Friday, October 14, 2011

Nota untuk saudari comel yang berperangai macam babyyy

Mood : ekor pintal-pintal

saudari yang omeyy angat!


Saudari,

Saya amat gembira dapat bertemu dengan saudari bersama rakan di cafe KK12 sebentar tadi. Ketika saya dan rakan saya, Fad sedang rancak berbual, tiba-tiba saudari datang dari arah utara laut datang menerpa kami berdua. Dengan nada dan ton suara saudari yang begitu lembut ditambah pula dengan alunan suara saudari yang mendayu-dayu tersebut, oh! Betapa tergugatnya benak hati perempuanku, goncang dan goyah sekali. Indahnya tidak terperi bahasa yang saudari lontarkan. Saudari mengetuk meja secara lembut sekali dan bertanya,

'Adakah meja ini milik saudari berdua? Bolehkah saya duduk di sini bersama rakan saya? Tiada meja lagi yang kosong untuk kami menjamu selera. Harap saudari berdua faham akan maksud kami' (diikuti oleh senyuman yang menawan)

Lantas saya dan rakan juga tersenyum kerana terlalu kagum dengan keayuan saudari....


Cerita sebenar : 

Masa aku dengan Fad tengah borak-borak baik punya kat cafe lepas Lab tadi, mangkuk kitorang semua makcik cafe dah angkut, tinggal jela cawan nak minum, tiba-tiba datanglah sorang akak ke adik ke, taktaula, ketuk meja kitorang, pastu cakap,

'Weh korang, meja ni ada orang duduk tak? Kalau takde, nak duduk sini. Meja lain penuh ah. Nak duk sini tau. (Blah begitu saje dan meninggalkan rakan beliau untuk menjadi bodyguard penjaga meja)

What the SHIT!! Dah lah cakap kasar gila,  pastu menghalau orang. Dasar si tembam! Kau sape nak halau-halau orang camtu je. Bak kata member aku, macam kitorang lepak dalam bilik, tiba-tiba ada orang luar masuk then suruh kitorang berambus. Tak ke rasa macam nak bagi penampar sebijik.

Aku dengan Fad buatla muka terpinga-pinga, macam tak paham bahasa, kawan budak tembam tadi tunggu je  macam bodyguard. Sekali Fad cakapla, 'Kenapa? Nak kerusi ke?' Mungkin dia ingat kitorang nak blah, silap ah bai. Dia pun cakap 'Urmmm. Takpelah. Tak payah.' (buat muka) =.='

Gerammmmm je. Kalau perangai kau comel macam baby takpe, ni macam :


Tak sampai hati nak cakap, paham-paham jelah menatang pe kan kat atas ni. Serious ah, kalau dia cakap bebaik, kitorang boleh je segera beredar, siap invite duduk lagi. Aku jarang je mencarut, tapi dah tadi perangai teruk sangat, terpaksa gak ah kan.

P/S : Nasib baik lah kitorang mampu bersabar, kalau kena orang yang panas baran, memang makan meja la uols!
Thank you for reading! Love, Hanim :)

0 109 orang komen: