai kete tuh tuh separuh kemek kot. Perghh! Laluan tu pun tak boleh lalu sebab pokok tu da sekat jalan.

Jalan-jalan lagi.

Kat Pusat Asasi Sains (PASUM) pulak, kat area DKU pun ade jugak pokok tumbang bape batang tah. Then  dekat area depan kolej ade tapak pembinaan, besar jugakla, yang dinding besi warna biru yang banyak2 tuh runtuh, entahla, tercabut kot. Subhanallah.

Pastu petang tadi, member tunjuk artikel yang bersepah atas lantai, 

CALON JALANG! 
Program Pertukaran Pelajar atau Program Pertukaran Lelaki?! 
Limah (bukan nama sebenar), calon penggerak untuk parti (tak ingat) pergi ke Perancis untuk Program Pertukaran Pelajar, dia sering membawa lelaki ke tempat penginapannya dan sering bertukar-tukar lelaki. Inikah calon pemimpin yang anda ingin undi?!

Bla bla bla. Tang mabuk aku tak ingatlah ada ke tak dia tulis. Sangatlah melampau. Taktik kotor gila. Tak perlu kot nak buruk-burukkan orang sebab tak nak parti tuh menang ke hape ke. Mane tau bende-bende tu masa silam dia ke, entah-entah dia dah berubah ke, takpun tu sume fitnah belaka. Ada je ahli politik kat Malaysia ni yang salu pegi clubbing, minum arak, hisap rokok, buat maksiat sume tuh tapi korang undi jugak dia kan. So, kalau nak menang pun, gunalah cara bersih, tak mainlaa taktik kotor bai. Entahlah, mungkin ni memang cara orang berpolitik kot. Ngee~

Okehh. Banyak sangat pulak bebel kan. Hee.
Bye-bye.  MyEm0.Com

Thank you for reading! Love, Hanim :)

0 109 orang komen: