Friday, January 31, 2014

Mak Guard dan Coca Cola

Assalamualaikum.

Cerita ni bermula time aku dengan mama shopping dekat Carrefour Alamanda semalam. Time tu aku tengah tunggu beratur lane kat cashier sepanjang-panjang alam sebab carrefour macam ada buat sale kot clearance stock ke chinese new year punya sale, aku pun tak sure. Then, time tu orang depan aku tengah bayar, lemau je letak-letak barang, haha bagus jugak sebab tiba-tiba mama kata nak ambik biskut last minit, mintak aku jaga lane. Okay. Aku tunggu. Cuak jugak mama lambat sebab orang depan macam dah nak habis letak. Adoi camne ni. Time tu aku terpikir la nak bagi laluan kat orang belakang dulu sebab bayangan mama tak muncul-muncul.

(Searching for mama)
Aku pandang kiri
Aku pandang kanan
Aku pandang depan
And tiba-tiba...

Ehhh! Sejak bila pulak ada mak guard pulak ni depan aku! Baik punya potong. Heshhh. Sabar jela. Dah tu sangat berstrategi yakni tak pandang belakang, tanak pandang aku la tuh. Da tau sedap je potong lane orang, dia boleh buat muka toya je. Serious hati dah menjadi kurang senang, panas jugaklah. Aku memang cadang nak bagi lane kat orang pun, tapi sesedap je mak guard ni potong gua, kurang peradaban jugaklah kan. See her face like this :

Then, tetiba sorang budak guard (i mean yang younger guard) datang kat dia bawak coca-cola tin tu, tak sure dia suruh bayar kan ke or mintak belanja camtula. Muka mak guard ni seakan2 terpaksa macam 'ish aku tanak la belikan'. Gaya cakap macam indon, tapi aku tak sure la sebab aku tengok je gelagat dorang dengan muka yang takde senyuman langsung. Then, budak ni macam pergila tunggu kat luar. Mak guard ni pun pergi letak coca-cola dia kat tepi jauh daripada barang dia, means tanak beli kan lah. Okay then sekali mama pun dah sampai, so kitorang tunggu jela mak guard ni bayar barang-barang dia, selamat tak banyak.

Its time untuk dia bayar. Barang dia macam dua kotak biskut camtu jela and something macam coklat camtu jela. Dah scan tiga barang-barang dia without coca-cola yang terpinggir tu, total dia lebih kurang RM10++ and boleh pulak berchitchat apetah dengan brader cashier and suddenly dia keluarkan credit card. Fuyohhh ganas. Tapi aku tak kisah lah, tak amek port pun. Dah setel payment, tetiba budak guard tadi datang balik tanya pasal coca-cola dia. Eyyy mak guard 'comel' tersebut boleh pulak buat muka innocent and tanya cashier tu balik pasal coke, gaya macam 'oh, kau tak scan eh tadi coke tu?' Padahal I still remember her mad face yang tanak beli and letak coke tu memang kat tepi la, right in front of me. Berdrama la pulak mak guard ni.


Budak guard mendesak, mak guard buat muka innocent, abang cashier blur, aku dan orang2 kat belakang dah start bengang. Ramai kot orang kat belakang aku ni. Then, after situasi yang awkward tu, last2 abang cashier ni amek jugakla coke tadi and scan, total RM1.50. Okay cepatla. Sekali dia boleh pulak keluarkan credit card tadi. Fuyohh. Ini lagi ganas. Sekali brader cashier tu cakap tak bolehlah pakai credit card tadi. Dia blur. Pastu dia hulur-hulur lagi card tu. Brader tu pun nampak semakin hilang sabar, haha apetah lagi orang belakang aku ni, ketat gila muka dia. Dia cakap tak boleh, then mak guard ni keluarkan pulak credit card lain. Brader tu sampai geleng kepala jugakla. Haha. Berbuih jugakla dia cakap 'kak rm1.50 je, kena bayar cash kak' and mula-mula dia bagi RM1. Pastu buat bodoh. Dah lama-lama baru perasan 'oh ada lagi 50 sen' hahaha sumpah sangat annoying! Membara je tengok. After dah habis drama sinetron tadi, baru lah akhirnyaaaa aku dengan mama dapat bayar.


