Before this, aku ada promosi page online shop aku kat Facebook, Bimboo Shoppe. Kalau sesiapa yang belum like lagi, bole ringan-ringankan tangan korang untuk tekan like kat sidebar aku ni yea. Thanks yaw!
So, kali ni aku nak cerita sikit experience jadi bisnesgirl sambilan. Untuk korang baru nak mencuba, you can take notes on what you have to-do. Maybe my experience can help you guys, who knows ;)
Untuk buat online shop ni, bukan macam kita bentang stall kat pasar malam, then jual. Susah beb. Mula-mula dulu aku jual contact lens kat blog, tulah first time aku ada blog, so memang bersusah payah nak men-design-kan blogshop aku tuh. Sampai tak tidur dua hari dua malam. Tambah pulak dengan projek sorang2, memang semua lah aku yang buat.
Tapi disebabkan aku hanya jual kat member-member dekat kat UM and sedara-mara, so aku tak promosi sangat kat FB or tempat-tempat lain. Blogshop aku tu hanyalah untuk customer2 aku nak tengok display model and contact lens tersebut, juga untuk sebarang info yang mungkin dorang sendiri tak tau. So pelanggan tetap aku mestilah dalam kalangan member-member aku jugak, paling jauh pun junior PASUM, tu pun dalam area UM jugak. Tapi aku tak risau, sebab aku hanyalah agen, tak keluar modal pun. Tapi sebab time tu pun baru start belajar berniaga, untung pun tak banyak. Click SINI untuk tengok website tersebut.
You can get as low as RM10 contact lens here! |
So kali ni, aku dah bergabung tenaga dengan member aku, PEAH untuk bukak online shop kat Facebook menjual shawl. Mula-mula risau sebab takut tak menjadi. Banyak risiko kena tanggung. Sebab ni melibatkan modal sendiri kan. Main dengan duit beb.
Bimboo Shoppe Owner bebeh! |
Dahla rumah jauh-jauh, sorang kat Puchong, sorang kat Sg Buloh, memang dua tiga malam chatting sampai pagi sebab nak bincang pasal online shop ni. Dahlah aku ada komitmen lain, kena tolong mak aku buat kuih, bayangkanlah betapa busynya aku time tu. Sambil chat sambil berlari buat kuih. Lepa sikit je menghadap FB, time tu memang semua banned aku, ingat aku kejap2 nak main internet, padahal aku tengah sibuk ber'mesyuarat' kat chatbox ni. Tapi after bincang2 dengan parents, Alhamdulillah, mereka setuju je dengan idea aku. Yay!
Maka Hari Khamis tulah aku dan Peah berjumpa kat satu tempat. Iqmal juga join projek X kitorang nih. Tak sangka untuk first projek ni, ramai yang menyokong dan melabur kat kitorang. At least duit modal lebih sikit nak beli barang. Habis beli barang, aku balik rumah je, terus megira stock. Nasib baik aku ditemukan dengan GOOGLE DOCS, sebab since aku dengan Peah ni duduk jauh2, memang takde masela nak kira stock sama-sama, ambil order sama-sama, so dengan function Google Docs ni, tak payah jumpa pun masing-masing boleh update stock list, update order form, update account. See? Simple kan.
From my experience, untuk sesiapa yang nak try bukak online shop, korang kena prepare benda-benda ni :
1) Order Form
2) Facebook page
3) ITEMS of course!
4) Account
5) Stock list
6) Email invoice
7) Effort!
So this is the sneak peek of our Bimboo online Shoppe.
Banyak kelebihan online shop ni kalau korang nak tau.
Satu, barang serious murah, berkualiti and cantik. Memang korang susah nak jumpa kat retail unless yang memang rajin mencari.
Dua, tak payah nak jalan panas-panas keluar duit tambang pergi balik semua, tu tak campur lagi dengan air sirap yang korang beli sebab dah penat. Kerja korang online, order, bayar, tunggu time dapat barang je.
Tiga, various choices and its 24-7 available! Korang nak usha barang tu sampai ke subuh pun boleh. Takdela risiko korang kena rompak malam-malam buta kan?
Empat, payment by online transfer. Once korang dah order, just pergi kat mana-mana bank yang korang suka, buat internet banking, transfer duit, and you done! Tak payah nak rebut nombor giliran kat bank nak keluarkan duit.
But, there's also fews of online shopping weakness.
Satu, postage. Sekarang dah tak boleh nak postage by PosEkspres dah, so kos penghantaran by Poslaju mahal la sikit, lebih kurang RM6 camtu. Ramai orang stuck nak beli barang just because of postage ni.
Dua, risky. Ramai yang menipu sekarang, dah buat payment, tapi senyap je. Haih. Orang2 camni, campak masuk laut je.
Setakat ni, baru seminggu Bimboo Shoppe beroperasi jual shawl. And alhamdulilah, sambutan menggalakkan sebab stock banyak yang terjual sudah. Likes juga mencecah 192! Seronok sangat ^_^ Rezeki bulan puasa. Bersyukur sangat. Each time ada je orang like page kitorang, aku dengan Peah melompat-lompat kegirangan macam kera. Bila dah ada order, rasa nak terbang je macam burung gagak. Kalau dah buat payment, pengsan terus. Okay. Itu tipu.
Anyway, berniaga ni serious banyak challenge. Ni baru starting untuk aku. Benda yang paling aku takut is PENDENGKI AND HACKERS! Sumpah kalau wujud hackers yang cuba nak ceroboh page aku, aku harap dia kena kurap labi-labi sampai tak boleh nak tidur until dia betulkan balik everything like before. Since aku berniaga dengan serious ni, aku juga jadi semakin polite sebab kena layan kerenah customer kan. Hee.
Thanks to those yang support us. Serious rasa nak menangis sampai bengkak-bengkak mata. :) Sori jugak sebab panjang sangat. Lama tak update kan. Hee.
Terima kasih. Sayang semua :)
4 109 orang komen:
kurap labi2.hahahahha. pesal comel sgt name kurap tu weyh
wahh,wahh,,dah 2k likes dah.sya ni kaki shopping online..bnyk pashmina nmpknye,nak serbu :)
tu lah pasal..cam comel je nama kurap tu. sy ni tgh nk cr2 ilmu tok try bisnes online ni..da byk blog sye buat..FB..sume suam2 kuku je. Klu ad pon just like pic kt FB. tu yg sy survey n jmpe blog awk y ad kurap labi2 ni. thanks yea or the info :)
Hi Lembu Padat..hehe...sy dah exchange link..tolong la folow y for support. nice topic here..
Post a Comment