Thursday, December 15, 2011

|LAWAK| Koleksi Jenis-jenis Tudung & Fesyen Tudung

Assalamualaikum. Aku copy entri ni sebijik-sebijik from HERE khas untuk kawan aku yang langsung tak dapat bukak web tuh. Aku pun tak tau kenapa dia tak bole bukak tadi. 
[weh kau, bace ah. sumpah lawak macam harem]

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak’.
2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…
4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: ”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]
5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif
7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.
8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
*****
Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah. Amin… :)

cara pakai tudung ni mudah je…anak tudung..belasah je anak tudung apa…pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik…siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni….

tudung ni pulak mmg biase…makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya…ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap…pantas….

ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer…ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat…so makcik2…paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah…

ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar…kadang tu sampai tutup kening….ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya….ni yang menekankan penutupan aurat ni…

tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya…ikat belakang…jalannnn…lalalala

bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya…ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap…wardina x muka akak?…

bila wardina punya tudung populer…ade lagi tudung baru..tudung binda katanya…nak jugakkk…. kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka…chantek sangat aku….

then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap…mudah cepat….macam2 kaler ade…pelangi..tompok2..ko cakap je…(dah macam jep sepah dah akak)

di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya…variasi katanya…yer kerr…
ni tudung ala2 mak datin…bagi nampak rambut…ala2 kelas tanya..bagi nampak remos….jambul…ko mampu?

pernah nampak orang pakai tudung cam ni?…ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia…meniaga katanya ..panas…bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain…bagi jelas dengor…
so wardina dah ade tudung…binda dah ade…so akak nak jugak…akak namakan tudung senduk…

langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase…tudung bawal lagi bagus…

langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru…

langkah 3: amik tudung lain corak2…bendera juga boleh yer…

langkah 4: amik tudung warna tadi…letakkan di bawah dagu….ala2 nak gantung diri gitew

langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat…pastikan nak bukak mulut pun susah yer….

langkah 6: ikat reben..pastikan kemas…

tadaaaaaa…siap…….chantek kan…

nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya…dah siap tudung senduk….gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua…melawat saudara di hospital tampoi…

kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas….untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung…
gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian…
sekian terima kasih
selamat mencuba…

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Friday, November 11, 2011

Sape kate Bawal Dah Tak Laku Hah. Sape? Sape?

Assalamualaikum.

Entri kali ni sangat short and simple giteww. Of course pasal bawal-bawal yang orang cakap 'Blahlaa. Tak laku dah bawal sekarang. Boooo!' Cit. Sape yang berani cakap camtu hah. Booooleh blah untuk beliau.

Name itew Elija. Aye Omeyy Angatt kan kan?
Memandangkan sekarang trend orang pakai bawal selendang, bawal pun dah jadi macam anak tiri je. Aku tak sure whether mata laki tak bape nak suka kat selendang/shawls ni, tapi untuk aku yang mata pompuan ni, sape yang pakai selendang, nak2 yang vogue2 mengalahkan Rozita Che Wan tuh, memang aku terpukau campor terpesona sangat sampai nak usha lah dalam sembilanpuluhsembilan kali (feeling lesbo kejap. HAHA!). Memang voogie de vazzz lahh. Shantekk sangat kot. Sekarang ni lagila trend baru, gaya Hana Tajima. Kiranya untuk girls2 out there yang berjaya buat gaya Hana ni, memang jalan pun boleh megah, mendada je. Ahaks! Guro je.
Hello Im Hana Tajima. My favourite quote is 'Pashmina (whispering)' Hehe
Untuk boys pulak, tak taulah. Tapi pernah jugak buat survey, 'apa pendapat anda tentang shawls?' and rata-rata nya hanya mampu jawab 'oh, selendang, urmm, bolehlah' . Eh, tapi rasanya mostly kot cakap camtu. -.- Even bf aku pun cakap camtu. Kadang-kadang nak hang out boleh pulak buat request jangan pakai shawl. Okayyy fine (-.- seribu kali). Sebab apa??? Sebab dia suka kalau aku pakai BAWAL je. Kenapa eh? Aku pun pelik. Mostly guys suka girls pakai bawal je. Aku tanya la kawan aku kenapa, dorang cakap 'entah entah dan entah'. Borinngggg. Bagila jawapan yang rigid sikit. Jawapan yang paling aku puas hati dengar is 'entahlah. kitorang suka korang gaya simple2 je kot. Bila tengok korang lilit sini sana, rasa rimas lak'. Yup. Masuk akal jugaklah. :D
Hey babyy. My name is Dian Rainbow and I'm feel hot. ;D
So, sekarang trend latest is Dian Pelangi Bawal. Ahah! Selamatlah akak ni perkenalkan balik bawal, tapi for plain punyalah. Memang sekarang kalau jual bawal, cepat je sold out. Lagipun yang aku perasan, siapa-siapa yang pakai bawal ni, muka nampak kurus sikit. Betul ke? Muahaha. Tu aku je yang perasan, orang lain tak pun. And sekarang ni bawal pun boleh diubah jadi shawl, and still boleh kekalkan kecomelan girls. Kan? Kan? Hee. So, memang tak salahla aku gelarkan sorang kawan aku ni 'Gadis Bawal', sebab dia susah sangat nak pakai shawl, tu pun kalau aku yang paksa. Kalau tak, memang harems.

So tengoklah ni muka-muka ceria aku dapat pakai bawal balik. Excited kan kan. Haha!


This BAWAL aku jual sendiri at my own blogshop (BBS). And sekarang tinggal 5 pieces left! Siapa yang minat boleh grab now! ^__^ Oh ye, kawan aku pun ade jual jugak, tapi dia letak nama as 'Bawang'. What The %^& time mula2 aku kena tag, aku pun pelik sape ah yang seronok sangat nak jual bawang kat FB, gila technology, dah macam pasar tani lak FB neh, sekali bukak, Bawal daaa. Takpe. Sangat kreatif. Mungkin lepas ni shawl2 yang aku jual boleh letak nama Betik, Papaya Shawl, Belacan Shawl. Bhahaha.

Okay. Sekian. Bai. 

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Wednesday, November 2, 2011

Terima kasih Lecturer!

As-Salam.

Harini aku tersangatlah gembira.
Sebab bila aku susun balik kerja-kerja untuk cuti sem aku, ternyata buat aku tersenyum riang.
Kenapa?
Entahlah. 
Mungkin sebab aku sambut Raya Haji dengan assignment yang melambak dicampur dengan mid test yang bakal menjelang minggu lepas cuti.

Wahhhhh!

Gwa tensi beb. Hee. Takdela tension mana. Tapi seriousla otak bakal pecah cuti ni. Assignment Autocad sampai empat task. Serious. Nak siapkan satu pun sakit jiwa. Duduk depan lappy sampai sehari. Cuti minggu lepas pun duduk rumah siapkan autocad comel. Ni tambah lagi empat. -.- 
muka-muka seronok dan gembira
Test tak payah cakap. Vector, Mechanics of Material, Workshop Technology, setakat ni tu je aku ingat. Tak sure ada banyak lagi ke tak. Kalau hebat, petik jari pun mampu jawab. Ni vector yang tak paham pape kat lecture + tutorial. Selalunya kalau tak paham lecture, boleh cover dengan tutorial. Ni dua-dua pun tarak paham, memang aku belajar sendirilah nanti. Harap-harap tak fail je. Since masuk degree, memang dah tak pikir sangat nak dapat A, janji lulus je. Untuk course aku, siapa yang dapat dekan, dikira genius, dan orang tu pasti bukan aku. Huu. :') Then test workshop, waaahh! Bayangkanlah mesin yang entah berapa banyak nak hafal, siap dengan komponen dalaman dia lagi, function, rasa macam dah ambik medic versi mesin-mesin.

 Contoh : Grinding Machine
Cubalah hafal setiap komponen dia sekali dengan function. Pastu kali kan dengan agak-agak sepuloh mesen. HAHA! Mampu? Mampu? Hebat ah kalau mampu. Mungkin aku tak minat kot. Terpaksa jugaklah hafal, siapa yang nak fail kan. Wahh. Serabut. Presentation ada dua. Huhu. Aku gembira. Sungguh gembira. T_____T

Tapi aku cuba happy kan diri jugak. Sebab nak raya kan. Hehe. Seronok. Harap-haraplah semuanya can be done smoothly. Hope so. Btw, nak wish Selamat Hari Raya Haji & Happy Holiday even awal lagi. Tapi tak peduli la. Nak wish jugak. :D

Thank you for reading! Love, Hanim :)