Friday, August 26, 2011

MakeOver (MO Session) : Shawl ala-ala Hana Tajima dengan Tudung Kadet Polis

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Hee. Seronok tak sabar nak raya! ^_^ So, kali ni aku nak mengadakan sesi makeover mentransformasikan tudung-tudung lama dengan latest style! Macam menarik je kan? Hee. Orait. Stay tuned.

Aku dapat idea nak makeover tudung ni time aku tengah kemas bilik semalam, nak lipat tudung-tudung lama masuk almari, then terjumpa sehelai tudung kadet polis aku. Tudung ni aku beli time Form 4 time mula-mula join Kadet. Tapi nak tau, sampai sekarang pun aku tak pernah pakai, sebab licin, and aku pun selalu hentam pakai bawal hitam je, macam membazir je.

So, aku pun amekla, try2 pakai, bajet-bajet nak buat macam style shawl satin kan, susah jugak, sebab empat segi then panjang pulak tuh. Try punya try, last2 dapat jugakla jadi camni.

*abaikan muka-muka yang tembam sebab tengah cuti kan. Dimaafkan ;)*






Gaya shawl tu nak buat ala-ala Hana Tajima tapi tak tau jadi ke tak sebab first time. Macam tak jadi je. Biarlah. Janji nampak macam selendang :)

Ni untuk tudung corak tiger mak aku punya dulu-dulu. Sangat labuh. Mungkin serabut sikit kot.



Hee. So bolehlah cuba kat rumah ye. Jimatlah sikit duit tu, nak raya ni boleh recycle tudung-tudung terbuang jadi selendang comel. Good luck! :)

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Thursday, August 25, 2011

Sesak Nafas. Tolong!

Assalamualaikum dan salam 25 Ramadhan. Tak sabar rasanya kan nak raya lagi minggu depan je, macam-macam nak shoping, tapi tak berkesempatan lagi. Lagipun, raya tahun ni simple-simple je and maybe raya paling seronok, i guess so.

Tapi dalam sibuk-sibuk orang semua nak raya ni, aku pulak mengalami penyakit ganjil. SESAK NAFAS. Actually takdela sesak mane, just bernafas macam biasa, tapi tak puas je. Dah tarik nafas dalam-dalam ni, tapi korang macam tarik angin je, bukan oxygen, so sangatlah TIDAK PUAS. Paham tak camne?

Err, bukan camni. =.=' Ini macam sakit jantung tahap kronik je.

Okay, cuba bayangkan korang kerja jadi babu orang, macam kuli orang, kerja sampai tengah malam, tapi gaji korang dapat sejam RM0.50 je. Mesti korang rasa marah and tak puas hati kan? 'Penat-penat kerja tapi ni yang aku dapat?' Haa. Camtulah konsepnya.

Hee. Camtu jugaklah aku. Dah bernafas macam nak gila, tapi macam tak bernafas je, geramm. Kadang-kadang sebab terlalu geram, orang/benda yang paling dekat dengan aku lah menjadi mangsa sasaran tumbukan jepun aku yang padu. Kadang-kadang jugak aku buat2 macam orang yang betul-betul sesak nafas dengan melakukan pernafasan secara laju-laju macam orang tengah tercungap-cungap. Tension beb.

wajah-wajah bimbang tak keruan mengenangkan nasib di esok hari
Solusinya,
Setelah 4 hari tanpa henti benda ni terjadi, aku terus pergi jumpa doctor. Sebab terbaca jugak dekat internet, takut ada lungs problem, tersumbat ke apa ke. Then, syukur Alhamdulillah, doc cakap lungs aku okay. Dia kata aku sihat je, takde masalah pape. Asma pun takde. Mungkin sebab reflux kot.

Reflux tu terjadi bila Hydrochloric Acid (HCL) dalam perut terlalu banyak sampai dia naik ke atas and mengganggu sistem pernafasan.

Tadaa! Inilah ubatnya! Nanti ada bomba penyelamat masuk perut korang ;)
Then doc suggest makanlah Gaviscon. Ingat tak iklan yang ada bomba yang masuk dalam badan dan setelkan masalah pedih ulu hati? Haha. Tulah dia. Ubat ni act as barrier, and nanti dia terapung atas perut untuk mengelakkan HCL dalam perut daripada naik ke atas.