Eyy macam-macam hal.
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Wednesday, January 22, 2014

My Pink Keyboard Protector Had Arrived!

Assalamualaikum.

My lappy is white in color, so nak jaga kebajikan dia agak remeh berbanding lappy biasa sebab kena lap setiap 3 hari, senang kotor mahh. And brand toshiba pun susah nak cari semua perkakas dia, include keyboar protector. Mula-mula aku pakai yang plain punya, means dia tak ikut alur keyboard ni la. Then cepat gila habuk, sabar jela. Serupa tak payah pakai kan. Huh. Tapi bila tak pakai nak buat pape nak2 time tengah handle printer lama aku tu, ink terkeluar2 melekat kat tangan, nak pegang keyboard pun lapik dengan tisu. Then satu hari aku try cari kat ebay after di promo kawan aku, tak penah2 aku membeli kat ebay, tapi sebab darurat, last2 jumpa jugak yang kena dengan lappy aku. Warghhhhh. Bila first time aku tengok, i was like : 


Geram je tengok. Sebab bukan design biasa, keyboard protector dahla ikut alur keyboard, siap berkaler2 lagi. Stressss. Dah pening nak pilih, rambang mata! Mula-mula aku nak pilih design yang full punya, warna hotpink, tapi dah sold out. Wuwuwu.

This one dah sold out


Haa, so aku pilihla yang transparent punya macam kat atas tapi kaler dia only kat keypad je. Hee, aku keliru antara soft pink dengan hotpink, tapi sebab aku pikir laptop aku putih so better kena dengan hotpink sebab baru nampak menyerlah. And tanya my friends pun mana yang okay, dorang pun cakap hotpink. Yang berbaloinya, dahlah cantik, buy one free one pulak tu! Yang free tu plain transparent punya lah tapi ikut still ikut shape keyboard. Weeee. Seronok. Cecepat aku beli even tengah kering pun. Janji kebajikan lappy terjaga. Hihi.

So, finally pagi tadi dah sampai! Patutnya sampai dalam tengah bulan Feb katanya tapi tak sampai dua minggu dah sampai. Thankiu! Suka sangattt. Ceria lah lappy aku ni. Seronok!

Before. Original keyboard


After dah pasang keyboard protector hotpink heeee

Zoom In


Kena dengan mouse aku. Seronok :DD
Free transparent keyboard protector

So this is the website : http://www.ebay.com/itm/221244602306 
Tapi this one for my lappy la. Boleh search lain kalau lappy uols lain. I bought it at $7.99 using my Bank Islam VISA debit card with FREE shipping! Buy one free one lagi! Seronoknyaaa and my feeling right now was like :


P/S: Tadi aku bukak balik website tu, design aku ni pun dah sold out! Wah sangat bahaya selamat jumpa awal. Hihi :)
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Room Decoration by Eric 'Hanim' Leong Part II

Assalamualaikum.

Yuhuu. Its Eric Leong versi wanita - Hanim Nordin. Supriseeee! Kakaka. Ayat biasa dia. Bila ah dia nak datang deco bilik aku pulak. :( Okay so now lets sambung to next part. Fooshh~!


Rak Kasut

Rak kasut kesayangan

Rak kasut kotak ku
Berjaya menampung beberapa kasut

Before, yang ni memang sangat sedih lagi sayu je bunyinya. Sebab aku buat sendiri, DIY kekonon. Tanpa mendapatkan bantuan youtube dan google, aku berjaya membuat sebuah rak kasut yang bertahan untuk beberapa jam. Hey, its a success okay? :') Haha. First time aku buat kerja-kerja yang taktau nak dikira berpekdah ke tak. Sebab tak stabil pun. Aku pun tak check part mana yang tak berapa nak tahan berat. Sebelum ni kasut aku merata-rata kat rak kasut kat luar rumah, bercampur lah dengan kasut2 orang rumah. Aku konon nak asingkanlah kasut2 aku daripada mereka2 ni especially adik2 aku yang bergelimpangan kasut sukan dorang pastu nak gabung dengan kasut aku. Kasut busuk mana boleh bertembung dengan kasut wangi. Busuk ah kasut aku. Wakaka. Walaupun rak kasut aku kurang cantik dan kurang tahan, aku masih berbangga sebab berjaya lah jugak at least ada rak kasut yang diimpikan. Rak aku ni diperbuat daripada kotak-kotak yang orang nak pindah rumah tu, ayah ada simpan sikit kat stor, aku gunting ah jadi cebisan2 and ber-tingkat-kan rak ni pakai salotape. Berapa jam je tahan, pastu tetiba aku dengar bunyi benda roboh, hahaha memang time tu aku dah fed-up dah nak buat sebab berejam jugaklah aku buat benda ni tapi tengok macam takde harapan je, but something miracle happens!


