Friday, January 31, 2014

Mak Guard dan Coca Cola

Assalamualaikum.

Cerita ni bermula time aku dengan mama shopping dekat Carrefour Alamanda semalam. Time tu aku tengah tunggu beratur lane kat cashier sepanjang-panjang alam sebab carrefour macam ada buat sale kot clearance stock ke chinese new year punya sale, aku pun tak sure. Then, time tu orang depan aku tengah bayar, lemau je letak-letak barang, haha bagus jugak sebab tiba-tiba mama kata nak ambik biskut last minit, mintak aku jaga lane. Okay. Aku tunggu. Cuak jugak mama lambat sebab orang depan macam dah nak habis letak. Adoi camne ni. Time tu aku terpikir la nak bagi laluan kat orang belakang dulu sebab bayangan mama tak muncul-muncul.

(Searching for mama)
Aku pandang kiri
Aku pandang kanan
Aku pandang depan
And tiba-tiba...

Ehhh! Sejak bila pulak ada mak guard pulak ni depan aku! Baik punya potong. Heshhh. Sabar jela. Dah tu sangat berstrategi yakni tak pandang belakang, tanak pandang aku la tuh. Da tau sedap je potong lane orang, dia boleh buat muka toya je. Serious hati dah menjadi kurang senang, panas jugaklah. Aku memang cadang nak bagi lane kat orang pun, tapi sesedap je mak guard ni potong gua, kurang peradaban jugaklah kan. See her face like this :

Then, tetiba sorang budak guard (i mean yang younger guard) datang kat dia bawak coca-cola tin tu, tak sure dia suruh bayar kan ke or mintak belanja camtula. Muka mak guard ni seakan2 terpaksa macam 'ish aku tanak la belikan'. Gaya cakap macam indon, tapi aku tak sure la sebab aku tengok je gelagat dorang dengan muka yang takde senyuman langsung. Then, budak ni macam pergila tunggu kat luar. Mak guard ni pun pergi letak coca-cola dia kat tepi jauh daripada barang dia, means tanak beli kan lah. Okay then sekali mama pun dah sampai, so kitorang tunggu jela mak guard ni bayar barang-barang dia, selamat tak banyak.

Its time untuk dia bayar. Barang dia macam dua kotak biskut camtu jela and something macam coklat camtu jela. Dah scan tiga barang-barang dia without coca-cola yang terpinggir tu, total dia lebih kurang RM10++ and boleh pulak berchitchat apetah dengan brader cashier and suddenly dia keluarkan credit card. Fuyohhh ganas. Tapi aku tak kisah lah, tak amek port pun. Dah setel payment, tetiba budak guard tadi datang balik tanya pasal coca-cola dia. Eyyy mak guard 'comel' tersebut boleh pulak buat muka innocent and tanya cashier tu balik pasal coke, gaya macam 'oh, kau tak scan eh tadi coke tu?' Padahal I still remember her mad face yang tanak beli and letak coke tu memang kat tepi la, right in front of me. Berdrama la pulak mak guard ni.


Budak guard mendesak, mak guard buat muka innocent, abang cashier blur, aku dan orang2 kat belakang dah start bengang. Ramai kot orang kat belakang aku ni. Then, after situasi yang awkward tu, last2 abang cashier ni amek jugakla coke tadi and scan, total RM1.50. Okay cepatla. Sekali dia boleh pulak keluarkan credit card tadi. Fuyohh. Ini lagi ganas. Sekali brader cashier tu cakap tak bolehlah pakai credit card tadi. Dia blur. Pastu dia hulur-hulur lagi card tu. Brader tu pun nampak semakin hilang sabar, haha apetah lagi orang belakang aku ni, ketat gila muka dia. Dia cakap tak boleh, then mak guard ni keluarkan pulak credit card lain. Brader tu sampai geleng kepala jugakla. Haha. Berbuih jugakla dia cakap 'kak rm1.50 je, kena bayar cash kak' and mula-mula dia bagi RM1. Pastu buat bodoh. Dah lama-lama baru perasan 'oh ada lagi 50 sen' hahaha sumpah sangat annoying! Membara je tengok. After dah habis drama sinetron tadi, baru lah akhirnyaaaa aku dengan mama dapat bayar.


Eyy macam-macam hal.
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Wednesday, January 22, 2014

My Pink Keyboard Protector Had Arrived!

Assalamualaikum.

