Friday, October 14, 2011

Al Hijab Cerita Seram Terbaik

Assalamualaikum.

Ni nak cerita pasal Al Hijab. Fuhhh. Seram beb. Maybe lagi seram kot daripada Khurafat. Entahlah. Just my opinion. Tapi untuk rating cerita seram, memang gwa bagi lu empat bintang setengah. Kenapa setengah? Sape suruh buat orang terjerit-jerit macam member Kak Ponti, hilang macho gwa. Hehe.



Ni nak cerita sikit part yang aku suka :

Satu
Intro yang best. Mula-mula pun dah buat orang terkejut sebab dah keluar hantu ala2 Thailand menari-nari kat tepi hutan.

Dua
Pierre (Raff) tengok cerita hantu Siam kot, dalam movie tu satu family tengok cerita hantu, tiba-tiba maid dia datang, muka buruk gila, sampai satu family menjerit-jerit. Haha! Tu pun dah ada yang menjerit dalam panggung =.='

Tiga
Raff datang rumah Mak Itam sebab nak bukak hijab, tiba-tiba Mak Itam cakap 'Sape suruh kau datang sini, berambus!' Terkejut je. Raff pun beriya-iyalah cakap Mak Itam yang message suruh datang, rupanya Mak Itam halau 'benda' sebelah dia. Raff yang perasan lebey. Woh. Mak Itam hebat!

Empat
dalam hutan time nak bukak hijab
Raff dah bukak hijab dalam hutan. Fuhh. Time tu memang aku ngan Fad dah tutup-tutup mata dah, cuak kalau hantu lompat depan skrin. Sekali Raff senyum kot bila nampak hantu. Gila takde perasaan oh mamat ni. Pastu cakap kat Mak Itam nak tutup hijab esok pagi sebab tak puas lagi even Mak Itam tak bagi.

Lima
Yeahhh. Kejadian bermula. Balik dari rumah Mak Itam, terus diganggu dalam kereta. Girl appear kat seat belakang and Raff stop-kan kereta untuk tengok belakang seat tu ade siapa. Tahniah kerana bertindak terlalu bijak. Maka ganjaran untuk anda, kereta mati enjin. Mungkin hantu tu nak Raff jalan kaki memalam buta untuk sihatkan badan yang comel barangkali.

Enam
Raff lambai-lambai mintak tolong kat kereta yang lalu. Tapi malangnya bro tu tak berhenti sebab 'BFF' Raff turut melambai kat atas beliau. 

Tujuh
Ni yang terbaik! Raff tumpang lori orang. Dalam lori tu ade Munir, Bell ngan Indon mane tah. Raff tak sedar 'BFF' turut ikut naik lori tuh. Sumpah time ni lawak tak hengat sampai hampir menitiskan air mata sebab tengok dorang bertiga cuak gila nampak 'BFF' Raff yang disangkakan ceweknya Raff.

Lapan
Raff pergi kuarters usang. Ni pun terbaik! Mula-mula before bukak hijab, rileks je hisap rokok dalam rumah tu, siap hembus-hembus asap kat depan muka hantu nenek tua, mentang-mentang tak nampak. So kali ni lepas dah bukak hijab, mungkin nenek tu nak balas dendam kot, muncul lah kat tangga sambil panggil2 'Cuuuu. Pandanglah nenek cuuu'. Wohh. Raff tak pandang pun, nenek tu main kasar beb, tarik kaki Raff sampai jatuh, hah! Amekaww. Nenek tuh merangkak laju-laju depan Raff macam Ju-On! Raff terkejut, alih pandangan ke atas, nenek tu pun ada atas Raff, sambil jegilkan mata beliau yang besarrrr tuh. Biadap punya nenek! Bikin gwa stroke bertubi-tubi je.