Rak kasut kesayangan yang betul-betul kukuh

Taraaaa! After, nila yang miracle aku cakap tu. Rak kasut baru yang pure kayu and memang takkan ada perobohan punya. Time rak kasut aku roboh ke process aku tengah buat rak tu, ayah nampak sebab dia pelik apehal aku senyap je tak turun2 bilik dari tadi. Turun pun kejap then naik balik sebab ada projek. Heh. So bila dah siap, aku pun turun lah cakap rak aku dah siap la dengan muka yang girang bahagia, sekali bila dah roboh, muka aku yang girang bertukar murung, fedap dan sebagainya, ayah pun kesian lalu membawa aku ke kedai perabot khoo fatt depan rumah and nak sponsor rak kasut untuk aku. Yeahhhhh! Eksaited gila dapat sebuah rak impian tak kira lah bentuk apa pun, janji ada, takdelah kasut aku bersepah-sepah buat semak mata je tengok. And nilah hasilnya. Timekasih ayah! Gahaha.


Bedding Set

Before
Before, yang ni aku tak sure zaman bila tapi yang pastinya time ni aku tak tuka lagi katil jadi center dengan bilik. Banyak jugaklah bantal yang berlonggok atas katil. Mostly souvenir la macam bantal peluk mini warna hitam spiderman tu aku dapat time dinner hostel dulu kot? Tak ingat. Bantal-bantal kat ruang tamu pun entah camne la bole berlonggok atas katil aku jugak. Sabar jela. Ni zaman adik2 aku tidur bilik aku sebelum dorang dapat bilik sendiri. Memang pening sebab tiap2 hari kena kemas bantal bebanyak, tilam bawah katil lagi. Pastu nak menyusun satu2 bantal2 and teddy2 kecik tu. Makan masa beb. Lemau je each time kena kemas katil lepas bangun tidur. And time ni pun katil punya position kira perpendicular lah dengan pintu depan.


Nila maksudnya yang masuk bilik nampak katil center and rasa bahagia
Zaman pakai bedding set paul frank. Murah kot kat groupon!
After, time ni katil aku dah ubah position dia jadi parallel dengan pintu depan bilik aku. So that bila nak masuk bilik, nampak lah katil ni cam jadi bilik punya...main view eh orang panggil? Objek utama? Haaa. Apa-apa ah. Kira macam bilik aku lagi menyerlah sebab color cadar katil ni macam menceriakan bilik aku once I step into my room. Err paham tak maksudnya? Aku pun taktau camne nak explain feeling bahagia ni sebab setelah sekian lama katil aku terhimpit at the corner of the room and tak center langsung, then suddenly bila position dah bertukar, bilik aku kembali girang dengan ke-center-an katil ni after bertahun jugakla. Mula-mula my parents condemn sikit ah sebab makan space bilik, sebab kalau letak kat sudut memang sangat jimat ruang bilik, tapi adik2 aku pun bukannya tidur sini dah, so aku cam tak kesah sangatlah makan space sikit ke, janji aku berasa girang each time masuk bilik. Haha.


After
Bantal pun nak buat konsep ala2 hotel. Jadi ke?
Teddy bear susun vertical

And gambar yang aku tangkap kat atas ni tadi aku baru testing nak lipat comforter tu and susun bantal jadi macam ala2 hotel. Then susun teddy bear aku macam ala2 train sebab senang nanti takpayah nak susun balik, kira aku tidur belah bantal peluk tu jela. Tapi better yang ni ke yang bawah?