My lappy is white in color, so nak jaga kebajikan dia agak remeh berbanding lappy biasa sebab kena lap setiap 3 hari, senang kotor mahh. And brand toshiba pun susah nak cari semua perkakas dia, include keyboar protector. Mula-mula aku pakai yang plain punya, means dia tak ikut alur keyboard ni la. Then cepat gila habuk, sabar jela. Serupa tak payah pakai kan. Huh. Tapi bila tak pakai nak buat pape nak2 time tengah handle printer lama aku tu, ink terkeluar2 melekat kat tangan, nak pegang keyboard pun lapik dengan tisu. Then satu hari aku try cari kat ebay after di promo kawan aku, tak penah2 aku membeli kat ebay, tapi sebab darurat, last2 jumpa jugak yang kena dengan lappy aku. Warghhhhh. Bila first time aku tengok, i was like : 


Geram je tengok. Sebab bukan design biasa, keyboard protector dahla ikut alur keyboard, siap berkaler2 lagi. Stressss. Dah pening nak pilih, rambang mata! Mula-mula aku nak pilih design yang full punya, warna hotpink, tapi dah sold out. Wuwuwu.

This one dah sold out


Haa, so aku pilihla yang transparent punya macam kat atas tapi kaler dia only kat keypad je. Hee, aku keliru antara soft pink dengan hotpink, tapi sebab aku pikir laptop aku putih so better kena dengan hotpink sebab baru nampak menyerlah. And tanya my friends pun mana yang okay, dorang pun cakap hotpink. Yang berbaloinya, dahlah cantik, buy one free one pulak tu! Yang free tu plain transparent punya lah tapi ikut still ikut shape keyboard. Weeee. Seronok. Cecepat aku beli even tengah kering pun. Janji kebajikan lappy terjaga. Hihi.

So, finally pagi tadi dah sampai! Patutnya sampai dalam tengah bulan Feb katanya tapi tak sampai dua minggu dah sampai. Thankiu! Suka sangattt. Ceria lah lappy aku ni. Seronok!

Before. Original keyboard


After dah pasang keyboard protector hotpink heeee

Zoom In


Kena dengan mouse aku. Seronok :DD
Free transparent keyboard protector

So this is the website : http://www.ebay.com/itm/221244602306 
Tapi this one for my lappy la. Boleh search lain kalau lappy uols lain. I bought it at $7.99 using my Bank Islam VISA debit card with FREE shipping! Buy one free one lagi! Seronoknyaaa and my feeling right now was like :


P/S: Tadi aku bukak balik website tu, design aku ni pun dah sold out! Wah sangat bahaya selamat jumpa awal. Hihi :)
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Room Decoration by Eric 'Hanim' Leong Part II

Assalamualaikum.

Yuhuu. Its Eric Leong versi wanita - Hanim Nordin. Supriseeee! Kakaka. Ayat biasa dia. Bila ah dia nak datang deco bilik aku pulak. :( Okay so now lets sambung to next part. Fooshh~!


Rak Kasut

Rak kasut kesayangan

Rak kasut kotak ku
Berjaya menampung beberapa kasut

Before, yang ni memang sangat sedih lagi sayu je bunyinya. Sebab aku buat sendiri, DIY kekonon. Tanpa mendapatkan bantuan youtube dan google, aku berjaya membuat sebuah rak kasut yang bertahan untuk beberapa jam. Hey, its a success okay? :') Haha. First time aku buat kerja-kerja yang taktau nak dikira berpekdah ke tak. Sebab tak stabil pun. Aku pun tak check part mana yang tak berapa nak tahan berat. Sebelum ni kasut aku merata-rata kat rak kasut kat luar rumah, bercampur lah dengan kasut2 orang rumah. Aku konon nak asingkanlah kasut2 aku daripada mereka2 ni especially adik2 aku yang bergelimpangan kasut sukan dorang pastu nak gabung dengan kasut aku. Kasut busuk mana boleh bertembung dengan kasut wangi. Busuk ah kasut aku. Wakaka. Walaupun rak kasut aku kurang cantik dan kurang tahan, aku masih berbangga sebab berjaya lah jugak at least ada rak kasut yang diimpikan. Rak aku ni diperbuat daripada kotak-kotak yang orang nak pindah rumah tu, ayah ada simpan sikit kat stor, aku gunting ah jadi cebisan2 and ber-tingkat-kan rak ni pakai salotape. Berapa jam je tahan, pastu tetiba aku dengar bunyi benda roboh, hahaha memang time tu aku dah fed-up dah nak buat sebab berejam jugaklah aku buat benda ni tapi tengok macam takde harapan je, but something miracle happens!