So, untuk sesiapa yang juga mengalami masalah NAFAS TAK PUAS macam aku ni, makanlah Gaviscon ye. *promosi*


P/S : Sejak akhir-akhir ni, kerja aku asyik nak promosi je :P

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Wednesday, August 24, 2011

Giveaway Beg Comel daripada kukutanganku (^_^)

Hello semua. Salam 25 Ramadhan. 
Lagi seminggu je nak raya kan? 
Tak sabar Mak Jemah! 
Dah beli baju raya? Shawl? Beg?

Haa. Alang-alang cerita pasal Hari Raya ni, harini aku nak join satu GA from kukutanganku. Hee. Nama blog pun dah comel, selamat bukan kukukakikakakku. ;)
Click SINI untuk join sekali.

Owner blog ini merupakan kawan kepada kawan aku yang menjual beg-beg tangan comel yang tersangatlah cantik dan stylo sangat, gerammm. Beg idaman aku sejak bulan lepas, tapi tak jumpa kat mana boleh dapat. Huu. So untuk hari raya ni, beliau bermurah hati nak buat GA di mana blogger yang bertuah berpeluang mendapat beg tangan comel ni. Wah. Bertuahnya siapa yang dapat. :)

Jom tengok lagi beg-beg comel beliau ;)

Tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai serbu page INI untuk join GA ni. Siapa tahu you are the lucky one ke kan? Hehe. Dateline? Sebelum Hari Raya. Means korang kena cepat-cepat join, takut nanti kena sambar orang pulak beg-beg comel ni.

MyEm0.Com
muka penuh cahaya keimana dan pengharapan

Boleh usha beg comel tadi dan beli kat SINI *ada promosi tau*
Nak like page FB kat SINI

Lastly, nak tag kawan-kawan : Peah, Rozel, Engku Sofea

Terima kasih. :)

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Tuesday, August 23, 2011

Nak buat Six Pack pun Kena Bedah Jugak?

Assalamualaikum. Tadi aku baru terbaca pasal artikel sorang mamat ni, nak buat six pack punya pasal, nak bedah jugak ka? Aiyoyo. Apa macam ni dey?



Selekeh kan? Tapi aku tengok kalau ada six pack pun tak guna jugak kalau area body lain pun still banyak lemak. Effort sendiri la bro, barulah badan lu mantap. Awek pun suka tergila-gila kat lu maa. Haih. Macam-macam je sekarang ni. Tak paham and malas nak paham.

Bak kata Yusry dalam Cinta Kolesterol : 'Tengok tu, Lemak sana sini!'  Haha. Kejam.

Sumber : SINI
Thank you for reading! Love, Hanim :)

Pengalaman bisnes online shop seronok babe.

Assalamualaikum.

Before this, aku ada promosi page online shop aku kat Facebook, Bimboo Shoppe. Kalau sesiapa yang belum like lagi, bole ringan-ringankan tangan korang untuk tekan like kat sidebar aku ni yea. Thanks yaw!


So, kali ni aku nak cerita sikit experience jadi bisnesgirl sambilan. Untuk korang baru nak mencuba, you can take notes on what you have to-do. Maybe my experience can help you guys, who knows ;)

Untuk buat online shop ni, bukan macam kita bentang stall kat pasar malam, then jual. Susah beb. Mula-mula dulu aku jual contact lens kat blog, tulah first time aku ada blog, so memang bersusah payah nak men-design-kan blogshop aku tuh. Sampai tak tidur dua hari dua malam. Tambah pulak dengan projek sorang2, memang semua lah aku yang buat.

Tapi disebabkan aku hanya jual kat member-member dekat kat UM and sedara-mara, so aku tak promosi sangat kat FB or tempat-tempat lain. Blogshop aku tu hanyalah untuk customer2 aku nak tengok display model and contact lens tersebut, juga untuk sebarang info yang mungkin dorang sendiri tak tau.  So pelanggan tetap aku mestilah dalam kalangan member-member aku jugak, paling jauh pun junior PASUM, tu pun dalam area UM jugak. Tapi aku tak risau, sebab aku hanyalah agen, tak keluar modal pun. Tapi sebab time tu pun baru start belajar berniaga, untung pun tak banyak. Click SINI untuk tengok website tersebut.
You can get as low as RM10 contact lens here!