Teddy bear susun horizontal

Aku still rasa cam 'the train teddy bear' tadi cam better sikit. Taktau kenapa. Naluri kegadisan mungkin. Okay thats it! Hee. Hope you guys boleh geng dengan gua dalam membuat simple2 deco camni. Hihi. Haritu pun aku ada beli kat Mr D.I.Y shop yang partition untuk separate kan barang2 dalam almari. Sangat berguna! Also door hanger aku beli RM1.50 je weh. Tapi bila letak kat pintu, terus tak boleh tutup. So aku letak kat luar almari baju jela. Selamat boleh gantung.
Lebih kurang camni la my door hanger
Cantikk gilaaaaa! My dream room nak2 wallpaper tuh. Fehhh~
Cantik jugak langsir color hitam. Maybe boleh try one fine day nanti? :)

Sape cakap barang-barang recycle tak boleh guna balik kan? Tapi mak aku pening ah aku suka simpan barang-barang lama sebab sayang nak buang. Haha sorry ma! 

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Room Decoration by Eric 'Hanim' Leong Part I

Assalamualaikum.

Supriseeeeeee!!! Tagline maut femes home deco, Eric Leong. Haha. Aku pun terpengaruh sebab sangat takleh bla tengok muka dia yang ceria bila tukar semua design bilik ikut style dia and girang jerit suprise kat orang. Entah2 semua orang yang disuprise tu jaga hati je sebab masuk TV kan padahal amende ah kau buat ni. Haha.

Kali ni entry pasal my room decoration. Aku ada satu habit yang cepat sangat bosan dengan view sama, ikutlah, kalau aku berpuas hati tu means those design will remain longer than usual. Kalau aku tak puas hati tu means tak lama agak-agak beberapa hari je aku dah ubah balik tempat dia.

So, yang ni aku attach gambar before and after aku buat sikit-sikit deco kat bilik. Takdela cantik macam ala2 eric, tapi sedaplah mata ku nak memandang. Hee.

 Meja Makeup
Zaman aku suka bercamwhore. Abaikan.
Gila banyak benda aku tempel kat cermin. -.-
Before. Ni zaman 2011.
Tu pakai baju sekolah namanya mengada tetiba takde kerja nak pakai uniform.

So gambar atas is my meja mekap (istilah aku pakai untuk meja letak barang2 kecil). 
Before, meja ni aku letak macam pelapik meja nak cover karat-karat or segala jenis keburukan meja ni. Actually meja ni dah wujud sejak aku kecik, rasanya since before aku lahir lagi kot sebab ni mak aku punya. Sangatlah klasik. So memang banyak lah benda yang dah terkopak. Gambar first tu kat cermin banyak gila aku tempek barang sebab nak tutup kopak tu tapi makin serabut aku tengok. Duh.

  
After
After, aku hiaskan meja ni dengan gunting saki-baki A4 color lain-lain yang aku simpan time jadi ketua keceriaan kelas time form 5 dulu and tampal dekat atas each other nak jadikan sebaris A4 warna-warni. Then guna double tape tampal atas meja ni so that dia tak bergerak-gerak. Part yang silver tu pulak actually kertas A4 pendek tak cukup sampai bawah, so nak cover buruk aku tampal la dengan pembalut hadiah silver (tu je aku jumpa time tu yang masuk dengan color A4 ni). Then sebab nanti mesti akan ada tertumpahnya pelbagai jenis air or krim ke papelah, so aku balut meja ni dengan pembalut buku adik aku yang tak pakai, maka jadilah meja colorful ni. Haha. Serious mengubah mood aku daripada murung terus jadi riang gembira sebab meja mekap ni dah berkaler.


Tempat Belajar

Before
Abaikan aku lagi. Ni time aku tengah main-main apetah ngan kazen.
Sila fokus kepada objek hijau yang menyakitkan mata