Sembilan
Ni part yang paling terbaikkkk! Sumpah ni boleh dapat sakit jantung kalau replay lima kali. Hantu dia keluar bertubi-tubi kot. Takde rehat langsung. Masuk rumah je, lampu terpadam, nampak bro Pocong kat dapur *terkejut*, Raff tutup mata, bukak mata balik, bro tuh da terpacak depan mata *terkejut 2x*.

Pastu terus Raff keluar dari rumah, hujan lah pulak. Boleh pulak ternampak awek dye Qis ada kat luar, awek dye cakap dye gado ngan mama, so terus datang rumah Raff. Raff bawaklah masuk rumah, lap kan rambut semua, then terus Raff pegi bilik jap, teponlah mama Qis nak bagitau Qis selamat kat rumah dia. So mama Qis pergi check lah kat bilik Qis, sekali Qis nya tengah tidur daaa. Habis tu siapa pulak kat rumah Raff?? 

Harammmm. Bencii! Pastu Raff terus pergi jenguk Qis kat ruang tamu. Tiba-tiba letrik terputus, Mama Qis tepon and bagitau Qis ada kat rumah.Sumpah time tu sangat cuak, dahlah gelap, Raff pusing kepala tengok kat kerusi, Qis hilangg! Sekali Qis main acah-acah lak dengan Raff ada kat sebelah dia*terkejut 3x*. Pengsan la Raff. Sedar-sedar je dah pagi. Qis kejut Raff, Raff cakapla 'selamatlah dah pagi, kalau I cerita kat U mesti U tak percaya. Tapi kejap, camne U boleh masuk rumah I?' (berkunci kan rumah dia). Tiba-tiba Qis senyum lain macam kat Raff, 'sejak bila pulak I keluar dari rumah ni....'

Wahhhhh! Time ni sumpah sangat cuak, ingatkan Qis memain, tengok2, naahhhh kaww! Muka dia bertukar jadi 'creatures' tersebut *terkejut 4x* and tiba-tiba jadi malam balik (means tadi mimpi jela dah siang). Raff sedar2 dari pengsan je terus masuk bilik dia and kunci. Sekali ada orang ketuk kuat gila. Raff dah tutup2 dah dengan selimut. Daripada ketukan yang kuat, tiba-tiba jadi slow. Last-last pintu terbukak slowly. Raff usha la pintu tuh, hah! Sekali 'Qis tiruan' tu masuk bilik and sergah laju-laju *terkejut 5x*. Raff tutup muka dengan selimut, bila dia bukak balik, hah lagi! Depan muka! *terkejut 6x*.

Wohhh. Terkejut bertubi-tubi sampai 6 kali beb. Mane tak sakit jiwa tengok cerita nih.

At last, Raff pergi balik rumah Mak Itam, sekali tengok orang baca-baca Yassin dalam rumah tu, Mak Itam meninggal. Memang time tu muka Raff takut gila sampai terbeliak la jugak bijik mata dia. Ni sebab Mak Itam je yang ada kunci nak tutup hijab dia balik. Mak Itam dah takde, hah! Hidupla kaw Raff dengan BFF baru, tulaa, sape suruh nak sangat bukak hijab, tak puasla, apela. Ending dia actually macam tergantung, tapi macam smart gak ah sebab kitorang balik pun still memikirkan pe ah yang bakal terjadi kat Raff uh.

Seronoklah jugak tengok cerita ni, tiket pun RM7 je kan, hari Rabu. Hehe. Siapa ada bran, bukaklah hijab, pastu story-story kat kitorang, sebab aku memang tak berani and tak teringin langsung nak bukak hijab. Kesimpulannya, jangan RIAK sangat okayyy?

Hee. Seram-seram pun sempat jugaklah tangkap few gambar kat dalam toilet. Biasala, pompuan, lokasi utama kot tandas tu nak photoshoot bagai.




Tu je nak cerita. Taa! :D

Thank you for reading! Love, Hanim :)

1 109 orang komen:

Keima said...

hahaahah kan.....laki pempuan same jer...semua menjerit bab terkejut pas2 sumpah seranah semua kuar....geram....hahaha