Wednesday, August 17, 2011

Makin puasa, makin berat pulak. Ape nih?

Assalamualaikum.

I wonder orang kalau bulan puasa mesti akan nampak hasil yang mujarab bila nak dekat hujung2 nak dekat raya, macam

'ehh. I makin kurus. Love it'

'OMG! Berat I dah turun lah 15KG! Ni yang I semangat nak raya ni! Nak borong baju raya banyak-banyak'

Tapi... malangnye bukan untuk aku. Cis. Supposely makin puasa makin kurus kering la kan. Aku pulak, makin puasa makin comel, bukan maintain, tapi makin naik. Hishh. Geram saje. Aku pun tak tau kenapa. Nak cakap aku makan banyak, time buka tu jelah aku makan, tu pun takat makan mihun, mi, kuey teow ke. Tak makan nasi pun. Kalau ikutkan tradisi family aku, time buka makan ringan2 macam murtabak ke, aneka mi ke. Then, after terawih, baru makan nasi, around 10.30PM~12AM. Tapi aku skip kot makan malam tu, still gemuk jugak. What the tooottt?!

Aku rasa ni semua berpunca daripada aku tido lepas sahur. Sahur dah makan nasi, aku ambik sesenduk comel je, lauk pun semua kuantiti dia comel-comel je. Tapi, disebabkan mata ni tak mampu lagi nak menahan godaan tido yang terlampau-lampau, maka akhirnya ZZZZZZ.... jugak! Muahaha. Baru je lepas makan nasi tak sampai setengah jam dah tido, memang comel lah kaw kan.

Ade sesiapa yang ada cadangan camne taknak bagi gemuk lagi? Malulah. Dah sediakala comel, ni bertambah comel. Haih. Gua segan beb. Raya nanti muka tombam je.

Hello. Nama saya hanim. Muka saya bulat dan saya sangat tembam. 
Btw, gambar di atas adalah model yang memakai selendang Pashmina bercorak square wave. Boleh dapatkannya di SINI. *Promosi*

Terima kasih :)

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, August 15, 2011

Menceburi bidang online biz menjual shawl.

Salam.

Serious dah lama gila tak update blog. Ni semua gara-gara online biz lah. Sekarang, aku ada buat biz sikit-sikit, saje tambah pengalaman, tambah pendapatan as a student. Before this, aku ada bukak satu online blogshop, tapi kat blog jela, tak tayang kat FB pun. Ni dia.

Blog ni khas untuk anda-anda yang shukkeee sangat pakai lens. Harga pun murah. Bayangkanlah sebelum ni aku jual RM37, sekarang ni aku jual harga RM27 je! Macam harga borong pulak kan. Nak macam-macam colour pun boleh. Tapi betul, lens ni import from Korea, 100% original. Kebanyakan lens yang jual ada yang import dari China, confirm fake kan. Haritu aku pegi TS, kat satu booth memang dia jual lens je. Kat belah kiri semua yang fake, yang belah kanan baru betul original punya. Bayangkanlah kalau ada jugak orang beli fake punya, silap-silap nanti kang dapat kanser mata, sape pulak nak jawab nanti. Haaaiyookk. Yang pasar malam punya aku tak taula.

Ni antara contoh-contoh lens yang aku jual :)






Kalau minat bolehla singgah SINI


Haa. Ni yang aku tengah buat sekarang. Ni hasil daripada perbincangan aku dengan member aku, Peah, nak bukak satu online shop. Tapi bukan kat blog la. Remeh kot. Takat kat FB jela yang mampu. Kitorang masing-masing pun student kan, ada komitmen lain. Kiranya ni job sampingan la. Kitorang jual SHAWL, INNER, and coming soon accessories comel. Shawl yang kitorang jual cantik-cantik kot, tiba-tiba rasa macam taknak jual, rasa nak ambik je semua. Hee. Cuba usha sikit.












So kepada sesiapa yang rasa tak tahan nak beli, bole cepat-cepat order okay. Jangan lupa klik 'like' kat page kitorang. Sangat terharu sape yang picit-picit butang like tu. Hee.

Terima kasih :)

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, August 1, 2011

Keluar Jalan-jalan, Makan-makan dengan Kawan-kawan (Geng Sekolah)


20 Julai 2011 (Rabu) - Wangsa Walk

Arini dah janji nak keluar dengan geng time zaman muda-muda dulu. Zaman Sekolah Menengah. Hee. Seronok. Banyak kali dah plan nak buat reunion, tapi banyak kali jugak la yang tangguh. Finally, cuti ni jadi jugakla jumpa, tu pun terima kasih kat Rab sebab jadi reunion planner kitorang. Makasihhh buu!

Tapi.. Tapi.. Still tak full jugak like always. Nana, Elia dengan Iylia takde. Supposely ada 7 orang.

Form 4. From left : Zarie, Me, Pja, Iylia, Elia

Form 5. (From left : Pja, Nana, Elia, Iylia, Zarie, Me)
Haa. Ni baru enam. Mane sorang lagi?

yes. Miss Rabiatul Adawiyah.

Takde pulak gambar reramai sekali kan. Actually kitorang start rapat sesame ni bermula time form 4 sebab sume satu kelas. 4 Kamil. Until now, kitorang still contact each other tapi jarangla since memasing pun busy kan. But dorang ni sangat baik and cool. Kalau nak touching2 ni adela jugak tapi jarang. Ceh. Yeke nih? LOL.