Yang ni pulak tempat belajar. Before tu, untuk gambar atas, meja belajar adik aku sebenarnya dia dah tak pakai dah meja tu so aku pun penuhkanlah dengan macam-macam hiasan. Aku tempek lah kertas2 A4 sebab macam biasa nak tutup kopak-kopak buruk tapi cam serabut jugak sebenarnya. Takde pilihan. Konon bagi macam-macam color ah nak ceria tapi menambahkan keserabutan je. Haha. Sebelum2 tu aku tempek poster je. Untuk gambar bawah pulak, haa ni yang paling teruk. Bilik aku color pink, aku boleh tukar warna almari meja belajar tu jadi warna hijau. Aaaaa ni bukan bilik hulk kot. Ni semua sebab time ni ada banyak gila kertas warna hijau tu yang tak berguna langsung, sayang nak buang, so tampal jela kat situ. Even nampak lagi kemas, tapi sebab hijau yang tak kena dengan warna bilik, jiwa raga aku rasa tak kena je. Tapi tak lama rasanya aku cabut balik sebab stress plak tengok gabungan color yang menyakitkan mata dan menyiksa jiwa nih.

After (Zoom Out)
After (Zoom In)
After, makcik aku renovate rumah and dia dah tak pakai dah shelves and rak2 ni, so derma lah kat aku. Tenkiu! :) So basically dia warna coklat kayu je. Aku bosan tengok warna coklat all the way dari hujung sini sampai hujung sana. So aku pun tampal la pembalut hadiah yang before ni aku guna untuk tampal kat meja belajar kat kolej, kiranya ni recycle balik la sebab sayang elok lagi maahh. Then susun jela buku-buku atas tu. Simple kan. Ada orang suka konsep less is more, tapi aku suka warna-warni kalau tak mood aku cepat bosan and murung, haha gedik. Tapi betul woh. Tengok benda-benda warna kurang mesra ni rasa nak tempek je macam-macam. Hee.

Mungkin takdelah dream room dream house macam barbie sangat. Tapi sebab guna barang-barang recycle, kira okay lah kan? :) So sambungan nya nanti aku cerita kat next entry okay?

Thank you for reading! Love, Hanim :)

My Makeup Project

Assalamualaikum.

After dah berkurun aku tak main makeup or doing any makeup session, tak kira lah for myself or for others, finally today aku pegang jugak berus-berus makeup ni. Yeah. Im not a makeup artist though, I love makeup, but aku bukanlah jenis gadis-gadis yang sentiasa nak pakai makeup doplohpatjam or even nak keluar pun aku pakai bedak je. Simple. Cukupla. Sebab rasa berat je muka bila pakai makeup cause I have an oily skin and cepat berpeluh. Rimas kot.

Last, aku main makeup ni pun time dinner tahun lepas, i guess? Tak professional pun, main bantai je janji ada rupa cam orang pakai makeup kan. And rasa bangga kejap mampu mekap 4 orang sekaligus untuk Biomedical Engineering Night 2013. Semua member-member lah. Belajar makeup semua from Dr Youtube. Tapi aku kalau lama sangat tak sentuh benda-benda ni, memang lebam ah mata aku bantai. Pemerah pipi konon-konon nak buat shading effect, cesss end up jadi cam opera cina tebalnya. Hihi. 

Below is me and my friends yang aku makeup and jadi stylist untuk malam dinner tu. Semua barang-barang recycle. Jimat kos. Haha. Makeup pun sendiri je tak payah nak bayar berpuluh2 untuk satu malam. Tapi bukan professional touch la. Amature touch namanya. Tapi kesian gila kat dorang sebab warna skin lain-lain but aku ada satu tone je. So terpaksa jugaklah dorang ikut skin tone aku. Hihi. Selamat jugaklah dorang sanggup ambik risk jadi muka jerangkung atau tidak bila aku tolong makeup kan, harap-harapnya taklah kan.

Zulaikha Nabila.
Gaya shawl aku buat ni usually I used for my casual day, tapi aku pakai muka aku jadi bulat :/




Fadhila Alias.
Styled by herself, aku tolong makeup je.
Mira Aliaa.
Tudung tu actually bawal manik2 zue sebab tudung aku and mira semua tak kena dengan warna baju dia.
Then kitorang otter2 jadi shawl. Tapi makeup supposed warna turquoise tapi aku terbuat hijau.

Hanim Nordin.
Sibuk buat makeup semorang last2 aku pakai lens dengan lipstick semua dalam kereta sebab nak kejar masa.
Tudung just georgette biasa.

Pink and purple combination. Aaaa takde blender brush so dye takde shadow effect. 