Rak kasut kesayangan yang betul-betul kukuh

Taraaaa! After, nila yang miracle aku cakap tu. Rak kasut baru yang pure kayu and memang takkan ada perobohan punya. Time rak kasut aku roboh ke process aku tengah buat rak tu, ayah nampak sebab dia pelik apehal aku senyap je tak turun2 bilik dari tadi. Turun pun kejap then naik balik sebab ada projek. Heh. So bila dah siap, aku pun turun lah cakap rak aku dah siap la dengan muka yang girang bahagia, sekali bila dah roboh, muka aku yang girang bertukar murung, fedap dan sebagainya, ayah pun kesian lalu membawa aku ke kedai perabot khoo fatt depan rumah and nak sponsor rak kasut untuk aku. Yeahhhhh! Eksaited gila dapat sebuah rak impian tak kira lah bentuk apa pun, janji ada, takdelah kasut aku bersepah-sepah buat semak mata je tengok. And nilah hasilnya. Timekasih ayah! Gahaha.


Bedding Set

Before
Before, yang ni aku tak sure zaman bila tapi yang pastinya time ni aku tak tuka lagi katil jadi center dengan bilik. Banyak jugaklah bantal yang berlonggok atas katil. Mostly souvenir la macam bantal peluk mini warna hitam spiderman tu aku dapat time dinner hostel dulu kot? Tak ingat. Bantal-bantal kat ruang tamu pun entah camne la bole berlonggok atas katil aku jugak. Sabar jela. Ni zaman adik2 aku tidur bilik aku sebelum dorang dapat bilik sendiri. Memang pening sebab tiap2 hari kena kemas bantal bebanyak, tilam bawah katil lagi. Pastu nak menyusun satu2 bantal2 and teddy2 kecik tu. Makan masa beb. Lemau je each time kena kemas katil lepas bangun tidur. And time ni pun katil punya position kira perpendicular lah dengan pintu depan.


Nila maksudnya yang masuk bilik nampak katil center and rasa bahagia
Zaman pakai bedding set paul frank. Murah kot kat groupon!
After, time ni katil aku dah ubah position dia jadi parallel dengan pintu depan bilik aku. So that bila nak masuk bilik, nampak lah katil ni cam jadi bilik punya...main view eh orang panggil? Objek utama? Haaa. Apa-apa ah. Kira macam bilik aku lagi menyerlah sebab color cadar katil ni macam menceriakan bilik aku once I step into my room. Err paham tak maksudnya? Aku pun taktau camne nak explain feeling bahagia ni sebab setelah sekian lama katil aku terhimpit at the corner of the room and tak center langsung, then suddenly bila position dah bertukar, bilik aku kembali girang dengan ke-center-an katil ni after bertahun jugakla. Mula-mula my parents condemn sikit ah sebab makan space bilik, sebab kalau letak kat sudut memang sangat jimat ruang bilik, tapi adik2 aku pun bukannya tidur sini dah, so aku cam tak kesah sangatlah makan space sikit ke, janji aku berasa girang each time masuk bilik. Haha.


After
Bantal pun nak buat konsep ala2 hotel. Jadi ke?
Teddy bear susun vertical

And gambar yang aku tangkap kat atas ni tadi aku baru testing nak lipat comforter tu and susun bantal jadi macam ala2 hotel. Then susun teddy bear aku macam ala2 train sebab senang nanti takpayah nak susun balik, kira aku tidur belah bantal peluk tu jela. Tapi better yang ni ke yang bawah?

Teddy bear susun horizontal

Aku still rasa cam 'the train teddy bear' tadi cam better sikit. Taktau kenapa. Naluri kegadisan mungkin. Okay thats it! Hee. Hope you guys boleh geng dengan gua dalam membuat simple2 deco camni. Hihi. Haritu pun aku ada beli kat Mr D.I.Y shop yang partition untuk separate kan barang2 dalam almari. Sangat berguna! Also door hanger aku beli RM1.50 je weh. Tapi bila letak kat pintu, terus tak boleh tutup. So aku letak kat luar almari baju jela. Selamat boleh gantung.
Lebih kurang camni la my door hanger
Cantikk gilaaaaa! My dream room nak2 wallpaper tuh. Fehhh~
Cantik jugak langsir color hitam. Maybe boleh try one fine day nanti? :)

Sape cakap barang-barang recycle tak boleh guna balik kan? Tapi mak aku pening ah aku suka simpan barang-barang lama sebab sayang nak buang. Haha sorry ma! 

Thank you for reading! Love, Hanim :)