Tuesday, September 27, 2011

Muka Gangster Tapi Suara Manja

Assalamualaikum sume!


Excited dah lama tak update blog. Hee. Cerita pasal suara nih kan. Pernah tak korang tengok orang, muka memang dah bajet gangster gila, kalau nak lagi gangster kan, tambahlah sikit parut ala-ala ninja tu kat muka, mata terjegil, gangster baikk punyerrr, tapi tiba-tiba bila cakap.. Aduhmakk! Lembut! Tak pun suara macam donald duck, mesti spoil giler kan.


Hee. Selalu je terjadi, ada sekali aku nampak tuh mamat tapi nyah sikit lah, tapi macam takdela nak buat dada bagai kan. Meluat lak aku tengok nanti. Haha. Then, muka masam je, pandang orang dalam-dalam punyer, tapi bila cakap ngan kawan dia, BHAHAHA! Awww gilax. Tak tahan.


Tapi macam kejam lak ketawakan orang kan, dah benda tu semulajadi, Tuhan dah bagi, mana boleh kita sesuke hati nak pertikaikan. Sebab aku pun tergolong dalam golongan tadi, tapi aku takdela gangster, memang aku lembut, tapi bukanlah lembut yang macam comel-comel ala Ana Lulu ke kan, biasa je, just mungkin sebab suara aku MANJA (kawan aku cakap), secara tak langsung aku pun macam jadi manja-manja camni. Siapa yang tak kenal aku or mula-mula, pernah lah jugak dilabel as 'Gedik'. Kejam je. Orang yang kenal aku je cakap aku tak gedik. :') Terima kasih. Hehe. Eh, ada kena mengena ke? Gila. Dah mula merepek. Heh.


Tak kesahla, biarlah muka gangster suara manja ke, muka lembut suara besar ke, janji jangan jadi macam ni!


Hahaha. Renung-renungkan dan selamat beramal :DD

Thank you for reading! Love, Hanim :)

1 109 orang komen:

aqilah said...

hha.. tula sye pun ade jugak ternmpk org2 yg mcm tu .. :)