Then, after this event, aku tolong roomate aku pulak makeup untuk dinner kolej. Hee. But yang paling aku susah nak adapt is eyebrow tu. Fuh. First time aku main lukis kening aku untuk photoshoot stock baru dulu, tapi sumpah cam haram. Buruk ya amat! Aku try padam balik tapi apehal makin gelap je ni. Shit. Camne ni, masa tak cukup. Last-last aku tangkap je gambar dengan kening ala-ala hitler tu. Malu gila. Wakaka. Sila lihat model yang berkening tebal di bawah. Tengok tu, da macam ulat bulu merangkak atas kening.
 So, since that aku memang tak usik langsung kening. Tengok kat youtube orang buat mudah je, cantik pulak tu. Stress when it comes to eyebrows part! Hari ni aku main-main makeup after mak aku keluar. Gahah. Sebab nak rompak pinjam barang makeup dia, so kena tunggu dia keluar dulu baru boleh main. Hihi. Pinjam sikit je. Ni pun main after dah lama tak usik barang makeup and also without assist from any sources macam youtube etc. So basically, this is all nak test skill lama yang tak seberapa yang dah terkubur. Below is what I used for this makeup session :

1. MAC foundation (mom's)
2. Maybelline Compact Powder (warna purple)
3. Miss Rose Eyeshadow Palette (mom's)
4. Stage Duo Blusher
5. Maybelline Nude Pink Lipstick (mom's)
6. Elianto Eyeliner

My first ever blusher that I bought myself during Stage Warehouse Sale
Finally I got my blender brush with affordable price and totally loving it!
My roomate gave me cause she dont know how to use it - it's in pencil form
My mom's. Mine is in 3D and the color is not arranged well like this

The results :



Okay tak? Mohon sifu-sifu tunjuk ajar. Ni pun tak shading or pakai concealer apa2. Eyeshadow pun main balun je, tapi mujurla takde rupa jerangkung sangat. Haha. Nampak jugak eyebag tu sebab tak letak concealer. Wuwuwu. Tapi sangatlah eksaited dapat guna blender brush baru tu thats why sibuk nak main-main makeup ni. Teehee.

Teringin nak pakai blusher yang warna coklat. I dunno whether usually MUA buat kat pipi tu shading ke atau warna blusher but in brown color. Hmmph.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Tuesday, January 21, 2014

7 Days Tahan-Makan-At-Home Challenge : DAY FIVE

Assalamualaikum.

Wah lagi dua hari. Takleh blah nya. Makin disuruh control, makin nak makan. Ahah.

Breakfast
Maggi goreng black pepper buatan bonda
Haaa ni terbaikk sebab mama letak cendawan butang tuh sebelum ni takde pulak. Wahh tak mampu tahan!


Lunch
Tak makan
Ajaib kan? Muahaha sabar-sabar belum next part lagi yang lebih dasyat.


Minum Petang
Maggi breakfast tadi
Ni aku ambik dari fridge and panaskan balik, lapar ah pulak tak makan lunch. Heh.


Dinner
Kabsyah Chicken, Restoran Hammurabi, Cyberjaya
Woh. Ni sebab mama tak masak harini, and along pun singgah balik rumah kejap. So, pergi pusing kat belakang rumah area Cyberjaya jalan-jalan cari makan. Tempat yang aku pergi ni sememangnya lubuk orang-orang Arab melepak main apetah macam ala2 mahjong cina and meng-sisha-kan diri. Restoran ni harga murah berbanding kedai nasi arab yang lain sebab dia tak include tax or service charge. Even soft drink pun RM2 je. So berbaloi la. Tapi aku lagi suka Restoran Saba' punya nasi arab. Kalau pergi situ aku dah serupa singa, tak ingat orang lain terus terkam je nasi dia. Sedap weh! Tapi ni pun not bad lah. Maka berakhirlah angan-angan badan yang ramping ala2 J.Lo Haha berangan lebih! JLo pun tak makan nasi arab kot. Jauh sekali.

Mine is Kabsyah Chicken


Thank you for reading! Love, Hanim :)

That Kind of Malas Feeling

Assalamualaikum.