So kali ni, aku dah bergabung tenaga dengan member aku, PEAH untuk bukak online shop kat Facebook menjual shawl. Mula-mula risau sebab takut tak menjadi. Banyak risiko kena tanggung. Sebab ni melibatkan modal sendiri kan. Main dengan duit beb.
Bimboo Shoppe Owner bebeh!

Dahla rumah jauh-jauh, sorang kat Puchong, sorang kat Sg Buloh, memang dua tiga malam chatting sampai pagi sebab nak bincang pasal online shop ni. Dahlah aku ada komitmen lain, kena tolong mak aku buat kuih, bayangkanlah betapa busynya aku time tu. Sambil chat sambil berlari buat kuih. Lepa sikit je menghadap FB, time tu memang semua banned aku, ingat aku kejap2 nak main internet, padahal aku tengah sibuk ber'mesyuarat' kat chatbox ni. Tapi after bincang2 dengan parents, Alhamdulillah, mereka setuju je dengan idea aku. Yay!

Maka Hari Khamis tulah aku dan Peah berjumpa kat satu tempat. Iqmal juga join projek X kitorang nih. Tak sangka untuk first projek ni, ramai yang menyokong dan melabur kat kitorang. At least duit modal lebih sikit nak beli barang. Habis beli barang, aku balik rumah je, terus megira stock. Nasib baik aku ditemukan dengan GOOGLE DOCS, sebab since aku dengan Peah ni duduk jauh2, memang takde masela nak kira stock sama-sama, ambil order sama-sama, so dengan function Google Docs ni, tak payah jumpa pun masing-masing boleh update stock list, update order form, update account. See? Simple kan.

From my experience, untuk sesiapa yang nak try bukak online shop, korang kena prepare benda-benda ni :
1) Order Form
2) Facebook page
3) ITEMS of course!
4) Account
5) Stock list
6) Email invoice
7) Effort!

So this is the sneak peek of our Bimboo online Shoppe.





Banyak kelebihan online shop ni kalau korang nak tau.
Satu, barang serious murah, berkualiti and cantik. Memang korang susah nak jumpa kat retail unless yang memang rajin mencari.

Dua, tak payah nak jalan panas-panas keluar duit tambang pergi balik semua, tu tak campur lagi dengan air sirap yang korang beli sebab dah penat. Kerja korang online, order, bayar, tunggu time dapat barang je.

Tiga, various choices and its 24-7 available! Korang nak usha barang tu sampai ke subuh pun boleh. Takdela risiko korang kena rompak malam-malam buta kan?

Empat, payment by online transfer. Once korang dah order, just pergi kat mana-mana bank yang korang suka, buat internet banking, transfer duit, and you done! Tak payah nak rebut nombor giliran kat bank nak keluarkan duit.

But, there's also fews of online shopping weakness.
Satu, postage. Sekarang dah tak boleh nak postage by PosEkspres dah, so kos penghantaran by Poslaju mahal la sikit, lebih kurang RM6 camtu. Ramai orang stuck nak beli barang just because of postage ni.

Dua, risky. Ramai yang menipu sekarang, dah buat payment, tapi senyap je. Haih. Orang2 camni, campak masuk laut je.

Setakat ni, baru seminggu Bimboo Shoppe beroperasi jual shawl. And alhamdulilah, sambutan menggalakkan sebab stock banyak yang terjual sudah. Likes juga mencecah 192! Seronok sangat ^_^ Rezeki bulan puasa. Bersyukur sangat. Each time ada je orang like page kitorang, aku dengan Peah melompat-lompat kegirangan macam kera. Bila dah ada order, rasa nak terbang je macam burung gagak. Kalau dah buat payment,  pengsan terus. Okay. Itu tipu.


Anyway, berniaga ni serious banyak challenge. Ni baru starting untuk aku. Benda yang paling aku takut is PENDENGKI AND HACKERS! Sumpah kalau wujud hackers yang cuba nak ceroboh page aku, aku harap dia kena kurap labi-labi sampai tak boleh nak tidur until dia betulkan balik everything like before. Since aku berniaga dengan serious ni, aku juga jadi semakin polite sebab kena layan kerenah customer kan. Hee.

Thanks to those yang support us. Serious rasa nak menangis sampai bengkak-bengkak mata. :) Sori jugak sebab panjang sangat. Lama tak update kan. Hee.

