Thursday, August 25, 2011

Sesak Nafas. Tolong!

Assalamualaikum dan salam 25 Ramadhan. Tak sabar rasanya kan nak raya lagi minggu depan je, macam-macam nak shoping, tapi tak berkesempatan lagi. Lagipun, raya tahun ni simple-simple je and maybe raya paling seronok, i guess so.

Tapi dalam sibuk-sibuk orang semua nak raya ni, aku pulak mengalami penyakit ganjil. SESAK NAFAS. Actually takdela sesak mane, just bernafas macam biasa, tapi tak puas je. Dah tarik nafas dalam-dalam ni, tapi korang macam tarik angin je, bukan oxygen, so sangatlah TIDAK PUAS. Paham tak camne?

Err, bukan camni. =.=' Ini macam sakit jantung tahap kronik je.

Okay, cuba bayangkan korang kerja jadi babu orang, macam kuli orang, kerja sampai tengah malam, tapi gaji korang dapat sejam RM0.50 je. Mesti korang rasa marah and tak puas hati kan? 'Penat-penat kerja tapi ni yang aku dapat?' Haa. Camtulah konsepnya.

Hee. Camtu jugaklah aku. Dah bernafas macam nak gila, tapi macam tak bernafas je, geramm. Kadang-kadang sebab terlalu geram, orang/benda yang paling dekat dengan aku lah menjadi mangsa sasaran tumbukan jepun aku yang padu. Kadang-kadang jugak aku buat2 macam orang yang betul-betul sesak nafas dengan melakukan pernafasan secara laju-laju macam orang tengah tercungap-cungap. Tension beb.

wajah-wajah bimbang tak keruan mengenangkan nasib di esok hari
Solusinya,
Setelah 4 hari tanpa henti benda ni terjadi, aku terus pergi jumpa doctor. Sebab terbaca jugak dekat internet, takut ada lungs problem, tersumbat ke apa ke. Then, syukur Alhamdulillah, doc cakap lungs aku okay. Dia kata aku sihat je, takde masalah pape. Asma pun takde. Mungkin sebab reflux kot.

Reflux tu terjadi bila Hydrochloric Acid (HCL) dalam perut terlalu banyak sampai dia naik ke atas and mengganggu sistem pernafasan.

Tadaa! Inilah ubatnya! Nanti ada bomba penyelamat masuk perut korang ;)
Then doc suggest makanlah Gaviscon. Ingat tak iklan yang ada bomba yang masuk dalam badan dan setelkan masalah pedih ulu hati? Haha. Tulah dia. Ubat ni act as barrier, and nanti dia terapung atas perut untuk mengelakkan HCL dalam perut daripada naik ke atas.

So, untuk sesiapa yang juga mengalami masalah NAFAS TAK PUAS macam aku ni, makanlah Gaviscon ye. *promosi*


P/S : Sejak akhir-akhir ni, kerja aku asyik nak promosi je :P

Thank you for reading! Love, Hanim :)

1 109 orang komen:

aku senbei said...

gaviscon tu ade 1 jenis je ke?