Yup. Tulah benda aku nak cakap sekarang. Mood malas aku semakin menjadi-jadi. Nak-nak tengah duduk rumah ni. Aku ada habit yang tak berapa nak stabil, bila rajin tu memang terlampau rajin. Bila malas tu malas keterlaluan. Sangat tak balance.

Sekarang ni, even tengah cuti, actually banyak je kerja yang kena buat, nak-nak FYP (Final Year Project) a.k.a tesis yang memang selonggok kerja tunggu turn nak kena siap. Haaaaa. Tulah, aku bila dah duduk rumah, mood malas memang sangat membuak. Pagi bangun lepas sarapan, online kejap guna handphone. Then main game pulak (sejak dah download Where's my mickey?) so memang lama la duduk melepak. Pastu bila dah sambung tengok HBO, Cinemax, Astro Warna pulak, tercegat depan TV. Then lunch, sambung lagi tengok tv, takpun online. Pastu minum petang, pastu dah malam. Haaa. Bila kala tah nak buat kerja.

So bila mood rajin aku datang, time2 tengah mandi memang dah list macam2 dalam kepala konon-konon nak setelkan semua and menjadi insan yang berguna, haha. Mimpi. Bila lepas mandi turun bawah, dah mengadap TV, memang tak jadi kerja.

Yeah entri takde motif. Saje je nak tulis satu entri so that mungkin boleh membangkitkan mood rajin aku balik. Eheh. Bosan. Kadang-kadang jealous gila dengan member yang sangatlah bersemangat sepanjang masa. Camne tah dorang boleh dapat mood-mood rajin yang berkekalan sepanjang masa.

Do you ever feel the same lazy mood day that I was?

Bercamwhore bersama Zue bila dah start bosan time practical kat PPUM




Semoga berubah.


Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, January 20, 2014

7 Days Tahan-Makan-At-Home Challenge : DAY FOUR

Assalamualaikum.

Hari yang keempat. I dont think that there is any improvement sebab semakin menjadi-jadi gamaknya. Haha. Adoi. Bila takmau makan, ada orang goda. Bila nak makan, selambak. Apakah??


Breakfast
Roti canai telur


Lunch
Bihun Soto
Balik UM kejap tadi nak hantar kunci untuk check out, but then singgah kedai kat USJ kejap lunch after mama ada urusan kat sana. Mual gila makan bihun soto dengan milo ais.


Dinner
Keropok lekor, Carrot
Time ni lapar amendetah, sebab time minum petang tertidur, then bangun2 je mandi, pastu pegi dapur tengok mama ada masak lauk ayam masak kicap dengan gulai ikan keli campur belimbing. Haaa hati tak keruan macam nak ambik je nasi dengan lauk-lauk tu, tapi sabar nim sabar. Nasi, so heavy maaah. So aku panaskan leftover keropok lekor minum petang tu and makan ah. Then, sekarang aku dah start consume carrot sebab kerabunan mata semakin menjadi-jadi, kat rumah dah kena pakai spec sepanjang masa. wuwuwu. Gila ah. Kenyang kot. Terus takde selera dah nak makan pape.


Supper
KFC
Oh yang this one! Pakteh and family datang and mama ajak pegi makan KFC sebab dapat voucher free so memang tadi makan preeee jela. Aku awal2 dah pesan, 'Ma, kakngah taknak makan tau' haha tapi apakan daya, mama terorder lebih. Mula-mula aku gagahkan keimanan dont ever ever makan, ayam goreng tu weh! Sabaq sabaq. So aku pun makan jela cheezy wedges yang juga seangkatan dengan ayam, tapi tu je nampak paling light. And hirup2 lah milo ais tu. Then ayam goreng dada tu seolah2 menari-nari depan aku, arrghhh stress! Aku cuba elakkan godaan tarian ayam tu, tapi nafsu ni semakin tak tahan tengok kegebuan ayam tu huish. Finally, aku pun tewas dalam godaan ayam goreng KFC yang gebu lagi enak tu. Haaa. Its 1 A.M beb. Balik ni memang kena cepat2 lah minum clenx tea gua bagi keluar habis semua rasa serba salah ni. Please lah ayam keluar dari perut ni. Huh.

See that fluffy chicken?!

Conclusion : Fail yang semakin menjadi-jadi. 


Thank you for reading! Love, Hanim :)