Terima kasih. Sayang semua :)

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Less is More.

Assalamualaikum. Hai. Aku tak tau nak post apa harini. So aku bosan. Aku tukar style blog aku.

Kalau before ni, blog aku berat. Sebab?

First, Header.
Header aku sebelum ni, masyaAllah. Punyalah besar. Memang terpampang la muka aku besar-besar. Kira macam mencapub lebih ah. So, kali ni, aku taruk header kecil je. Cukupla nama aku je terpampang kat situ, at least orang tertanya-tanya la kan sape Hanim Nordin neh. Heh. Berangan popular.

Nila header lama yang baru dibuang. Rindu lembu tuh T..T

Second, Background.
Kalau sebelum ni bentuk love pink yang bersaiz besar dan membuat para blogger lain bosan nak tunggu dia uploading, kali ni aku hanya letak polka dot je. Oldies? Aku peduli hape. Janji belog aku ni tak berat. Cukuplah tuan belog ni dah berat, sampai ke belog pula nak di-transfer beratnye. Apa kes? 

Okay. Tu jela. Malas nak cakap banyak. Kadang-kadang apa yang kita buat, lebih-lebih sangat pun orang tak suka. So, betul lah dengan pepatah 'less is more'. Jangan terlalu fokuskan kepada something too obsessively, sedangkan yang kecik pun diabaikan. 

P/S : Header pokok aku tu teringat pulak dekat Ramadhan Terakhir kat TV3.

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Monday, August 22, 2011

Profile Picture Dekat Facebook Membawa Pengaruh Besar

Assalamualaikum, hello sume!

Lately, apa yang aku perasan, untuk mendapat pengaruh besar campur dengan friend request yang berbakul-bakul, perkara yang anda perlu lakukan ialah

meletakkan Profile Picture (DP) yang paling GEMPAK sepanjang seumur hidup anda

Kalau boleh, gambar tersebut haruslah menggunakan camera yang berkualiti tinggi atau DSLR yang sememangnya cukup terkenal dengan teknik meng-flawless-kan muka orang.

Serious, sebelum ni DP aku biasa-biasa je, macam senyum sini, senyum sane, main sini, main sane. Friend request sehari pun takat 2 3 orang je, kadang-kadang takde langsung. Tapi ada satu zaman ni, aku letaklah DP yang bajet-bajet macam model tak jadi kan, serious friend request paling kurang pun 10 orang sehari. Kalau tak online seminggu, dekat 70+ friend request. Padahal biasa-biasa je.

takde edit. mate sembap sikit. scaryy kan?
Haa. Gambar nilah yang menimbulkan banyak kontroversi. Haha. Tak payah tengoklah. Buruk. Agaknya sebab muka dah ala-ala Kak Limah kot, tu yang orang terkeliru tu ter-add 'Kak Limah Wannabe'. Hee. Ni bukan Kak Limah, tapi Kak Timah! ;P

P/S : Sebab tu Fatin Liyana punya friend request dah tak boleh masuk. My junior, Amirah Filzah which is now a famous model, pun tak online seminggu, friend request sampai 900++. Wow!

Thank you for reading! Love, Hanim :)

Wednesday, August 17, 2011

Keluar Jalan-jalan, Makan-makan dengan Kawan-kawan (Mr IAI & The Gang)

Actually tak banyak benda nak cakap. Just having fun keluar dengan you guys. 

ACA, KAK DAYAH, IQMAL

And btw, thanks Aca sebab belanja KFC! Hee. Seronok. Sebenarnya pergi TS nak teman Aca dengan Kak Dayah jalan-jalan KL beli barang, last-last aku pulak yang shopping lebih. Hee. 



Dah gemuk. Bukti : Lemak di lengan :'(

eyebag



aca dan kak dayah yang comel
si mata ungu

tiga dara pingitan


makan ice! sedaapppp..




team one : iqmal & kak dayah

team dua : hanim & aca





muka mencapub





model satu : Nur Shahidda Muzammil

Model dua : Nur Hidayah Muzammil

Model tiga : Reject! muahaha. :D
P/S : Mula-mula semua malu-malu, dah lama-lama semua tak tau malu. Haha

Terima kasih  :)

Thank you for reading! Love, Hanim :)