Assalamualaikum.
Amende tajuk yang aku tulis ni? Tu namanya Hari Keusahawanan Universiti Malaya untuk sesiapa yang tak tau makna dia and malas nak google translate. Hahah. Okayy. So memang tiap-tiap sem akan ada karnival ni dimana student yang organize sendiri, sebab nak dapat markah lebih untuk subjek APK.
So sem ni, giliran kitorang pulak yang kena. Gerai kitorang nama nak glamour -
Spaghetto Crust! Hadoih. Even dua hari, penattttt beb. Terjelepok jugak la. Dah lah dengan ada practice untuk Citrawarna lagi, kena handle lagi karnival ni. Nasib baik aku dapat biro ringan
(eh tak ringan jugak sebenarnya) - Biro Promosi. Hah. Bukan calang-calang orang yang dapat biro ni sebab
skill kenalah sangat tinggi dimana kene tebalkan muka, terpekik, terlolong dan pelbagai aksi yang malu-tapi-terpaksa-buat sebab nak tarik customer. Dan aku adalah antara insan-insan yang terpilih -____-' Hee. Tapi kitorang semua muhibbah. Semua biro cuba. So takdela penat sangat mencapub kat depan sepanjang masa kan.
Malam before karnival, aku dan member lain kene pergi masak. And guess what?
Gerai kitorang jual spaghetti! And HotDog Crust! And Air Kordial! Hahah. Excited promosi kan. Nama pun biro promosi :P Memang jenuh la nak membungkus and memasak spaghetti untuk 60 orang, rebus hotdog semua, 4 orang je. Memang sampai dekat pukul 4 pagi la kitorang tidur. Yang lain tolong hiaskan gerai untuk first day ni. Hee. Hari kedua baru diorang pulak masak. :)
|
Hot Dog Crust tanpa sos dan mayonis but very very crispy! Nak satu nak satu :P |
Overall, Hari APK boleh tahan best jugak sebab time kitorang ni meriah. Mungkin ramai orang gila-gila kot yang terjebak time APK sem ni. So
memang sangat bising. Dahlah time first day tu
main switch terbakar sebelah gerai kitorang. Selamat aku tak histeria. Ada satu insiden,
time tu suis kitorang terbakar, ada budak ni dengan tenang berkata-kata,
'Eh, benda ni berasap la :)'
Aku pulak yang cuak, terus gelabah bagitau kat kawan-kawan aku. Dorang terus suruh budak tu tutup suis. Phewwww. Aku takut kang meletup je. Boleh pulak beliau berlagak tenang. Seram sejuk aku. And yang paling best,
semua makanan kitorang terjual habis, dalam nama lain yang lebih glamour -
SOLD OUT beb! Gahaha. Puas hati gila. And total sorang dapat
untung RM60. Hee. Seronok dapat duit :DD
|
Stall kami yang warna warni |
|
Pelanggan yang ceria |
|
Behind The Scene |
|
Melayan pelanggan tanpa erti penat (HAHA. ayat aku -.-) |
|
Poster |
|
Berborak dengan ceria |
|
Patutnya gambar candid. Tetiba Mat pegi posing lak kan. Cis. |
|
Tergantung punya kad. Banner eh nama dia? Entahla. |
|
Ye. Aku yang sudah kembali tembam. |
|
Fadhila Alias nama beliau |
|
Mira test skill letak mayonis |
|
Jun Ling mungkin malu nak tayang muka |
|
Tu diaaaa. Rangup wohhh. Rindu pulak nak makan. |
|
Zue-Mira-Put |
|
Kenapa Ayed ceria sangat and kenapa pula Victor camtuh? -.-' |
|
Gan Chiao Chin nama beliau |
|
Yeah. Gune batang penyapu untuk jadi stand. |
|
Gerai orang lain I |
|
Gerai orang lain II |
|
Gerai Orang Lain III |
|
Gerai Orang Lain IV |
|
Gerai Orang Lain V |
|
Gerai Orang Lain VI |
|
Ni gerai junior aku Fadhil yang pakai baju merah. Sempat lagi eh -.-' |
|
Abang/Akak yang comel pakai rambut afro warna warni. Mungkin nak rasa macam APK 60 an kot - Retro |
|
Gerai Orang Lain VII |
|
Poster made by me :)) |
Footnote : Penat tapi berbaloi :)
Thank you for reading! Love, Hanim :)
1 109 orang komen:
meriahhnye! huhu
Post a Comment