So, gathering tu mula-mula kite jumpa Rab dulu sebab dia tunggu dekat depan LRT Sri Rampai. Then kitorang jalan kaki pergi Wangsa Walk. Boleh pulak kan dorang sume nak gather kat Rotiboy, tempat En IAI kite kerja kan. Sempat jugaklah jumpa kejap dia kejap, alang-alang dah ada kat situ. Hee. Pja pulak punyela curious sangat nak tau, sampai tercari-cari dia sapela En IAI kite tuh. Haha. Sama macam Form 4 dulu kan time kelas BI - confession pasal kes kite tulis tak puas hati kat someone tu. Haha.

Lepas tu pergi beli tiket, Flat 3A, cerita HP memang tak beli sebab kite tak follow sangat movie tu. Bolehla, janji ada daripada tak buat pape kan? Then, Taraa! Pegi makan! My favourite part. Muahaha. Bole pulak masing-masing dilemma nak makan ape, pergi sini pergi sana, last2 makan jugak kat Food Court je.

Zarie makan yong tau foo saje. 

Zarie yang cun

Pja dengan Amir. Bakal pengantin baru. Haha.

Rab makan teppanyaki. Happyy nampak??

Nila TAKO. First time makan, rupanya kite la sorang yang ketinggalan zaman tak pernah makan . Sedappp!

Mihun soto. Mine. Ada ke dorang cakap makanan orang sakit? Haha. Kurang masam.
Time makan tu, memang semua topik ah bukak. Mostly pasal budak-budak sekolah SAB dulu. Tak sangka pulak ramai yang dah success sekarang. Ada yang dah study overseas, ada yang dah nak kahwin. Macam-macam. Lama jugakla. Dekat sejam camtu kot. 


Then, tengok wayang 1.45pm - FLAT 3A. Tak boleh bla, baru-baru start je, pompuan tu nak gugurkan anak je pun, Rab dengan Zarie dah tutup mata, macam kelakar je. Kite ngan Pja lak sibuk bising pasal ubat. Yela, mane logik, pompuan tu baru je makan ubat (nak gugurkan anak), tak sampai 5 minit, perut dah sakit, pergi tandas, then anak keluar. Tergelak-gelak la kitorang. Gile berkesan ubat tu. Semudah ABC. Memang ramai ah beli nanti kan. Haha. 
Adehh. Tak tahan den nak berak.
Part yang guli jatuh dari tangga, Rab da menjerit-jerit 'Dah datang dah hantu tu', Zarie lak tak dengar suara langsung. Haha. 
sayalah hantu guli. Jangan marah haa~
Part yang paling best, yang last sekali, dah macam cerita BOMOH GANGSTER dah. Bomoh Malaysia vs Bomoh Thailand. Baca sini baca sana, tumbuk-tumbuk. Sengal je.

Habis tu je, Pja nak balik dah. Patutnya Zarie folo sekali, tapi dia decide nak lepak dengan kite & Rab dulu. So kitorang pun bergambar kejap. Alang-alang dah lama tak jumpa kan.
satu

dua

tiga
Terima kasih akak kedai ape tah jadi photographer kitorang. Hee. Lepas Pja balik je, kite, Zarie dengan Rab jalan-jalan round-round area Wangsa Walk tu. Serious tak tau berapa banyak kali pusing tempat sama. Last-last singgah jap kat kedai LEMBUPADAT. Yay! Zarie la nak yogurt. RM9.90. Kite tak minat la yogurt even Zarie cakap nak kurus kena makan benda tu.

yogurt lembupadat yang comel. Mooooo~

saya sayang lembupadat!

Zarie yang comel (kali kedua)

memanjakan diri masing-masing dengan aksi suap-menyuap

Waffle Rab dengan eskim
kereta sapela tuh yang korang pose bagai. :P
Mekasehhhhh Rab belanja eskim stroberi kesayangan kite! Asyik makan je. Tak tau nape mulut asyik nak makan je. Lepas makan eskim, nak makan roti pulak. Gedik saje. Patutlah tembam. Heh. Then, Rab ajak timbang berat kat mesin RM2, bukan setakat timbang berat, sukat kolesterol, tinggi sume ade. Kite taknak sebab RM2 boleh beli roti (kedekut gilerrr.), tapi time tu boleh pulak pakai macam-macam kan, dengan gelang, belt, inner 3 lapis, tambahlah berat I kan. Muahaha.

Time kitorang jalan balik tu, boleh pulak terserempak dengan Adam Corrie, yang jadi Dragon dalam KL Gangster tu. Nasib baik abang Malik takde. Heheh. Gatal. Tapi dia pakai baju oren macam cleaner pun ada. Tinggal dia tak pegang penyapu je. Tapi dia tak sombong sebab dia senyum kat kitorang kan, memangla, dah kitorang tenung je, dia sangat low profile. I likee! :DD
dalam toilet LRT Sri Rampai
gambar credits to Zarie
Hope lain kali boleh jumpa yang lain. Rab cadang nak gather time bulan puasa, tapi I guess lagi susah kan, sebab until malam, transport susah for kitorang yang rumah jauh-jauh ni. Anyway, have fun hang out dengan korang. Love you ols!

MyEm0.Com

Thank you for reading! Love, Hanim :)