Wednesday, November 2, 2011

Terima kasih Lecturer!

As-Salam.

Harini aku tersangatlah gembira.
Sebab bila aku susun balik kerja-kerja untuk cuti sem aku, ternyata buat aku tersenyum riang.
Kenapa?
Entahlah. 
Mungkin sebab aku sambut Raya Haji dengan assignment yang melambak dicampur dengan mid test yang bakal menjelang minggu lepas cuti.

Wahhhhh!

Gwa tensi beb. Hee. Takdela tension mana. Tapi seriousla otak bakal pecah cuti ni. Assignment Autocad sampai empat task. Serious. Nak siapkan satu pun sakit jiwa. Duduk depan lappy sampai sehari. Cuti minggu lepas pun duduk rumah siapkan autocad comel. Ni tambah lagi empat. -.- 
muka-muka seronok dan gembira
Test tak payah cakap. Vector, Mechanics of Material, Workshop Technology, setakat ni tu je aku ingat. Tak sure ada banyak lagi ke tak. Kalau hebat, petik jari pun mampu jawab. Ni vector yang tak paham pape kat lecture + tutorial. Selalunya kalau tak paham lecture, boleh cover dengan tutorial. Ni dua-dua pun tarak paham, memang aku belajar sendirilah nanti. Harap-harap tak fail je. Since masuk degree, memang dah tak pikir sangat nak dapat A, janji lulus je. Untuk course aku, siapa yang dapat dekan, dikira genius, dan orang tu pasti bukan aku. Huu. :') Then test workshop, waaahh! Bayangkanlah mesin yang entah berapa banyak nak hafal, siap dengan komponen dalaman dia lagi, function, rasa macam dah ambik medic versi mesin-mesin.

 Contoh : Grinding Machine
Cubalah hafal setiap komponen dia sekali dengan function. Pastu kali kan dengan agak-agak sepuloh mesen. HAHA! Mampu? Mampu? Hebat ah kalau mampu. Mungkin aku tak minat kot. Terpaksa jugaklah hafal, siapa yang nak fail kan. Wahh. Serabut. Presentation ada dua. Huhu. Aku gembira. Sungguh gembira. T_____T

Tapi aku cuba happy kan diri jugak. Sebab nak raya kan. Hehe. Seronok. Harap-haraplah semuanya can be done smoothly. Hope so. Btw, nak wish Selamat Hari Raya Haji & Happy Holiday even awal lagi. Tapi tak peduli la. Nak wish jugak. :D

Thank you for reading! Love, Hanim :)

0 109 orang komen: