Friday, October 14, 2011

Nota untuk saudari comel yang berperangai macam babyyy

Mood : ekor pintal-pintal

saudari yang omeyy angat!


Saudari,

Saya amat gembira dapat bertemu dengan saudari bersama rakan di cafe KK12 sebentar tadi. Ketika saya dan rakan saya, Fad sedang rancak berbual, tiba-tiba saudari datang dari arah utara laut datang menerpa kami berdua. Dengan nada dan ton suara saudari yang begitu lembut ditambah pula dengan alunan suara saudari yang mendayu-dayu tersebut, oh! Betapa tergugatnya benak hati perempuanku, goncang dan goyah sekali. Indahnya tidak terperi bahasa yang saudari lontarkan. Saudari mengetuk meja secara lembut sekali dan bertanya,

'Adakah meja ini milik saudari berdua? Bolehkah saya duduk di sini bersama rakan saya? Tiada meja lagi yang kosong untuk kami menjamu selera. Harap saudari berdua faham akan maksud kami' (diikuti oleh senyuman yang menawan)

Lantas saya dan rakan juga tersenyum kerana terlalu kagum dengan keayuan saudari....


Cerita sebenar : 

Masa aku dengan Fad tengah borak-borak baik punya kat cafe lepas Lab tadi, mangkuk kitorang semua makcik cafe dah angkut, tinggal jela cawan nak minum, tiba-tiba datanglah sorang akak ke adik ke, taktaula, ketuk meja kitorang, pastu cakap,

'Weh korang, meja ni ada orang duduk tak? Kalau takde, nak duduk sini. Meja lain penuh ah. Nak duk sini tau. (Blah begitu saje dan meninggalkan rakan beliau untuk menjadi bodyguard penjaga meja)

What the SHIT!! Dah lah cakap kasar gila,  pastu menghalau orang. Dasar si tembam! Kau sape nak halau-halau orang camtu je. Bak kata member aku, macam kitorang lepak dalam bilik, tiba-tiba ada orang luar masuk then suruh kitorang berambus. Tak ke rasa macam nak bagi penampar sebijik.

Aku dengan Fad buatla muka terpinga-pinga, macam tak paham bahasa, kawan budak tembam tadi tunggu je  macam bodyguard. Sekali Fad cakapla, 'Kenapa? Nak kerusi ke?' Mungkin dia ingat kitorang nak blah, silap ah bai. Dia pun cakap 'Urmmm. Takpelah. Tak payah.' (buat muka) =.='

Gerammmmm je. Kalau perangai kau comel macam baby takpe, ni macam :


Tak sampai hati nak cakap, paham-paham jelah menatang pe kan kat atas ni. Serious ah, kalau dia cakap bebaik, kitorang boleh je segera beredar, siap invite duduk lagi. Aku jarang je mencarut, tapi dah tadi perangai teruk sangat, terpaksa gak ah kan.

P/S : Nasib baik lah kitorang mampu bersabar, kalau kena orang yang panas baran, memang makan meja la uols!
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Wednesday, October 12, 2011

Muka 3D kat Jepun. Aku nak jugak!

Assalamualaikum.

Bosan lame tak update blog. Janggal gila nak tulis. Tadi stalk page orang, sekali ternampak benda ni. Serious macam menarik gila. Kalau kat Malaysia jual benda ni tiga seringgit, memang akula orang pertama yang beli. Haha!

Apa 'benda' yang aku merepek dari tadi? MUKA 3D beb! Kobondo eh tu jang? Heheh. Tengokla sendiri.


Muka 3D ni first keluaran syarikat Jepun. Procedure dia takla melibatkan machine-machine yang buat aku pening kepala bila masuk kuliah workshop technology tu, serious senang je. Tapi fulus kena banyak bai. Jangan ingat semua barang nak stock Jalan TAR je kan.

1 - Ambil gambar REAL-F muka korang from various position
2 - Gabung semua dalam Vinyl Chloride Resin

Tu je. Simple kan? Told ya. Tak payah nak main grinding machine bagai. Buat luka tangan je. Otak pun tarak pening punya. Syarikat Jepun ni pun cakap yang dorang boleh hasilkan hampir 99% muka yang sama macam owner dia sendiri, include urat-urat kat muka korang tuh. Nak nampak macam otai gangster, time buat tu cubalah korang kerut-kerut kan muka korang sampai urat tu nak terkeluar, pastu lukis X kat muka korang. Heheh. Nampak macam SAMURAI sikit. :D

Harga dia terbaik! Cuma USD 3,920 je untuk first topeng, USD 780 untuk second one. Kalau mahal camni, aku nak tepek topeng ni kat muka Jessica Alba ke, Lisa Surihani ke. Perghhhh. Mesti bangga pakwe aku dapat awek ala2 Jessica Alba tapi versi tembam. Haha! Selekeh je.





Gila kuat genetic bro kat atas ni sampai satu family semua muka sebijik je. Haha.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Tuesday, September 27, 2011

Muka Gangster Tapi Suara Manja

Assalamualaikum sume!


Excited dah lama tak update blog. Hee. Cerita pasal suara nih kan. Pernah tak korang tengok orang, muka memang dah bajet gangster gila, kalau nak lagi gangster kan, tambahlah sikit parut ala-ala ninja tu kat muka, mata terjegil, gangster baikk punyerrr, tapi tiba-tiba bila cakap.. Aduhmakk! Lembut! Tak pun suara macam donald duck, mesti spoil giler kan.


Hee. Selalu je terjadi, ada sekali aku nampak tuh mamat tapi nyah sikit lah, tapi macam takdela nak buat dada bagai kan. Meluat lak aku tengok nanti. Haha. Then, muka masam je, pandang orang dalam-dalam punyer, tapi bila cakap ngan kawan dia, BHAHAHA! Awww gilax. Tak tahan.


Tapi macam kejam lak ketawakan orang kan, dah benda tu semulajadi, Tuhan dah bagi, mana boleh kita sesuke hati nak pertikaikan. Sebab aku pun tergolong dalam golongan tadi, tapi aku takdela gangster, memang aku lembut, tapi bukanlah lembut yang macam comel-comel ala Ana Lulu ke kan, biasa je, just mungkin sebab suara aku MANJA (kawan aku cakap), secara tak langsung aku pun macam jadi manja-manja camni. Siapa yang tak kenal aku or mula-mula, pernah lah jugak dilabel as 'Gedik'. Kejam je. Orang yang kenal aku je cakap aku tak gedik. :') Terima kasih. Hehe. Eh, ada kena mengena ke? Gila. Dah mula merepek. Heh.


Tak kesahla, biarlah muka gangster suara manja ke, muka lembut suara besar ke, janji jangan jadi macam ni!


Hahaha. Renung-renungkan dan selamat beramal :DD

Thank you for reading! Love, Hanim :)