Wednesday, January 22, 2014

Room Decoration by Eric 'Hanim' Leong Part I

Assalamualaikum.

Supriseeeeeee!!! Tagline maut femes home deco, Eric Leong. Haha. Aku pun terpengaruh sebab sangat takleh bla tengok muka dia yang ceria bila tukar semua design bilik ikut style dia and girang jerit suprise kat orang. Entah2 semua orang yang disuprise tu jaga hati je sebab masuk TV kan padahal amende ah kau buat ni. Haha.

Kali ni entry pasal my room decoration. Aku ada satu habit yang cepat sangat bosan dengan view sama, ikutlah, kalau aku berpuas hati tu means those design will remain longer than usual. Kalau aku tak puas hati tu means tak lama agak-agak beberapa hari je aku dah ubah balik tempat dia.

So, yang ni aku attach gambar before and after aku buat sikit-sikit deco kat bilik. Takdela cantik macam ala2 eric, tapi sedaplah mata ku nak memandang. Hee.

 Meja Makeup
Zaman aku suka bercamwhore. Abaikan.
Gila banyak benda aku tempel kat cermin. -.-
Before. Ni zaman 2011.
Tu pakai baju sekolah namanya mengada tetiba takde kerja nak pakai uniform.

So gambar atas is my meja mekap (istilah aku pakai untuk meja letak barang2 kecil). 
Before, meja ni aku letak macam pelapik meja nak cover karat-karat or segala jenis keburukan meja ni. Actually meja ni dah wujud sejak aku kecik, rasanya since before aku lahir lagi kot sebab ni mak aku punya. Sangatlah klasik. So memang banyak lah benda yang dah terkopak. Gambar first tu kat cermin banyak gila aku tempek barang sebab nak tutup kopak tu tapi makin serabut aku tengok. Duh.

  
After
After, aku hiaskan meja ni dengan gunting saki-baki A4 color lain-lain yang aku simpan time jadi ketua keceriaan kelas time form 5 dulu and tampal dekat atas each other nak jadikan sebaris A4 warna-warni. Then guna double tape tampal atas meja ni so that dia tak bergerak-gerak. Part yang silver tu pulak actually kertas A4 pendek tak cukup sampai bawah, so nak cover buruk aku tampal la dengan pembalut hadiah silver (tu je aku jumpa time tu yang masuk dengan color A4 ni). Then sebab nanti mesti akan ada tertumpahnya pelbagai jenis air or krim ke papelah, so aku balut meja ni dengan pembalut buku adik aku yang tak pakai, maka jadilah meja colorful ni. Haha. Serious mengubah mood aku daripada murung terus jadi riang gembira sebab meja mekap ni dah berkaler.


Tempat Belajar

Before
Abaikan aku lagi. Ni time aku tengah main-main apetah ngan kazen.
Sila fokus kepada objek hijau yang menyakitkan mata

Yang ni pulak tempat belajar. Before tu, untuk gambar atas, meja belajar adik aku sebenarnya dia dah tak pakai dah meja tu so aku pun penuhkanlah dengan macam-macam hiasan. Aku tempek lah kertas2 A4 sebab macam biasa nak tutup kopak-kopak buruk tapi cam serabut jugak sebenarnya. Takde pilihan. Konon bagi macam-macam color ah nak ceria tapi menambahkan keserabutan je. Haha. Sebelum2 tu aku tempek poster je. Untuk gambar bawah pulak, haa ni yang paling teruk. Bilik aku color pink, aku boleh tukar warna almari meja belajar tu jadi warna hijau. Aaaaa ni bukan bilik hulk kot. Ni semua sebab time ni ada banyak gila kertas warna hijau tu yang tak berguna langsung, sayang nak buang, so tampal jela kat situ. Even nampak lagi kemas, tapi sebab hijau yang tak kena dengan warna bilik, jiwa raga aku rasa tak kena je. Tapi tak lama rasanya aku cabut balik sebab stress plak tengok gabungan color yang menyakitkan mata dan menyiksa jiwa nih.

After (Zoom Out)
After (Zoom In)
After, makcik aku renovate rumah and dia dah tak pakai dah shelves and rak2 ni, so derma lah kat aku. Tenkiu! :) So basically dia warna coklat kayu je. Aku bosan tengok warna coklat all the way dari hujung sini sampai hujung sana. So aku pun tampal la pembalut hadiah yang before ni aku guna untuk tampal kat meja belajar kat kolej, kiranya ni recycle balik la sebab sayang elok lagi maahh. Then susun jela buku-buku atas tu. Simple kan. Ada orang suka konsep less is more, tapi aku suka warna-warni kalau tak mood aku cepat bosan and murung, haha gedik. Tapi betul woh. Tengok benda-benda warna kurang mesra ni rasa nak tempek je macam-macam. Hee.

Mungkin takdelah dream room dream house macam barbie sangat. Tapi sebab guna barang-barang recycle, kira okay lah kan? :) So sambungan nya nanti aku cerita kat next entry okay?

Thank you for reading! Love, Hanim :)

1 109 orang komen:

wiida said...

haha, Ya Allah! Rindu nye kat ko!